Followers

24.4.10

Zuriat, idaman yang tiada, beban bagi yang berdosa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar kalian hari ni? Kakchik doakan semuanya sihat-sihat saja, tenang-tenang saja dan sedang mengisi masa yang berharga ini dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Dan apa khabar iman kita hari ni? Moga-moga ianya makin meningkat dari hari ke hari bukan sebaliknya.

Alhamdulillah... syukur Allah masih izinkan kakchik bertemu lagi kalian di sini. Kakchik dah selesai exam hari ni untuk semester Januari. Lepas ni kelas akan berehat untuk sebulan dan kakchik akan kembali mendaftar untuk semester Mei tak lama lagi. Maknanya dalam masa yang ada ni bolehlah tumpuan difokuskan kepada keluarga, kerjaya dan bisnes. Kurang satu cabang.

Zuriat, idaman yang tiada, beban bagi yang berdosa.
Sumber: Hati Wanita

Entah kenapa tiba-tiba je hati terasa ingin menulis tentang zuriat. Satu tajuk yang sangat sensitif untuk kakchik perkatakan. Kawan-kawan pun sudah maklum yang kakchik dan cik abe belum dimurahkan rezeki dengan zuriat. Walaupun di dalam blog ini kalian selalu juga melihat gambar kanak-kanak bersama kakchik atau cik abe, mereka bukanlah zuriat kami tapi permata hati kami iaitu anak-anak saudara kakchik.

Sudah 8 tahun kami membina keluarga tapi Allah belum mahu mengizinkan kami menjadi ibu bapa. Allahu'alam apakah perancangan Allah untuk kami. Seperti juga pasangan suami isteri yang lain, kakchik dan cik abe juga sentiasa mengharapkan kelahiran cahayamata sebagai pelengkap keluarga kami. Mungkin ada yang akan tanya, 'sejauh manakah kakchik dan suami telah berusaha?'. Takpe... nanti kakchik cerita pasal usaha dalam entri yang lain. Untuk hari ni hanya sekadar-sekadar saja.

Hari ni kakchik boleh menulis dalam keadaan tenang tanpa air mata walaupun setiap kali perkataan 'zuriat' terpacul di mulut, tak kira mulut siapa, kakchik pasti sebak. Hari ni kakchik tenang, boleh menulis dengan lancar. Moga-moga selesai entri ini pun kakchik tetap tenang.

Saban hari membaca berita anak-anak kecil diperlakukan dengan kejam, hati keibuan kakchik amat-amat tersentuh. Kita bersungguh-sungguh mengharapkan anak, mereka senang-senang membuangnya begitu saja. Iya, kakchik tahu... mereka dibuang kerana ibu bapa mereka adalah jalang, adalah pelaku zina, adalah manusia yang rosak akhlak, manusia yang lemah imannya... Kakchik terfikir, betapa Allah memudahkan mereka mengandung dan melahirkan kerana mahu memberi amaran kepada manusia lain. Dan Allah tidak izinkan rahim ini subur dengan zuriat kerana ada pengajaran untuk kakchik dan suami.

Kalau tidak kerana kakchik tahu semua ini ujian Allah, kakchik mungkin hilang pedoman. Tapi keyakinan terhadap didikan agama, dan juga "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu berudaha mengubahnya" sentiasa menjadikan kakchik seperti hari ini. Moga-moga ketabahan ini akan berterusan.

Doa untuk mendapat zuriat:
Ertinya : ‘Ya Allah! Engkau mengetahui apa yang saya sembunyikan dan apa yang saya lahirkan, terimalah uzur saya; sesungguhnya Engkau mengetahui hajat ku, berikanlan permintaanku dan Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, maka ampunilah dosa ku.’


Doa Nabi Zakaria.




... mungkin bersambung.

29 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Chik.

    Greetings from Brunei Darussalam!

    I have been a silent reader since last year particularly on KakChik's Wardrobe. This latest post on zuriat really tugs my heart as this is also a personal issue of mine.

    I have been married for about 2 years and in this short time (to me), I have been bombarded dengan soalan cepumas yang adakalanya terlalu menyakitkan hati. To be honest it has come to a point where I rejected invitations seperti Majlis Aqiqah, etc. Even if I do go, after the Majlis, my telekong dan sejadah memang habis basah dengan tangisan and aduan kepada Allah.

    Kak Chik, I really look forward to your posts and in the mean time, I hope kita akan sentiasa dilindungi oleh Allah dan insyaAllah satu hari nanti, doa kita untuk mendapatkan zuriat akan dimakbulkan olehNya jua. Kita insan terpilih kan Kak Chik...terpilih kerana di beri dugaan begini... *hugs*

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. salam k.chik, entry ni pun ada jugak kene dgn diri saya..buat cik bruneibiz, kita kena banyak bersabar, sy pun dah masuk 3 tahun berkahwin dan masih belum menimang cahayamata, soalan cepu emas atau cepu cemas mmg sentiasa ada, klu dulu tahun pertama kahwin, mmg terasa sgt tensen, tp rasanya selepas 2 tahun, saya dah ok dan saya redha..andai ada rezeki satu hari nnt, alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Kak Chik, semoga banyak bersabar...sikit sebanyak perasaan k.chik, zue faham sebab zue sendiri pun, hampir 3 tahun setengah kahwin, baru pregnant...alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...setelah pelbagai usaha dilakukan, akhirnya Allah permudahkan juga...

    Buat BruneiBiz Admin & Bitter Sweet, kuatkan semangat ye :)
    Pedulikan soalan cepu mas mahupun cepu cemas...live life to the fullest, yg penting, sentiasa berusaha dan berdoa.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum...

    Sedih bila baca n3 kak chik nie... Tak per... DIA maha mengetahui segalanya. Insyaallah, bila sampai masanya nanti ada lah rezeki itu...Semoga kak chik sabar menghadapi dugaan ini yer...

    ReplyDelete
  5. salam alaik my dear kak chik,

    jarang sekali najwa meninggalkan komen di blog kak chik tapi kali ni najwa nak komen..

    kak chik..just sharing..najwa & zauj pun dapat anak setelah 3 tahun...

    najwa pun kadang2 terasa bila tgk kawan2 yg sama umur..anak2 dah 3,4, 5, umur anak pertama sudah 5 tahun...

    I guess as usual, being only human, we do not or could not get an answer to all our questions, eventhough how hard we 'ask'. But as you correctly said, hanya iman yang akan membantu kita meneruskan hidup....

    betul tak kalau najwa cakap, whatever Allah allows to happen (or not) is because it will or should make us better?

    I am uncertain myself, I would like it for you to help me answer that....

    anyway kak chik, I have a friend, who has been married 10 or more years...and today I got so surprised when I opened her blog...and read the good news, though belated, she gave birth last year....

    kak chik, najwa pun sama2 berdoa untuk akak, agar tabah melalui ujian ini, dan agar di kurniakan zuriat....insyaAllah kak chik...insyaAllah...

    dengan izin-Nya akan ada pewaris perjuangan kak chik & zauj

    ReplyDelete
  6. As salam Kak chik

    semoga ujian besar ini dapat menjadi kak chik seorang yang cekal dan tabah.

    Setiap orang ada ganjarannya,mungkin bahagian kak chik belum tiba.Usia perkahwinan kak chik seakan usia perkahwnan saya,beza 1 tahun sahaja.

    Rasa bersalah pula saya menyekat kesuburan,sedangkan ada sesetengah orang bertarung jiwa utk mendapatkan zuriat.

    Namun dek kerana masa dan wang tidak mengizinkan,kami tangguh dan bakal menyusul tahun hadapan.

    Doa saya,moga kak chik di kurniakan zuriat secepat mungkin dan perancangan Allah tentu ada hikmahnya.

    Jangan sedih2 dgn kata orang,mungkin dia tidak sengaja ketika bertanya

    ReplyDelete
  7. salam...
    semoga kakchik dan cik abe dalam keadaan bahagia sentiasa
    sesungguhnya Allah Maha Adil,Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita hambaNya...
    bukankah rezekinya amat luas,bkn hanya duit dan zuriat semata...kesihatan yg baik,ketenangan jiwa,suami yg amat baik...
    jgn tensen2 bila ditanya tentang zuriat...
    katakan ja belum dikurniakanNya...

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Chik...
    kak chik x bersendirian...ramai rakan2 yg senasib.... saya sendiri dah dekat 3 tahun berkahwin.. tapi belom ada rezeki utk menimang cahayamata.... airmata ni dah x larat nak mengalir bila kena perli ngan sedara-mara... hanya Allah saja yg tahu..bila masa utk kita mendapat anugerah yg terindah tu... semoga kita semua yg senasib beroleh zuriat jg satu hari nanti..Amin...

    ReplyDelete
  9. salam kenal.

    saya ingin berkongsi ape2 yg sesuai di sini. telah berkahwin selama 6 tahun lebih. baru terima cahaya mata awal 2010. tahun 2009 disahkan peknen lepas 5 tahun kawin. sebelum tu dah cuba jumpa pakar makan ubat subur, cek suami juga, makan produk (kecuali berurut belum cuba) masih tak berjaya. saya tiada masalah kerna pernah keguguran 2x cuma rahim tak kuat. alhamdulillah lepas mak balik dr mekah dibelikan saya serbuk kurma, dibancuh dengan madu untuk diminum suami isteri, dan makan sendayu tinggi (d'folia/sedu arrow) dan jus intra...saya disahkan hamil. insyaallah akak boleh cuba kalau mahu.

    ade yg bermasalah period tak tetap, berbadan besar, pcos dll..perlu dibetulkan dulu barulah kita dpt hasilkan telur yg baik, insyaallah.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum w.b.t

    Saya percaya kak chik sudah berusaha sedaya upaya secara tradisional mahu pun moden

    ini sekadar pandangan sahaja, ada satu cara lagi iaitu kaedah IVF

    iaitu kaedah permanian berhadas, persenyawaan benih suami dan isteri diluar dan dimasukkan semula ke dalam rahim,

    untuk detail kak chik boleh lihat pandangan ulama akan hal ini, ramai yang sudah berjaya, malah ada yang menggunakan kaedah IVF, untuk mendapatkan anda kembar 2, 3 dan 4

    saya pernah membuat artikel ini di dalam dewan kosmik sekitar tahun 2001

    Juga isteri Menteri Pahang (kalau tak silap, kena cari balik maklumat ini), juga ada menyediakan nada khas atau bayi angkat IVF untuk ibu-ibu yang sukar mendapatkan anak

    mana lah tahu kan, kak chik boleh cuba dan terus mendapat kembar empat, dua lelaki dan dua perempuan

    saya sentiasa doakan yang terbaik buat kak chik, agar satu masa kelak akan merasai nikmat sebagai ibu. insya-allah

    In vitro fertilization (IVF) is a process by which egg cells are fertilised by sperm outside the womb

    ReplyDelete
  11. salam kak chik;
    mungkin belum rezeki kak chik...Allah menguji kesabaran kita...macam akak kita dah 12 tahun kawin belum ada anak lagi...sabar lah..

    ReplyDelete
  12. oppss..kak chik, tadi tu komen sy , Catlina, lupa nak sign out blog kedai tadi ;)

    http://catlinaflybaby.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. salam kak chik, insya Allah rezw\eki kak Chik utk menimang baby akan termakbul...Allah menduga hamba2nya yang sabar..

    masa sy belum conceive E-ein(sy hamil pada tahun ketiga perkahwinan),pun dah dihujani pertanyaan dari kawan2 dan keluarga ,siap suruh g urutlah, amik jamulah bagai..sedangkan memang bukan rezeki sy masa tu..dan bila dah dapat E-ein, ade lak mulut2 yang tanya, adik dia bila pulak?manusia memang camtu, kdg2 maybe dah takde topik lain, itu jelah yang diorg buat topik bersembang.

    Pekakkan telinga je kak chik, org yang bertanya2 tu dia tak pernah rasa, agaknye diorg ni bunting pelamin kot..kita berusaha, Allah yang menentukan..

    Wallahualam

    to bruneibiz & bittersweet, insyaAllah nanti akan tiba jua saatnya :)

    ReplyDelete
  14. Wa'alaikummussalam BruneiBizAdmin.
    Thank you sis for being my blog's supporter. Really appreciate that even.
    Thanks for sharing your experience, hurtful yet it's the reality for women like us.
    Sis, you are still in the early stage. Insyaallah soon there will be good news. I'll pray for you.
    May Allah bless us with fertile wombs because I believe we can be good mothers too.
    Hugs for you too.

    ReplyDelete
  15. wkslm jue. alhamdulillah... jue sudah pun matang dlm menghadapi situasi ini. orang di sekeliling mmg ada-ada saja yang mereka pandang tak kena pd diri kita, mungkin atas sebab simpati atau sbg tapi cara mereka byk yg tidak kena. biarkanlah... kita ada Allah.

    ReplyDelete
  16. Wa'alaikummussalam Zue.

    Terima kasih Zue kerana memahami. Alhamdulillah.. dengan adanya teman-teman yang memahami, terasa kurang bebanan yang ditanggung.

    ReplyDelete
  17. wkslm najwa.
    najwa, memang segalanya ketentuan Allah. selama ini tak pernah cemburukan kawan2 yang punya anak sama ada sorang atau ramai tapi selepas 8 tahun ni memang amat terasa besarnya ujian ini terutama pada emosi. dalam sedar ianya ujian Allah kakchik tetap berusaha krn yang akan mengubah nasib hanya Dia.
    kakchik tumpang gembira dengan rezeki kawan najwa tu, alhamdulillah. sampaikan salam tahniah utk dia ya. besar kesyukuran kpd Allah ta'ala. jawapan kakchik, Allah knows best. Moga-moga hati kakchik kuat.

    ReplyDelete
  18. Wa'alaikummussalam B C P.
    Terima kasih banyak ya atas sokongan moral yang diberikan. Insyaallah, masih mampu menghadapinya dengan tenang. BCP sudah ada anak atau belum? Kakchik rasa sudah ada kan? Kalau menyekat kesuburan kerana 2 sebab tersebut selepas mempunyai anak, bagi kakchik boleh diterima. Insyaallah, nanti boleh diusahakan lagi. Kakchik ni masih menanti... tak tahu bila Allah nak izinkan. Kakchik cuma akan sedih pada ketika tertentu saja, itupun jika terlalu diasak. Jika tidak, insyaallah kakchik sabar.

    ReplyDelete
  19. Wa'alaikummussalam kak kam.
    Terima kasih kak kerana mendoakan kebahagiaan kami berdua. Kata-kata akak tu sama macam kata tok guru dalam kuliahnya bbrp tahun lepas pasal rezeki. Kakchik faham kak... insyaallah kakchik faham sangat-sangat.

    ReplyDelete
  20. Wa'alaikummussalam Pearl Pink.
    Kakchik doakan Pearl Pink mendapat kesabaran yang tinggi. Di waktu usia perkahwinan kakchik 3 tahun, kakchik juga seperti Pearl Pink, sering berendam air mata sorang-sorang. Hanya Allah jadi peneman dan suami jadi penyokong. Ini usaha bersama, biarlah suami juga turut menanggungnya kerana untuk menjadi anak perlukan kita dan dia kan. Kakchik yakin Pearl Pink akan makin kuat dan tabah dengan ujian dari manusia itu. Insyaallah akan sampai juga giliran kita nanti.

    ReplyDelete
  21. Wa'alaikummussalam Farah dan salam kenal kembali. Farah ni mesti anak Kakpah kan? Rasa macam Kakpah ada cerita sikit pasal lama menanti cucu pertamanya dlm komennya sebelum ni. Terima kasih ya Farah atas perkongsian. Kakchik teringin juga nak mencuba cara yang Farah buat tu. Insyaallah kakchik takde masalah period, berat badan dengan BMI yang normal, boleh kata takde masalah. Tapi lepas habis rawatan ni, mungkin kena buat laproscopy kot. Doakan kakchik ya.

    ReplyDelete
  22. Wa'alaikummussalam Mas.
    Kakchik memang ada niat nak buat IVF tu, insyaallah kakchik dah baca dan tahu hukum-hakam pasal IVF mengikut Islam ni. Masalahnya ialah belanjanya yang besar. Itulah kemampuan yang membataskan. Tengoklah macamana selepas tamat tempoh rawatan yang terkini. Usaha tetap usaha kan Mas.

    ReplyDelete
  23. Wa'alaikummussalam shiori. Mungkin betul Allah menguji dan mungkin juga kakchik ni termasuk kategori orang yang mengalami masalah kesuburan yang melanda negara kita sekarang ni. Kakak shiori pun tentu melalui pengalaman sama macam kakchik kan? Kirim salam kat dia ya. Moga dia pun sabar, tabah dan tenang melalui ujian ini.

    ReplyDelete
  24. Wa'alaikummussalam catlina.
    Amiin... mohon Allah perkenankan doa Catlina untuk kakchik tu.
    Betul tu, mulut manusia ni terutama yang kurang beradab ni memang susah nak dikawal, lasernya tak pernah fikir hati perasaan kita.
    Banyak masanya kakchik berjaya tapi ada juga yang kakchik kalah dan lawan balik. Laser juga sekali-sekala biar mulut tu tertutup terus dari nak perli-perli orang.
    Biarkanlah diorang tu... sampai insaf sendiri.

    ReplyDelete
  25. Salam Kak Chik...

    Selepas baca entry KakChik ni, terdetik suatu perasaan dlm hati naimi..naimi pun sama nasib dengan KakChik.Bulan lepas dh genap setahun naimi kawin, tapi Allah s.w.t masih blm mengurniakan cahayamata buat naimi dan suami.Sedih juga hati ini bila melihat kwn2 lain, sedara2 lain y baru kawin je, dh disahkan hamil.. Memang naimi gembira, namun jauh di sudut hati ini, terdetik perasaan cemburu dan sedih mengenangkan nasib diri..akan tetapi,kuasa Allah tidak siapa tahu.sekarang naimi bpegang yang rezeki Allah itu ada di mana2 sja.y mbezakannya ialah samada cepat atau lambat je Dia nak bagi kat kita...Sabarlah kakChik ye..Sama2 lah kita berdoa dan berusaha lagi..Innallah Ma'ana.

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Saya Nur dari Bruneio Darussalam...Kakchik saya sungguh terharu membaca luahan hati kakchik kerana saya pun dalam keadaan sama dengan kakchik,saya berkahwin hampir masuk ke 3 tahun.Walaupun Allah memberi saya zuriat pada 1 tahun lebih berusaha tapi kandungan saya bertahan selama 2 bulan saja,itu pun saya tak tahu saya mengandung disebabkan kitaran haid tak menentu.Sampai sekarang saya dan suami belum ada tanda2 mendapat zuriat.Hati saya sedih apabila isteri adik lelaki yang kahwin selepas saya di kurniakan zuriat.dan baru2 ini adik perempuan berkahwin dan terus mengandung.Hari raya tak lama lagi menjelma..Yang merisaukan saya soalan kawan2 saudara mara mengenai zuriat selalu muncul.kdg2 saya malas berjumpa mereka disebabkan Pertanyaan yang selalau menyakiti hati..Selama ini saya berusaha..berjumpa pakar di private hospital menelan beratus sekali perjumpaan.Walaupun Di brunei hospital kerajaan Free tapi setiap kali berjumpa untk mendapatkan zuriat Dr akan berkata masih muda ,masih baru kahwin,turunkan berat badan baru jumpa.Sakit hati saya di buatnya,sebab itu saya membuat rawatan di private klinik.Suami pun tabah dan redha.Mudahan kakchik dan yang lain sabar di atas ketentuan Allah ini.Asalamualaikum.

    ReplyDelete
  27. Wkslm naimi.
    Setahun masih baru dik. Bgilah masa untuk diri naimi dan suami mengenali hati budi masing-masing selama tempoh yang ada tu. Masuk tahun kedua, kalau belum ada tanda-tanda bolehlah berusaha cara lain. Nasihat yg selalu kakchik baca ialah bila umur antara 25 - 30 usaha cara normal, masuk 30 - 35, guna perubatan moden, seterusnya boleh cuba cara2 lain yg halal. Insyaallah naimi masih ada banyak peluang. Innallah Ma'ana.

    ReplyDelete
  28. Wa'alaikummussalam Nur.
    Salam perkenalan dan terima kasih sb sudi ke blog kakchik. Sabarlah ya Nur, belum diizinkan Allah untuk kita menjadi ibu. Tapi umur Nur mungkin masih 20an, kakchik yakin peluang Nur untuk mengandung masih cerah berbanding kakchik yang sudah 36 tahun ni. Mudah-mudahan usaha Nur akan berhasil tak lama lagi. Dalam hal ini sokongan suami amatlah kita hargai. Sangat menyedihkan bila hal urusan mendapat zuriat ini hanya isteri sorang yang tanggung dan beriya-iya. Alhamdulillah suami kita tidak begitu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs