Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk teman-teman semua.
Pagi ni kakchik nak tulis sedikit tentang topik di atas tu. Fokus kakchik ialah pada bisnes yang mempunyai produk maujud bukannya bisnes yang produknya tidak nampak dilihat dan tidak boleh disentuh fizikalnya seperti pelbagi bisnes maya yang selalunya menarik orang ramai dengan ayat-ayat memancing yang berjaya menarik minat orang awam terutama yang ingin duit sampingan.
Produk maujud, stok di tangan. |
Jadi, bisnes produk maujud apakah yang boleh dilakukan tanpa modal?
Iyalah, kita semua pun tahu bila nak mulakan bisnes selalunya wajib ada modal. Kakchik pun memulakan bisnes buku kanak-kanak sejak 6 tahun lalu dengan modal sendiri walaupun sedikit. Modal yang sedikit itulah kakchik rolling hingga ke hari ini sedikit demi sedikit ia berkembang. Memang perit bila modalnya kecil lebih-lebih lagi bila permintaan melebihi penawaran, tidak mampu nak memenuhinya.
Begitu juga bisnes abaya. Kakchik bermula dengan modal juga tapi jumlahnya 2 kali ganda dari modal bisnes buku dulu. Itupun alhamdulillah kerana mempunyai sahabat yang mempunyai minat yang sama iaitu suka memakai abaya cuma dia tidak minat turun ke medan, hanya membantu di belakang tabir. Dialah yang lebih banyak melabur untuk bisnes ini dari segi kewangan dan kakchik yang menguruskan.
Boleh atau tidak kita membuat bisnes tanpa sebarang modal?
Pada hemat kakchik mungkin boleh. Tapi sebelum memulakan lebih baik cek dulu hukum-hakamnya menurut perniagaan Islam. Kakchik memang tidak arif bab-bab hukum ni sebab memang bukan pelajar agama apatah lagi aliran syariah. Mungkin boleh merujuk kepada mereka yang pakar seperti Ust. Zaharuddin.
Katakanlah hukumnya boleh menurut Islam, maka cara ini akan kakchik gunakan. Sekarang ni ramai orang berniaga secara maya contohnya menjual buku, pakaian, makanan, produk kecantikan, aksesori, kelengkapan rumah, ubatan herba dan sebagainya. Kakchik yakin sebahagian mereka memang mempunyai stok di tangan terutama bagi para peniaga yang pelanggan sentiasa kunjungi.
Tapi... kakchik juga yakin ada di kalangan mereka langsung tiada stok di tangan tapi berbekalkan gambar-gambar menarik produk yang ingin dijual mereka berjaya juga menjalankan bisnes maya. Contoh, bisnes produk HPA atau Radix. Dengan mendaftar sebagai ahli anda sudah boleh menjalankan bisnesnya. Buka satu blogshop, gunakan kemahiran IT anda, sedikit sebanyak kena kreatif dalam memaparkan gambar-gambar, membina rangkaian pelanggan melalui follower, blogwalking, facebook dan sebagainya. Mulakan promosi berulang-ulang di mana-mana platform sosial maya yang disertai.
Gambar-gambar produk, boleh dapatkan dari laman web yang disertai, misalnya HPA tadi. Editlah mengikut kepandaian sendiri. Bayangkan presentation gambar yang bagaimana boleh menarik sifat ingin tahu orang yang melihat. Dan jangan lupa juga, kita mesti mencari 'niche market' iaitu kalangan pelanggan yang memang menyukai produk seperti yang kita jual itu.
Kita selalu jumpa perkataan PRE-ORDER kan? Itu maksudnya produk yang ditawarkan tiada di tangan peniaga tapi boleh dibeli dengan membuat tempahan. Kakchik juga ada menggunakan cara ini dalam bisnes abaya di ABAYA ELEGAN. Oleh kerana kami hanya menyediakan stok abaya berharga RM300 ke bawah dalam kuantiti tertentu sahaja kerana modal yang kecil, maka untuk memberi peluang kepada pelanggan mendapatkan lebih banyak pilihan abaya dari pelbagai design, pembekal kami dari Dubai mengirimkan banyak gambar sampel untuk dipaparkan di dalam blogshop.
.... bersambung. Kakchik nak ke pejabat dulu.
Assalammualaikum kakchik,
ReplyDeleteMenarik issue ni..at least dapat menimba pengetahuan mengenai apa itu bisnes produk maujud..akak tunggu sambungan yang seterusnya.
salam kakchik, erm bminat nk tahu lebeh lnjut ni..
ReplyDeletemmg ada niat nk bniaga cmni tp tatau ble atau tidak..hrp ble dpt nsht dr kakchik..tq.
Wa'alaikummussalam kak azah. Perkataan maujud tu kakchik saja guna untuk rujuk kepada produk yang ada di tangan, boleh dilihat secara live. Insyaallah bila sempat nanti kakchik sambung lagi.
ReplyDeleteWkslm lov. Bila ada minat dan usaha, insyaallah boleh dilakukan lov. Kakchik ni nak bagi idea tu bolehlah, nak nasihatkan lov mungkin tak layak dengan pengalaman seciput ni.
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletetips yang berguna ni.Saya pun berminat nak buat biz begini.Cuma guide je tak de.Harap artikel ni ada sambungan nnt. :)
Wa'alaikummussalam MysDear.
ReplyDeleteKakchik pun tak tahulah berapa banyak yang kakchik boleh membantu. Artikel inipun berpandukan pengalaman sendiri saja. Tentu orang lain yang lebih berjaya ada lagi banyak tips yang bagus. Insyaallah jika MysDear berminat untuk berniaga, jadikanlah pengalaman kami teladan dan sempadan.