Kakchik dari tadi dok memikirkan nak mula macamana nak tulis entri malam ni. Kira tulis ajelah apa yang bersarang di kalbu yang terasa 'heavy with gratitude and love'. Sebenarnya kakchik amat terharu dengan semua komen ucapan yang kawan-kawan tinggalkan di chatbox atau di kotak komen. Tiada apa yang dapat kakchik balas melainkan doa untuk kalian agar Allah pelihara kalian semua dari api Neraka dan memberkati hidup kalian di atas dunia ini.
Kakchik amat menghargai kasih-sayang dan ambil-berat kalian terhadap diri kakchik terutama di hari ulang tahun kelahiran kakchik. Walau jauh di mata, kalian semua dekat di hati. Terasa ingin saja mengajak kalian teman-teman di blog dan juga di FB untuk singgah sebentar di rumah, kakchik ingin jamu kalian makan nasi kerabu, cuci mulut dengan tepung pelita dan hilangkan dahaga dengan air nira.
Sempena hari bahagia ini, kakchik nak tayang hadiah dari kawan-kawan sebab hadiah di alam nyata belum sampai, kena tunggu hujung bulan hehe. Jadi kita tengok dulu apa yang kakchik terima.
Anugerah Terhormat dari Ummu Masyitah - syukran.
Hadiah dari Ummu Masyitah kakchik terima beberapa hari lepas tapi sesuai dengan entri kali ni, kakchik tayang juga. Harap Masyitah maafkan kakchik sebab tak menjawab tagnya, tak kesempatan. Betul ke kakchik ni Top Blogger?
Sejambak MUNGE dari Kak Azatie - syukran.
'Munge' sejambak warna biru firus ini kakchik terima hari ini khas untuk birthday kakchik. Kak atie tu siap buat entri khas lagi di blog dia. Tinggi penghargaan tu kak atie, semoga Allah berkati akak.
Untuk akhirul kalam, sekali lagi kakchik ucapkan TERIMA KASIH DAN SALAM KASIH-SAYANG dari kakchik untuk kalian semua terutama yang sudi bersusah payah meluangkan masa menziarahi kakchik, meninggalkan jejak, menulis komen, memohon doa dan sebagainya. Moga berkat Allah bersama kalian semua.
Wassalam.
salam k.chik..slmt brhari mggu & slmt bercuti!!rasanya xde istilah cuti dlm dairy hidup k.chik kan?bz ngan family,pelajaran & kedai buku tue..semoga apa jua yg k.chik lakukn..diberkati oleh NYA...
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteharap tak terlewat lagi utk mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat kakchik
semoga diberi kesihatan yg baik utk terus berbakti pada suami....pada mak ayah...paling penting utk beribadat padaNYA
Wa'alaikummussalam k.atie. Tak cuti pun kak... semalam keje, hari ni pun keje. 2 minggu lagi exam pula. lumrah hidup kak... terima kasih sebab k.atie sudi jadi kawan dan selalu singgah kat sini.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam kak kam. Takpe kak... terima kasih sebab akak sudi nak ucapkan selamat dan mendoakan yang baik2 untuk kakchik.
ReplyDelete