Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni kakchik memang tak sempat langsung nak login dan update blog. Terlalu banyak kerja di pejabat, cuaca pula terlalu panas, otak pula terlalu penat dan diri pula agak stres. Kakchik nak isytihar hari ni HARI LETIH SEDUNIA buat kakchik.
Bila panas - kerja banyak - badan cepat penat - peluh keluar banyak - kesabaran pun mula nak berkurang - masa ni lah banyak pula ujian yang datang. Rasa macam nak mandi tak berhenti-henti. Duduk dalam bilik air rasanya lagi nyaman berbanding duduk dalam bilik. Dengar bunyi air pun dah rasa segar.
MashaAllah... Allah betul-betul sedang menguji tahap kesabaran dan keimanan kakchik.
Sebab hari ni HARI LETIH SEDUNIA, maka kakchik tak kesempatan nak berziarah ke banyak 'rumah' kawan. Takut kawan pun turut menjadi letih melihat kakchik. Mood pun tersangatlah kurang. Nanti menyusahkan orang nak melayan kita. Nanti bila kakchik segar dan ceria kembali kakchik akan singgah dan jenguk kalian ya.
Malam ni rasanya nak berehat lebih awal, belum tentu tidur tapi sekadar menjadi silent reader sambil-sambil layan telinga dengan Maher Zain dan Outlandish. Petang tadi balik dari kerja kakchik tidur dalam sejam, bangkit dalam keadaan basah lencun, berpeluh kepanasan, air pulak tak ada kat bilik air dalam bilik. Nasib baik bilik air lain ada air, alhamdulillah... dapatlah mensucikan diri, ambil wudu' dan seumpamanya. Kalau ikut hati nak saj dok lama-lama dalam bilik air tu tapi Maghrib sudah memanggil.
Sebab mood kurang, kakchik tak singgah pun di MariBaca hari ni. Kesian sungguh kat kedaibuku kakchik tu sebab dah beberapa hari juga kakchik tak bertanya khabar. Rindu sangat dengan buku-buku di sana. Esok insyaallah kakchik singgah.
Nampaknya, kakchik menulis sampai sini aje. Mintak dengan Allah semoga esok adalah HARI SEGAR SEDUNIA. Jumpa lagi, wassalam.
Perkongsian : Hujan
8 years ago
salam kak chik,
ReplyDeleteMoga dipermudahkan segala urusan..:)
Askum k.chin,
ReplyDeleteTake a good rest ya. Semoga ALLAH melapangkan semuanya.
kalu dh byk kerja, otomatik otak kita stress..trkdg nk mkn pn rasa xlalu doh...kak nza pn tengah BZ sgt loni.....
ReplyDeleteWa'alaikummussalam nur. Amiin.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Sumaiyyah. Thanks for the advice, insyaallah I'll try my best to rest.
ReplyDeletekak nza, memang betul kak, tak lalu makan dibuatnya tapi paksa juga makan takut tak bertenaga nak buat kerja. tambah2 hari ni miting.
ReplyDeleteKak Chik,
ReplyDeleteSekali lagi ingatan dari akak..rehat tau...ngadap computer tu esok boleh buat yang penting kesihatan kenalah dijaga juga..