Followers

10.10.10

Aurat: Suami dan Bapa yang Dayus!

Bismillah.

Kata seorang kenalan, salah satu faktor kenapa masih terlalu ramai perempuan Islam hari ini tidak menutup dan menjaga aurat mereka dengan sempurna ialah kerana DAYUSnya SEBAHAGIAN kaum lelaki. Walaupun kita ni penat jari menaip, menulis pelbagai tajuk yang hakikatnya nak cerita pasal WAJIB tutup aurat dengan sempurna, kesannya tidaklah begitu besar. Orang lelaki tak mainkan peranan sangat! Itu kata dia ya.

Yang boleh berceramah, bersyarah mengenai cara nak tutup aurat dengan sempurna. Bila berceramah pasal fesyen pakaian Islam, yang menurut garis panduan yang digaris oleh al-Qur'an dan al-Hadis, lengkap dengan demo dan pertunjukan fesyen lagi. Memang ramai wanita mendengarnya tapi untuk berkesan, mengambil masa juga. Mungkin ada yang membuat perubahan segera selepas hatinya benar-benar SEDAR, INSAF dan YAKIN. Maka esoknya dia mula mengenakan pakaian muslimah yang lengkap, auratnya terjaga rapi. Alhamdulillah.

Sebuah keluarga Islam. Gambar dari The Muslim Family

Kata dia lagi, kaum wanita ni MEMANG suka nak selalu CANTIK. Kalau boleh nak selalu dipuji sama ada fizikalnya, penampilannya, perhiasannya, pakaiannya dan apa jua yang berada di badannya. Dan pujian yang paling wanita suka ialah dari SUAMI dan mungkin jika masih bujang, dari AYAH sendiri. Sayangnya, pujian menyebabkan mereka menjadi lagho dalam menjaga batas-batas berpakaian. Hasilnya kita lihat pelbagai variasi fesyen berpakaian di kalangan wanita Islam kita.

Misalnya:
  1. Berbaju kurung mengikut potongan badan + Tudung kecik.
  2. Berblaus + Seluar panjang ketat + Tudung singkat & jarang
  3. Berjubah ikut potongan badan (kadang boleh lihat kesan seluar kecik kat belakang) + Tudung segera atas dada, pin plak kat belakang leher.
  4. Berkebaya paras punggung, ikut potongan badan + Tudung selempang
  5. Berhias dari hujung kepala hingga hujung kaki dan pergi ke merata-rata tempat.
Itu sekadar beberapa misalan. Kalau nak di'brainstorm' berpandukan pemerhatian dari sekeliling, rasanya ada banyak lagi. TAPI, kenapa dia kata sebahagian lelaki dayus?

Mungkin ini jawapannya:
  • Ada ramai juga orang lelaki yang banyak ilmu agama tapi bab nak menegur pakaian isteri dan anak sendiri ni SANGATlah berat lidah. Kakchik ucapkan TAHNIAH kepada yang menjadi penasihat fesyen kepada ahli keluarga yang perempuan. Bila pakaian mereka melanggar syariat, segera dinasihati dan ditunjukkan alternatifnya.
  • Suami berketayap, kadang berserban, berjanggut, imej seorang yang warak dan alim TAPI sayang isteri di sebelah tudungnya kecil, kadang nampak melekat di bahagian dadanya. Hmm, takkan tak perasan yang tudung-tudung itu telah menyebabkan aurat isteri atau anak-anak perempuan kalian terbuka? Tegurlah sebelum mereka keluar rumah.
  • Malas nak ambil kisah. Alah... asalkan dia pakai tudung, cukuplah. Jangan begitu... nanti SAHAM DOSA adalah berat dipikul kalian. TUTUP AURAT ni bukan setakat pakai tudung saja. Belajarlah lebih sedikit agar ahli keluarga kita terhindar dari API NERAKA.
  • Sebagai KETUA KELUARGA, kalian bertanggungjawab ke atas ILMU AGAMA isteri dan anak-anak kalian. Kehidupan kita ni biarlah dengan agama. Hujung jatuh (MATI) kita nanti kita tidak tahu akan masuk Syurga atau Neraka (nauzubillah) tapi kakchik PASTI kita semua nak masuk SYURGA. Kalau Allah dah kata cara hidup Islam itu yang terbaik, maka MARILAH kita buat YANG TERBAIK.
  • Jangan berlepas tangan dalam urusan agama isteri dan anak-anak. Bab menjaga AURAT ni mainkanlah PERANAN kalian sebagai ketua keluarga. Kakchik yakin kata-kata seorang suami atau ayah jika tegas dan ikhlas, insyaallah walau terasa dipaksa sekalipun akan dipatuhi oleh mereka. Lama-lama akan jadi biasalah. 

Sebagai LELAKI, belajar tentang menjaga aurat ni sangat penting. BERDOSA jika tak didik isteri dan anak tentang konsep dan cara menjaga aurat. Kalau dulu kita jahil, belajarlah. Malu nak menadah telinga di masjid, mulakan dengan internet. Video kuliah agama kan banyak. Tonton, fahami, hayati dan amal. Buku pun berlambak sekarang ni. Kalau suratkhabar bahagian hiburan, sukan dan saham kita boleh khatam, takkan buku nipis pasal nak jagau aurat kita tak boleh beli dan baca?

SYUKURLAH dan sentiasalah kita sama-sama beringat bahawa ISLAM ITU MUDAH, yang memayahkan ialah diri kita sendiri yang lebih suka utamakan nafsu. Kakchik percaya, kalau para suami memainkan peranan yang penting ini, insyaallah para muslimah akan lebih berhati-hati dalam memakaikan pakaian ke badan mereka bila di khalayak ramai.

Mohon maaf jika tulisan ini menyentuh sensitiviti kalian. Kakchik cuba menyampaikan dengan cara paling lemah-lembut setakat kemampuan bahasa kakchik. Moga-moga kalian dapat mencedok sedikit manfaat darinya. Yang buruk tu kakchik mohon maaf. Allahu'alam.

14 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM..~~setuju sgt ayt kak cik tu..ISLAM itu mudah...tapi kita yg memayahkannya dgn melebihkan nafsu..huhu..>>muhasabah diri..INSYAALLAH

    ReplyDelete
  2. satu lagi chik trend masukkan tudung dlm baju/jubah..kalau pakai kot maybe boleh consider sebab kot tu kan keras kainnya tapi kalau pakai jubah atau baju kurung dan masukkan tudung dlm baju,,,camno tu...

    ReplyDelete
  3. kak chik..tq sudi share...sememangnya ain nantikn artikel sebegini agar lebih ramai muslimah memahami pengertian aurat sebenar-benarnya...harap tak keberatan ain ingin share d FB...tq..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kak chik..

    Terpanggil nak komen kt entri ni..Ada benarnya tu...kdg suami beriya-riya berpakaian lengkap berserban berjubah..tetapi isteri sebaliknya, tak menutup aurat dgn sempurna.Kadang2 suami dah tegur,tapi isteri plak wat dek jer.Kasihan suami tu...
    Ada jugak yg sebaliknya, suami tak reti nk tegur isteri.Terlepas pandang barangkali...

    Wa'allahualam..

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam CahayaBulan. Terima kasih kerana membaca tulisan kakchik.

    ReplyDelete
  6. La, fesyen masukkan tudung dlm baju ni bergantung juga pada rekaan baju tu. mungkin jika ada kolar yang berlapis-lapis yang dapat melindungi bentuk dadanya, boleh diterima kot tapi jika hanya untuk cantik sedangkan dada kita terserlah maka belum sempurna.

    ReplyDelete
  7. sama-sama ain. kalau ain rasa ianya boleh membawa kebaikan kepada diri dan orang lain, kakchik persilakan.

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikummussalam MysDear.
    Tahniah untuk suami yang menegur w/pun ada juga isteri yang bebal. Setahu kakchik tanggungjawab suami sudah lepas di akhirat nanti tapi kami harap dia akan terus juga menasihati isterinya. Mana tahu satu hari si isteri insaf.
    Yang suami tak reti nak tegur tu pasal dia tak belajarlah tu.

    ReplyDelete
  9. salam kakchik, bagus betul penulisan kakchik ni..mmg betul n saya stju sgt2 perkara diatas tu..

    sbagai pringtn kpd diri saya trutamanya..minta izin utk copy n share kpd rakan2 yg laen ye..

    ReplyDelete
  10. wkslm lov. terima kasih. masih banyak kekurangannya lov. kakchik tak lengkapkan tulisan ni dengan dalil.

    silakan lov.

    ReplyDelete
  11. Bila kak chik post blog2 macam ni hati akak teruja membacanya kerana secara tak langsung akak dapat memperbaiki penampilan diri akak ke arah yg lebih baik..

    Perkara ni memang banyak berlaku di tempat kerja akak. Cikgu2 berpakaian macam model..hehe malah ada yang berbaju kurung tapi nampak susuk badan beri alasan ni dah pakai baju kurung bertudung memang dah menutup aurat cukuplah dlm syariat Islam ditambah lagi dengan alasan suami saya suka saya berpakaian macam ni..alahai, dengor je le kak chik.

    Then akak ni memang berabaya hitam je kat sekolah, so adalah satu hari tu suami kepada seorang cikgu ni beritahu wifenya.."Cikgu tu tak panas ke hari2 pakai baju hitam" dlm hati akak gelak je. hehhee then memang ramai yg berminat berabaya tapi berabaya utk berfashion..nak beli abaya ada cutting tak de cutting tak mo beli. Sabo jer le..

    Kekadang akak terfikir gak, maybe genjala sosial di kalangan remaja salah satu factor nya adalah dari guru itu sendiri. Iyelah kalau datang mengajar pakai kebaya ketat, kasut 5-6 inci, makeup jangan cite la..sure budak2 suka tengok dari tengok muka akak yg langsung tak de makeup dan pakai hitam je..betul tak kak chik? hehehe.

    Budak2 lelaki bernafsu tengok cikgu2 yang sexy dan bergaya ni..Ini dari pemerhatian akak sebab akak pernah observe budak yg pandang cikgu macam nak terkam je cikgu tu..alahai takut dibuatnya tau..

    ReplyDelete
  12. Salam kakchik,

    saya minta izin nak copy.boleh ye..

    ReplyDelete
  13. Salam kak chik.....saya setuju ya amat dgn luahan kakchik ni.....hopefully para suami...ayah...abang....atau sesiapa yang bergelar lelaki yang baca terbuka pintu hatinya untuk memainkan peranan mereka....

    ReplyDelete
  14. Salam kak chik.....saya setuju ya amat dgn luahan kakchik ni.....hopefully para suami...ayah...abang....atau sesiapa yang bergelar lelaki yang baca terbuka pintu hatinya untuk memainkan peranan mereka....

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs