Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah... lega bila solat Zohor sudah selesai didirikan dan dapatlah kakchik duduk di kerusi ini untuk berehat sebentar sebelum kakchik menyambung kerja merekodkan buku-buku yang baru dibeli pagi tadi. Untuk makluman teman-teman, sekarang ni sedang berlangsung Pesta Buku & Komputer Pantai Timur di Balai Islam. Esok hari penutupnya jadi kakchik dan dila mengambil peluang ke sana hari ini untuk membeli buku-buku baru menggunakan peruntukan suku terakhir untuk tahun ini sebanyak RM500.
Tahun ni MariBaca tidak menyertai pesta buku kerana kakchik tidak kesempatan memesan buku dari para penerbit. Kalau kakchik mendapat makluman awal tentang pesta buku ini mungkin dapatlah kakchik menghantar tempahan lebih awal. Sayangnya seminggu sebelum program bermula baru kakchik ternampak sepanduk dan banting program di jalan-jalan raya. Sudah tentu pihak penerbit tidak dapat menghantar buku dalam masa yang diharapkan. Tidak mengapalah. Insyaallah kalau ada rezeki, kami akan sertai program lain pula.
Berbalik kepada tajuk di atas tu, maafkan kakchik kalau kalian rasa bahasa hati kakchik tu agak kasar. Puas dah kakchik fikir nak bagi tajuknya lembut sikit tapi mesti tak sampai maksud. Kenapa kakchik rasa menyampah ni? Tiada lain tiada bukan ialah KERANA, semua pembelian HANYA mendapat diskaun 10% SAHAJA. Pembelian kami bukan dengan LO tapi secara tunai, sepatutnya penjual buku berhati mulia sedikit dan berilah kami diskaun paling tidak 15%.
Kakchik juga berniaga buku, jadi kakchik tahu berapa peratus yang reseller akan dapat dari penerbit. Kalau setakat memberi pelanggan 10% sahaja, untungnya masih banyak. Patutlah tak ramai remaja sekolah yang mahu membeli buku-buku bermutu kerana harga buku yang rata-rata RM15 ke atas hanya dikurangkan 10% sahaja. Sebaik-baiknya berilah INSENTIF kepada pembeli yang membeli banyak buku. Apa salahnya kalau bermurah hati sedikit. Misalnya jika pelanggan membeli lebih dari RM50, naikkanlah peratus diskaun. 12% ke...? Kalau belian lebih banyak lagi, 15% ke..?. 18% ke...? Dan bila belian mencecah RM500, kakchik rasa layak pembeli itu diberi 20%.
Kakchik ni penjual buku dan juga pembeli buku. Walaupun ada kedai buku sendiri, kakchik tetap singgah membeli di kedai-kedai buku lain terutama milik orang Islam untuk membeli buku sebagai sokongan moral. Tapi kakchik tahu mereka tidak membeli buku di kedai kakchik kerana apalah sangat yang ada di kedai buku kecil itu. Kakchik terkilan sangat dengan cara peniaga buku yang hanya beri 10% ni. Langsung tidak menggalakkan lagi minat untuk membaca. Kakchik tak tahu orang lain tapi bagi pembaca buku tegar seperti kakchik ni, peratusan diskaun sangatlah diharapkan naik. Sebabnya... kakchik tidak membeli sedikit.
Sudah berapa lama DISKAUN 10% ni tiada perubahan pun. Seingat kakchik sejak pesta buku diadakan 10 tahun lalu, hanya itu sahaja diskaunnya. Buku murah memang ada. Harga RM1.00 pun ada tapi tengoklah buku jenis apa dan untuk peringkat umur mana. Bilalah nak berubah ya? Pengunjung beribu-ribu sehari, takkan menaikkan sedikit diskaun kepada pembeli yang membeli tunai beratus-ratus RM ni pun tak boleh. Bukannya ramai pun jumlah pembeli seperti kami.
Menyampah tapi takde kuasa nak mengubah.
Salam,
ReplyDeleteKak Chik, pagi tadi saya terima sms bagi tahu ada pesta buku tawarkan diskaun hingga 95% bermula 4-31 bulan depan. Masalahnya: pesta buku tu kat DBP Kuching nun di seberang laut sana ;)
Memanglah saya akan ke sana hujung bulan nanti, tetapi baliknya sehari sblm pesta buku....adussssss sadis betul!
Wkslm anyss. Ala... terlepas juga peluang keemasan tu. Kalau jualan gudang DBP mmg diskaunnya besar.
ReplyDeleteitu sebab kalau pesta buku kat kelantan .. sarah jarang nak g.. tak banyak potongan dan buku2 pun tak byk..huhu.. rindu Pesta Buku antarabansa .. dah 6 thn balik kelate.. blm lg p sana...
ReplyDeleteItulah masalahnya rata-ratanya di Malaysia ni kak chik, promosi kemain gak menggalakkan remaja, orang ramai membaca tapi macam mana orang nak membaca kalau harga buku yg dijual melampau2 mahalnya..akhirnya hanya orang yg berkemampuan sahaja yg shopping buku, yg tak mampu telan air liur atau terpaksa pinjam kawanlah jawabnya.
ReplyDeleteAkak pernah merasa pengalaman semasa di Australia, buku memang terlalu amatlah muranhnya malah ada fiera buku atau pesta buku second hand yg dijual timbang harga cuma $1.00 utk berkilo2 buku..Sampai dah tak tau mana buku nak beli sebab mostly buku hardcover dan memang bermutu.
Di Europe pun sama, alahai shopping buku macam shopping sayur sebab itu mana2 kita tengok orangnya rajin membaca tak kira tua atau muda.
Entahlah negara kita ni apa yg dicadangkan memang baik tapi kekadang apa yg dicanang dan dipromosikan seperti menggapai bintang dilangit. Sukar dicapai jika kerajaan itu sendiri mengambil kira masalah yg berpunca dari akarnya..
sarah, memang betul tu. patutlah pelanggan ada beritahu kakchik, dia sedih kakchik tak buka gerai sebab dia selalu dpt diskaun lebih bila beli dgn kami.
ReplyDeletekak azah, baca cerita akak tu buat kakchik jealous je. alangkah seronoknya kalau budaya begitu ada di negara ini. pedas ayat akan di para terakhir tu hehe.
ReplyDelete