Followers

20.4.10

Study Week - Usrah

ASSALAMUALAIKUM dan salam pagi yang ceria untuk semua teman-teman.

Hari ni entah kenapa badan terasa amat lesu sekali. Cuaca yang panas memang menguji keimanan kita di pagi hari lebih-lebih kalau ada sesuatu yang berlaku yang boleh menaikkan suhu badan. Astaghfirullahal aziim. Kakchik ni perlu servis iman ni... mungkin sebab sudah 2 kali kakchik miss menghadiri usrah. Bila dah lebih 2 bulan takde bertemu muka dengan sahabat-handai, takde pengisian usrah... diri pun mulalah terasa kekurangan dan kelesuan dari dalam. Bukannya kakchik tak pergi 'mendengar' tapi suasana berusrah ada satu kelainan yang tak dapat nak kakchik nyatakan dalam perkataan.

Usrah itu apa?

Contoh kumpulan usrah.

Yang sebenarnya perkataan usrah ni perkataan Arab yang bermakna KELUARGA. Bagi kakchik pula usrah ini ialah sebuah kumpulan perbincangan yang ibarat sebuah keluarga yang sama-sama memakmurkannya dengan pelbagai perkongsian ilmu dan pengalaman kehidupan bermatlamatkan Islam yakni Allah SWT.

Kakchik mula-mula kenal usrah ialah semasa di sekolah menengah dulu iaitu di SMS Tg. Muhammad Faris Petra. Sejak di tingkatan 1 kakchik diperkenalkan kepada kumpulan usrah. Kakak seniors mewujudkan satu kumpulan usrah untuk satu dorm. Tujuannya ialah untuk memudahkan mereka membimbing kami dalam hal-hal keagamaan. Kakchik masih ingat bagaimana kami dididik tentang maksud solat dan cara mendirikan solat dengan betul. Praktikal terus dan mana yang silap terus dibetulkan.

Dalam usrah juga dipelajari makna aurat, cara menutup aurat yang sempurna, kenapa perlu tutup aurat, apa kesannya kalau aurat dibuka dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan maruah seorang muslimah. Ketika itu dakwah kakak-kakak melalui akhlak mereka yang begitu sopan santun amat-amat menarik minat kakchik untuk mencontohi mereka. Tidak pernah mereka memaksa tapi akhlak mereka adalah DAYA PENARIK yang sangat berkesan. Alhamdulillah.

Kadang-kadang waktu usrah menjadi agak bosan terutama bila perjalanannya terlalu kaku dan mengikut silibus yang ditetapkan. Biasanya silibus usrah melibatkan al-Quran dan Hadis (baca, hafal, terjemah dan syarah), feqah wanita, bacaan al-mathurat, isu semasa, tazkirah dan sebagainya mengikut kehendak ahli-ahli usrah. Tapi kakchik sentiasa rindukan usrah kakchik tak kira masa kakchik di sekolah dulu, di matrik, di USM mahupun bersama MSK, Muslimat dan kini bersama Mothers. Sentiasa rindu untuk hadir.

Apa yang kakchik dapat dari usrah?

Contoh teks usrah yang digunakan.

ILMU - itulah yang pertama sekali. Sebagai orang yang belajar di aliran sekular, kakchik tidak pernah mendapat pendidikan formal tentang ilmu Islam maka melalui usrahlah salah satu cara kakchik mendapatnya. Membaca buku agama sendirian tidak cukup, kita perlu berbincang untuk lebih memahami apa yang dimaksudkan. Dalam usrah Naqib atau Naqibah (orang yang membimbing usrah, lebih berilmu dan biasanya alim agama) akan menjadi fasilitator kepada ahli-ahli usrah. Ahli-ahli pula (kakchik refer sebagai adik-beradik usrah) akan bergilir-gilir menjadi pembentang mengikut topik dari silibus yang ada. Seronok.

SEMANGAT - setiap kali kakchik bertemu muka dengan adik-beradik seusrah, jumpa saja terasa bagai naik mendadak semangat Islam di dalam diri. Dalam ramai-ramai adik-beradik itu tentu ada yang akhlaknya, ilmunya, kehidupannya, yang boleh menjadi daya penarik untuk kita semakin cintakan Islam. Dia mungkin tidak tahu tapi kita tahu. Melihatnya saja sudah cukup menaikkan rasa sayang pada agama ini. Sebab itu kakchik suka pergi ke usrah, semangat kakchik akan cepat naik macam kereta baru lepas servis saja.

KASIH-SAYANG - masa remaja dulu usrah menjadi tempat tambah ilmu dan bina ukhuwah. Alhamdulillah... asas ukhuwah yang bermula di situlah yang mendorong kakchik menghargai setiap persahabatan yang terbina. Kakchik amat menjaga tali perhubungan sejak kakchik mula faham apa itu persaudaraan Islam semasa di sekolah dulu. Hari ni, bersama Mothers kakchik berusrah dan kakchik dapat merasakan keikhlasan dalam bersahabat. Bila diri terasa keikhlasan itu secara tak langsung diri rasa disayangi, diambil-berat oleh sahabat seusrah. Usrah menjadi ruang untuk berbincang isu keluarga, pendidikan anak-anak, sumbangan terhadap masyarakat yang boleh diberikan, bisnes, masalah rumahtangga, kemusykilan agama, kerjaya, politik dan sebagainya. Hubungan menjadi erat dengan kasih-sayang itu. Siapa yang mahu tinggalkan usrah itu? Tentulah sekali-kali tidak.

SAHABAT - usrah menambah sahabat bukan rakan, bukan kawan, bukan teman... tapi sahabat. Susah senang dirasai bersama. Tolong-menolong menjadi kebiasaan. Bukan mudah mendapat sahabat yang baik kerana diri sendiri dulu perlu memenuhi ciri-ciri sahabat yang baik dulu. Insyaallah barulah kita bertemu dengan sahabat yang baik juga.

Usrah sambil makan-makan.
Sumber: MamaHanan

MAKAN-MAKAN - hehe... yang ni masa zaman sekolah dulu mana ada tapi bila masing-masing dah berumahtangga ni, setiap kali buat pusingan usrah, pasti ada jamuan makan kecil-kecilan. Jangan tak tahu, sambil makan juga boleh berusrah. Adab makan, adab menghormati antara muda dan tua, adab kebersihan dan sebagainya. Siapa yang tak suka ke usrah memang rugi sebab paling tidak dapat juga pahala makan hehe.

Mungkin bagi orang lain usrah membawa maksud yang berbeza. Kakchik tahu ada beberapa buah buku yang khusus ditulis tentang usrah. Tapi ini usrah menurut pandangan kakchik dari pengalaman berusrah sejak berumur 13 tahun lagi. Panjang lagi cerita pasal usrah ni tapi cukuplah sampai di situ saja perkongsian dari kakchik untuk kali ini.

Wassalam.

Jika mahu tahu apa itu usrah mengikut ilmu agama, sila klik link ini: APA DIA USRAH?

7 comments:

  1. usrah adalah penting untuk membentuk n mendidik sesorang jln kebaikkan...

    ReplyDelete
  2. salam kak chik;
    memang masa kat sekolah dulu kalau duduk asrama memang ada group usrah nih...kita pun pernah join group usrah nih...biasanya lebih bersifat keugamaan seperti group2 nih akan menganjurkan majlis2 kiamullai untuk semua dorm2 kat asrama dan ada gak menganjurkan majlis2 agama...group2 nasyid ...memang best.....ada gak majlis keilmuan...pendek kata macam2 la...

    ReplyDelete
  3. Betul tu Mr Kamikaze. Ni mesti berpengalaman dalam berusrah.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam shiori.
    Usrah zaman sekolah dulu memang banyak aktiviti macam tu, mungkin sebab kita tinggal di asrama. Tapi selepas masuk alam universiti seterusnya alam kerjaya/rumahtangga ramai yang tidak lagi meneruskan kegiatan usrah ni.
    Kalau diteruskan mungkin gejala sosial berkurangan.

    ReplyDelete
  5. salam..samalah kak chik,pengalaman ber usrah ialah semasa sy form 4 dan form 5 di sekolah berasrama...dipanggil naqib dan naqibah (iaitu senior yang jadi pembimbing)..

    masa form five, since kami dah junior, sy berpeluang jadi naqibah utk mengajar junior2 mengaji..nak kata pandai, tak lah pndai kak, tapi sedih jugak tgk junior2 form one masa tu ade yang tak kenal al fatihah....kena ajar dia mengeja satu2...mungkin parents diorg tak titikberatkan pasal ni..ade seorg junior form one ni, budak pandai dlm kelas dia,tapi menangis bila tak tau baca alfatihah dan surah2 lain(mungkin sebab malu dan sedih)..kami simpati sgt dgn dia..semoga selepas sekolah dan pengajian di universiti, student tu berjaya dalam hidup dan berjaya membaca kebanyakan surah2 dlm alQuran, serta mengenal Islam dgn lebih baik....

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam Catlina.
    Wah... naqibah rupanya Catlina ni. Itu maknanya Catlina ada kelebihan dari segi ilmu untuk dikongsikan dgn adik2 yg lebih muda. Insyaallah ilmu yg Catlina kongsikan dgn diorang masa tu kalau melekat dan diamalkan hingga skrg, pahalanya berjalan seiring hingga ke akhir hayat. Kakchik yakin adik yg Catlina bimbing tu sudah banyak perubahannya dlm ilmu dan amalan Islam, insyaallah.

    ReplyDelete
  7. tp kadang2 kan.. rasa x de moood sgt nk g usrah :(

    huhuhu.. mana nk dpt blk kekuatan dan smgt lama tu???

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs