Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Agak lewat hari ni kakchik mengemaskini blog ini. Maafkan kakchik ya. Hari ni hari kakchik berehat sedikit kerana semalam hati sangat panas dengan IFF dan di saat ini darjah kepanasannya sudah berkurang tapi tetap membara. Apapun, hari ni kakchik perlu berehat sebentar dari tugas-tugas online bagi menyelesaikan beberapa tugasan offline yang berderet. Maklum saja hari ni hari cuti hujung minggu kakchik.
Hari ni sepatutnya kakchik menghantarkan beberapa bungkusan buku kepada pelanggan tapi beberapa hal teknikal telah menyebabkan tugas itu terpaksa ditangguhkan hingga hari Ahad nanti. Semoga para pelanggan yang telah dimaklumkan sudi memaafkan kelewatan ini. Nampaknya kakchik memang perlu ambil seorang pembantu lagi khusus untuk urusan teknikal bisnes.
Petang tadi kakchik bersama cik abe dan amni keluar bersiar-siar di Taman Perbendaharaan Tengku Anis di Tanjung Chat. Menenangkan fikiran sambil melegakan tekanan mental dan fizikal. Sempatlah juga merakan sedikit gambar kenangan untuk tatapan kalian.
Menenangkan hati melihat rusa di taman haiwan yang ringkas. |
Burung merak yang telah kehilangan banyak bulu ekornya tapi masih cantik. Subhanallah. |
Amni yang khusyuk melihat burung merak dan ayam serama. |
Amni turun saja dari kereta tak sabar-sabar nak naik permainan ini. |
Orang kesayangan hamba hehe. |
Tempat ini memang sangat sesuai untuk berekreasi. Kami jalan-jalan saja. |
Tengoklah Amni tu... tak mau balik. |
Hampir jam 6 petang kami bertolak balik sebab tak lama lagi Ummi amni akan datang ambil dia. Kakchik tak mahu kakak kakchik menanti anaknya, lebih baik kami balik awal tapi kena singgah cari makan dulu. Dari KB hinggalah sampai ke Cherang kami mencari restoran, akhirnya balik makan di rumah juga. Home sweet home.
Berbaloi sebenarnya sekali-sekali kita keluar bersama keluarga untuk berekreasi atau sekadar berjalan-jalan makan angin. Hubungan keluarga menjadi lebih erat, kasih-sayang dan kemesraan terasa semakin kuat. Kami senyum dan ketawa riang sepanjang perjalanan. Alhamdulillah.
comelnye kak chik ngan abaya,kalau ain sebelah kak chik tntu kelihatan seperti kehadiran gergasi di taman! haha!
ReplyDeleterayay hari tu bawak e-ein dan cousin2nye main kat playground sini..tak perasan lak ade taman haiwan kat situ :)
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeletecomel betul amni bila marah ye Kak chik...hehehe..seronok sgt jejalan la tu..
salam kakcik.. teringat pulak masa bawa budak2 melawat zoo tempoh hari. kanak2 memang suka tengok binatang..
ReplyDeletememang betul kak chik sesekali gi makan angin berdua2an bagus jugak....
ReplyDeleteterima kasih ain. Ain pun comel juga kakchik tengok kat FB tu. Kihkihkih semalam kan masa kami dekat kandang rusa tu ada seorang adik pakai tudung bulat, sekali tengok macam ain. dia pun tinggi dan comel juga. Dia senyum kat kakchik.
ReplyDeleteLer... Catlina, ruginya... Kena masuk sampai ke belakang sikit. Selepas taman air tu kalau ikut laluan pokok bunga raya tentu akan jumpa taman haiwan ni.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam MysDear. Hehe, memang sangat comel. Lepas tu kakchik cium-cium dia.
ReplyDeleteWkslm kakpah. Memang betul kakpah. Ibu bapa dan pihak tadika memang patut bawa kanak-kanak ke tempat-tempat rekreasi atau taman yang ada haiwan ni. Kalau zoo tu dekat kakchik pun nak pergi juga.
ReplyDeleteshiori, kami pergi bertiga. cik abe tu memang nak juga bawa amni. hiburan sampingan la tu hehe.
ReplyDeletesalam kak chik..rajin betul kak chik dan hb melayan budak kecik ni..suka akak tenguk.
ReplyDeletewkslm kak ina. kami rajin layan dia sebab amni pun rapat sangat dengan suami kakchik tu. terhibur sungguh.
ReplyDelete