Followers

20.4.10

Study Week - Buku Oh Buku!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Malam ni kakchik kurang sihat sikit. Kepala ni dari petang tadi asyik berdenyut saja macam ada jarum-jarum tajam dok menyucuk serata kepala. Sampai kat rumah petang tadi kakchik minta Bibik Seri picitkan, alhamdulillah... banyak kurangnya sakit ni. Katanya banyak angin naik ke kepala mungkin sebab kakchik tidak makan tengahari tadi.

Bila dapat 'lampu merah' ni mesti ada perubahan pada hormon dalam badan. Selera pun kurang... otak pula kerjanya banyak, sebab itu dia cepat sakit. O2 kurang naik ke kepala. Salah diri sendiri la jugak... akhirnya badan yang terpaksa menanggung. Insyaallah ... dah beransur hilang sakitnya tu.

Sambil menunggu masuknya waktu Isyak ni, kakchik saja nak buang masa. Duduk kat kerusi ni, ambil kamera dan snap-snap gambar sekitar tempat kakchik duduk. Huhu... semua ni tak lama lagi akan masuk kotak sebab lepas habis exam nanti kakchik akan memulakan sesi perpindahan ke rumah baru.

Inilah dia harta kakchik yang amat berharga. Nak kata yang paling berharga tu tidaklah tapi amat... amat berharga.

atas meja, tepi lengan kiri kakchik

atas meja juga, sebelah kanan.. benda wajib untuk exam

tepi belah kiri meja study ada meja jepun, atasnya kakchik letak buku-buku dan majalah baru

semua ni buku kanak-kanak yang kakchik sediakan untuk bacaan anak-anak saudara. kira cam mini library diorang la ni

senang dicapai oleh tangan

ini pula atas meja, belakang laptop

kalau jenguk bawah meja, nampak rak buku ini. terpaksa letak belakang meja sebab bilik ni ruangnya terhad.

Masuk rumah baru nanti, cita-cita kakchik nak tempah rak buku khusus untuk semua buku yang ada, biar nampak kemas susunannya. Sekarang ni ada 6 rak pun tak semuanya sama warna dan bentuk. Tapi... sebelum cita-cita jadi kenyataan, kakchik akan masih menggunakannya. Lepas tu mungkin jual kat kedai 2nd hand.

Ok, dah isyak tu. Sampai sini dulu.

10 comments:

  1. banyaknya buku..dah buleh buat bangunan nie :D

    http://nomborsebelas.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Chik,
    Kak Chik ape khabar? banyak betul buku2 kak chik tue...teringin nak buat mini library macam kak chik bila dah ada rumah sendiri nanti.

    -Ijan-

    ReplyDelete
  3. salam kak chik,

    bgusnya ad amini library,saya pun punyai impian yang sama.Kalau dpt tempah rak cam library kan bgus.nanti dh tempah tu,war2 di sini ya,senang nk wat tempahan juga!

    ReplyDelete
  4. sebelas, kalau buat bangunan pun mungkin sebesar pondok je kot...

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam Ijan.
    Kakchik, alhamdulillah...baik2 aje Ijan. Kakchik pun tak tau macamana boleh jadi begitu banyak. Masih ada yang kekchik belum baca tu. Bagus tu Ijan, setiap rumah kita ni paling bagus ada mini library. Insyaallah kita sama2 penuhi impian kita.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam bcp.
    buat masa ni belum betul2 ada sebab kakchik masih menginap dlm master bedroom rumah ummi. bila pindah masuk rumah sendiri hjg bulan ni, insyaallah barulah ada mini library betul. insyaallah kalau cita2 nak ada rak tempahan tu tercapai, kakchik akan share kat sini. bcp pun boleh tempah juga.

    ReplyDelete
  7. seronok tgk buku byk. shu ni baru ada sikit je. tu pun baru dapat meja study yg cute. hari tu asyik jd org jepun. hehe. dan seronoknya bila meja kita x ada org ngangu. suka.

    nanti leh g lah umah kakchik. ehehhe

    ReplyDelete
  8. salam, k.chik...k.chik sambung study ambil master ko? ko phd dah.heheheh

    ReplyDelete
  9. shu: buku banyak pun tak sempat nak dibaca habis kesemuanya. kakchik pun guna meja lipat je shu. ni dok plan nak beli meja study yg besar dan berlaci. sesuai untuk bilik bacaan rmh baru.

    ReplyDelete
  10. wkslm shafida.
    tak... bukan master atau phd tapi diploma dlm pendidikan awal kanak-kanak. nak tambah ilmu dan kemahiran dalam perkara paling penting membentuk insan, iaitu bermula dari pendidikan awalnya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs