Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Salam ukhuwwah fillah dan kakchik doakan teman-teman semua dalam keadaan sihat sejahtera. Hari ni sambil kakchik membelek akhbar untuk dicari berita-berita yang menarik untuk koleksi perpustakaan, kakchik terpanggil untuk membaca laporan tentang program Gadis Melayu Musim Ke-3 yang telahpun tamat semalam.
Sejak 3 musim program ini dianjurkan oleh beberapa syarikat dan disiarkan oleh TV9 kakchik tidak pernah menontonnya secara terus. Ada sekali dua kakchik tonton sikit-sikit sekadar nak tahu apa yang berlaku dalam program itu.
Yang sangat kakchik terkilan ialah bila melihat pakaian-pakaian yang diperagakan oleh para peserta. Kalau tak silap kakchik sebahagian peserta itu adalah bertudung tapi kenapa di malam final tudung mereka bertukar menjadi seperti ini?
Gambar dipinjam dari mStar Online. |
Adakah mereka mangsa penaja yang menaja pakaian-pakaian tersebut? Tiada prinsipkah? Adakah belum faham maksud bertudung menutup aurat dengan membalut rambut? Kenapa mereka biarkan saja jurumekap dan juruhias memakaikan tudung mereka begitu? Semuanya menjadi topi atau turban seperti pakaian wanita africa. Baju turtleneck itu tidak cukup untuk memastikan leher sentiasa tertutup Yang pasti akan terbuka juga.
Maafkan kakchik ya. Janganlah dicontohi pakaian sebegini. Pakaian yang menutupi tubuh rasa sudah elok, apa salahnya dipadankan dengan tudung yang betul dan elok menutupi bahagian leher itu. Menutup aurat BUKAN menutup rambut saja. TAPI menutup semuanya dari rambut hingga ke bawah dada (untuk tudung) dan pakaian labuhnya hingga ke paras kaki.
Berpeganglah kuat-kuat dengan prinsip pakaian Islam kita, jangan biarkan orang lain menentukan penampilan kita bila keluar dalam rancangan tv sebegini. Adakah berpegang dengan prinsip yang benar itu pun salah di sisi undang-undang penyiaran?
Gadis Melayu, sudah pastinya seorang Islam. Bila sudah bertudung dan berpakaian menutup aurat, jagalah ia supaya sentiasa sempurna. Jangan biarkan maruah agama tergadai hanya kerana mahu kelihatan cantik di pandangan orang. Semoga kalian menyesali dan kembali menguatkan amalan diri.
Sebagai saudara seIslam, kakchik rasa bertanggungjawab menegur. Maafkan kakchik. Semoga Allah bimbing kita semua agar sentiasa di atas jalannya. Jangan biarkan kita alpa dengan godaan dunia.
agree with you kakchik. belum pikul tugas sebagai ikon, prinsip dan hukum dah ke laut. nauzubillah.
ReplyDeleteSaya cukup setuju dengan article kak chik ni..ratanya2 orang kita ni bila pasal glamour semua sanggup dikorbankan..lemahnya pendirian, sebab tu pihak zionist senang nak hasut Islam ni..Inilah salah satu programme hiburan secara halus yg diutarakan utk melemahkan Islam..
ReplyDeleteaku kurang tau pasal Gadis Melayu coz aku tak layan program tv macam nie..tapi bila bab yang disentuh oleh kakchik mengenai pemakaian tudung buat aku tertarik untuk membacanya.macam ada sesuatu yg tak betul.
ReplyDeletesubhanallah....
ReplyDeleteentah kenapa ummu mmg kesal sgt dgn perkara macam ni.... sedih sgt. aurat dipermainkan....
Bila rating tinggi, dicampur dengan comelnya gadis-gadis melayu musim ini, ia menjadi lubuk rezeki kepada para pereka fesyen. Inilah masa yang sesuai mempromosikan rekaaan masing². Bagi mereka, balut aurat ke tutup aurat ke, tidak penting. Yang penting lepas ini ramai yang contact untuk tempah baju.
ReplyDeleteHmmmmmmm...... gadis melayu,nasib baik namanya gadis melayu. Bukan gadis muslimah.
ComeyBelako, sama-samalah kita doakan mereka terbuka hati untuk mendalami Islam dan akhirnya beramal sebaik-baiknya. Kita pun masih banyak kelemahan yang perlu dibaiki juga.
ReplyDeleteKak Azah, entahlah kak. Semoga orang yang dekat dengan mereka dapat menasihatkan mereka agar tidak lagi mengulangi kesilapan ini. Bukan mudah nak komited dlm menjaga aurat.
ReplyDeletesi biskut, tak tengok pun tak apa... takde faedah sangat program ni kalau tak silap dari sikit sebanyak iklan yang kakchik sempat tengok. bab aurat ni kakchik memang amat sensitif.
ReplyDeleteummu hanis, hati kita seih tapi mereka mungkin tidak rasa apa-apa sebab fikirkan mereka masih 'menutup aurat'. masih banyak salah faham dlm hal ini.
ReplyDeleteIera, kakchik rasa itu kemungkinan paling besar. Para pereka fesyen ni hanya kejar duit dan nama, tapi jarang yang nak kejar Allah. Itulah yang kakchik rasa.
ReplyDeleteakhir zaman..aurat tu pun dah jadi fesyen je.
ReplyDeletetak pernah tgk pon gadis melayu ni. x berkesempatan
huhu~very true..
ReplyDeletesuka bace entri ni..
ReplyDeleteitulah..kadang2, pereka fesyen ni ikt sdp dieorg je.jnji tutp kepala dah kira tutp aurat...