Followers

17.10.10

Surat Dari Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kakchik ingin mengambil sedikit masa untuk berkongsi sedikit berita gembira yang singgah di pintu rumah kakchik dua hari lepas. Mungkin orang lain pun ada yang menerima berita yang sama. Ya, seperti tajuk yang tertera di atas tu kakchik ada menerima sepucuk surat dari Google untuk tawaran iklan Google Adwords.

Ini snapshop surat dan slip vaucer yang dihantar oleh pihak Google:

Vaucer RM150.00

Sebenarnya kakchik pun tidak tahu bagaimana Google boleh memilih kakchik untuk memberi vaucer percuma untuk mengiklan ni. Oleh kerana kakchik masih ada banyak email terutama dari para pelanggan, maka kakchik belum sempat untuk membaca betul-betul kandungan surat ini.

Yang pasti, kakchik akan pastikan kakchik membaca dan membuat keputusan sebelum 31.10.2010 . Dalam kalangan teman-teman semua, kalau ada yang pernah mendapat tawaran yang sama, boleh tak kongsikan sikit kelebihan Google Adwords ni.

Terima kasih untuk yang sudi berkongsi maklumat dan pengalaman.

24 comments:

  1. surat bu hantar pakai pos ye?blurr kejap... :P

    ReplyDelete
  2. Wkslm anyss. Belum tahu lagi. Kakchik belum baca betul-betul kandungannya.

    ReplyDelete
  3. Salam KakChik
    alhamdulillah Kak Chik pun dapat voucher adwords ni ye :)
    saya dapat last week tapi blum tebus jugak

    adwords ni ialah platform utk blog kita tersenarai dalam top list search engine google, tapi adwords ni berbayar.

    selalu kalau yg bisa rating blog akan naik di google berdasarkan visit dan quality etc kan, tapi kalau melalui adwords, blog yg freshie pun akan list kat atas sekali (3 line paling atas dgn background light yellow) sebab kita bayar pada google utk listkan blog / website kita

    contohnya kalau ada yg search di google tentang 'abaya'

    blog kakchik yg 'abaya elegance' tu akan listed di atas sekali jika akak gunakan khidmat adwords
    itu la sikit yg sy dapat kongsikan dgn akak :)

    ReplyDelete
  4. kakchik ada bagi alamat pada pihak google ke... dni belum pernah dapat yang macam ni... tahniah ya kakchik :)

    ReplyDelete
  5. salam,kak.setahu ain blog yg paling banyak mendapat sambutan akan diberi perhatian oleh pihak google.so kak chik akan diberi imbuhan jika sambutan dari pembaca mggalakkn kerana mggunakn google.kalo akak ada kelapangan akak cuba bertanya pada rakan FB yg akak add yg ain suggest ...bezahra bags.nama kakak FB tu aminah.dia tahu tentang google ni.

    ReplyDelete
  6. salam k.chik..
    hubby saya pon dapat benda yg sama ..dipos kat umah MIL di Perak..tp x ambil lg...nt saya tnya hubby ye

    ReplyDelete
  7. salam kak chik
    ermm..kalau hantar pakai pos mungkin betul la...kalau pakai email macam takleh nak percaya la kak chik..huhuhu

    ReplyDelete
  8. Salamz,

    Saya pun dapat gak voucer ni.Google bagi no siri di voucer tu utk kita actived iklan di google adsense.

    ReplyDelete
  9. sy pun dpt k.chik, tp rasanya sy tak gunakan kut sbb kalau saya ada sales blog, mmg berbaloi guna ni..

    ReplyDelete
  10. Rupanya ramai yg dapat voucer ini. Ingat ke org2 terpilih saja. Saya punya voucer pakai nama hubby. Akaun dia tak pernah active pun tapi dapat juga :D rezeki agaknya.

    ReplyDelete
  11. Wah, teringin juga nak tahu mcmana google boleh hntr ke alamat kakchik ya? kakchik ada bg alamat ke? hehe. Best juga tu , peluang utk businesswomen ;)

    tp kena hati2 juga, tkt lepas ni dia minta duit pula. hehe.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. imah pun dapat jugak. tapi, tak sempat nak update lagi.. Tahniah pd kchik.. :)

    ReplyDelete
  13. Wkslm Siti Sembilan Timur. Terima kasih atas perkongsian maklumat tu. Kakchik pun dah baca seluruh kandungan surat tu dan juga masuk ke website yang berkenaan. Agak berminat tapi nak fikirkan sedikit lagi :)

    ReplyDelete
  14. dni, sebenarnya kakchik dah lama ada akaun google adsense dan juga menjadi affiliate untuk amazon yg link terus kpd google. mungkin dari situlah mereka dapat maklumat peribadi kakchik. terima kasih dni.

    ReplyDelete
  15. wkslm ain. terima kasih ain. kakchik belum sempat lagi nak berkenalan atau merujuk kpd aminah bezahra tu. insyaallah kalau rasa diperlukan kakchik akan tanya dia. trm ksh ya.

    ReplyDelete
  16. wkslm azy. kena cepat tu azy sebabnya tarikh akhir utk claim voucer RM150 ni hjg bulan ni. lepas tu dia akan jadi RM100.

    ReplyDelete
  17. wkslm shiori. ha'ah dia hantar dgn pos. kalau melalui email kakchik SPAMkan aje.

    ReplyDelete
  18. Wkslm Kittun. Betul tu. Samalah tu.

    ReplyDelete
  19. Wah... Jue, mesti sebab blog ramai pengunjung tu. Google jatuh minat tu.

    ReplyDelete
  20. Kittun, hehe, kakchik rasa beribu2 orang dapat voucer ni sebab Google sdg memancing tu.

    ReplyDelete
  21. Syaz, dia rujuk alamat pada akaun google adsense kakchik. Kakchik rasa ada kemungkinan slps ni mengiklan mesti kena bayar. Mula2 ni bagi free lah.

    ReplyDelete
  22. Tahniah imah. Mesti imah pun ada akaun adsense ni.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs