Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Salam Jumaat yang penuh barakah.
Alhamdulillah... hari ni hati sangat gembira bila dapat bangun pagi dalam keadaan yang sihat dan ceria. Pagi Jumaat - pagi yang sungguh membahagiakan seluruh alam. Terasa seronok walaupun kakchik belum pasti apakah semua aktiviti yang dirancang untuk hari ni berjaya dilakukan atau tidak.
Dalam rancangan tu ingat nak pergi kuliah agama di KB, lepas tu nak ke pasar basah mencari stok lauk-pauk dan sayur-sayuran, nak memasak makan tengahari untuk kami berdua, jika takde aral, nak ziarah kawan yang baru bersalin.
Sebelum tu jom kita minum dulu!
Pagi ni cik abe minum kopi Radix dan kakchik minum susu kambing Hiraq. |
Inilah 2 jenis minuman segera yang kami ambil. Susu Hiraq tu kadang-kadang bergilir dengan Susu HiGoat, dua-dua pun kami suka. Dulu-dulu kakchik tak boleh nak minum produk susu kambing kerana bau hamisnya tapi 2 jenama susu tu berjaya menarik deria rasa kakchik kerana tiada masalah gangguan pada deria bau. Alhamdulillah... dapatlah kakchik minum, minuman sunnah.
Nabi Muhammad SAW kan suka minum susu kambing.
Baginda suka minum susu kambing, kambing merupakan binatang yang penuh barakah yang ditinggal-tinggalkan orang, seperti satu hadis yg diriwayatkan oleh Abu Ubaidah bin Atoq, Rasulallah SAW bersabda bermaksud: "Kambing merupakan binatang yang penuh Barakah yang ditinggal-tinggalkan orang"
wahh sedapnya...radix..hehe...
ReplyDeletesalam...sy suka tgok kak chik menggayakan tudung+purdah..cantik sgt...
ReplyDeletemarilah aZa, kita minum petang dengan kopi radix.
ReplyDeletewkslm hidayu. terima kasih. biasa-biasa saja hidayu.
ReplyDeleteKat mana nak dapat susu kambing hiraq tu kak chik? dah lama nak cari yg bentuk sachet macam tu...senang dan mudah disediakan..
ReplyDeleteCoffee radix tu memang ada ummmppphhh.
kak azah, susu hiraq tu boleh dibeli di mana-mana outlet yang menjual produk muslim. kalau susah cuba akak tengok senarai no tel dalam iklan hiraq marketing dlm majalah ANIS.
ReplyDelete