Followers

3.10.10

Perkongsian: PESANAN BUAT SUAMI Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah... syukur alhamdulillah kerana di hari yang ceria ini kita semua masih lagi diberi nikmat oleh Allah SWT untuk hidup di atas mukabumi-Nya ini. Hari ni kakchik ada beberapa urusan sebelum kakchik sampai ke pejabat. Dari rumah ini kakchik akan ke bank untuk menyelesaikan beberapa urusan kewangan, kemudian akan singgan pula di RFC kerana rakan-rakan sekerja mahu berjamu hari raya dengan ayam goreng RADIX.

Sementara bersiap ni kakchik sempatlah sebentar melihat-lihat facebook dan terjumpa artikel yang menarik ini yang dikongsikan oleh seorang teman FB. Ianya pesanan untuk para suami dan kakchik tahu ada juga lelaki berstatus suami yang singgah membaca di blog kakchik ini. Para isteri pun boleh membaca pesanan-pesanan ini dan sama-sama berkongsi dengan suami. Insyaallah ini semua memberi manfaat kepada kita semua.

Klik banner untuk imej lebih jelas.
Bismillah.

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Moga Allah beri kita ketenangan dalam melayari hidup berumahtangga. Moga percintaan kita membawa kita ke Syurga. Moga bahagia kita boleh membahagiakan orang lain juga. Moga segala-galanya menjadi bekalan baik untuk kita ke akhirat.

Allahu'alam.

12 comments:

  1. salam chik..sihat?terima kasih kerana perkongsian yang bagus ni chik.. :)

    mujur cikkamal banyak menyenangkan hati cikmin dan ringan tulang...

    ReplyDelete
  2. tips & pesanan beliau memang best2 kan kakchik ;) macam bersemangat nak follow apa dia cakap. pakar motivasi berjaya ^__^

    ReplyDelete
  3. wkslm my dear cikmin. sama-sama. chik pun dapat faedah dr tulisan org lain juga.
    cikmin tu bertuah dapat suami ringan tulang macam cik kamal tu. kena syukur banyak-banyak. lebih-lebih lagi dia pandai memasak dan membahagiakan cikmin.
    semoga kekal bahagia di atas jalan Allah hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  4. kalau dalam hal-hal rumahtangga memang kakchik pun setuju sangat dni. boleh follow je dni.

    ReplyDelete
  5. salam...terima kaasih info nie

    ReplyDelete
  6. Salam Kakchik,

    Sempat singgah kejap...
    Minta izin copy pesanan ni...

    ReplyDelete
  7. salam kak chik..macam ni pun ada ye?negeri lain xpenah wat hari suami isteri..hehe

    ReplyDelete
  8. Wkslm Cik Puan Mr Shaiful. Sama-sama.

    ReplyDelete
  9. Wkslm dr. muslimah. Itulah uniknya Kelantan, berusaha agar kehidupan Islam ini menyeluruh dan sentiasa cuba mengadakan program-program ke arah itu.

    ReplyDelete
  10. salam kak chik..jujur ckp kami suami isteri belum smp level utk dicontohi..tp alhamdulillah, suami sngt memahami & byk membantu saya dirumah, dr kemas umah smp ke jaga anak. Alhamdulillah!!

    ReplyDelete
  11. wkslm mamayatie. kita pun sama juga mama. masih banyak yang perlu dibaiki dan ditingkatkan. kiranya mamayatie bertuah tu sebab suami sudi membantu melakukan kerja2 tu. bukan semua suami ringan tulang dan ada empati pada isteri.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs