Followers

16.10.10

Gila tengok buku-buku baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Selamat bercuti di hujung minggu! Semoga di hari kalian berehat ini kalian semua berjaya memanfaatkan setiap detik waktu dengan sebaik-baiknya. Alhamdulillah di saat ini kakchik sedang bertugas di Kaunter Informasi. Sambil merekodkan buku-buku terbaru, sambil membelek akhbar online dan mata memerhatikan para pengunjung yang keluar-masuk melalui pintu utama perpustakaan. Hari ni pengunjung berkurangan sedikit berbanding Sabtu minggu lepas jadi tidaklah lenguh sangat kaki ini berdiri lama-lama melayan mereka.

Koleksi buku baru di Zahra'.

Di saat ini ada selonggok buku baru di hadapan kakchik ni. Kakchik sedang merekodkan buku-buku ni ke dalam pangkalan data buku perpustakaan. Sambil masukkan data, kakchik ambil peluang membelek buku-buku ni. Iiiii... geram sungguh tengok buku-buku baru ni. Rasa nak bawa semuanya masuk ke pejabat kakchik dan baca puas-puas, hehe.

Tapi mana boleh buat macam tu... kat sini, kita kena rekodkan perolehan secepat mungkin kemudian katalog dan tampalkan pelekat kod di kulit buku, terus letak buku di rak NEW ARRIVAL. Kami tidak suka simpan buku lama-lama dengan kami sedangkan ianya dibeli khusus untuk bacaan pengunjung. Bukan kami tak boleh baca.... tapi utamakan pengunjung perpustakaan dulu. Kalau dah terliur sangat nak baca mana-mana buku, bolehlah pinjam sebentar ke pejabat untuk dibaca.

Yang sebenarnya kakchik akan 'naik gila' bila tengok buku baru. Setiap kali ada bungkusan buku yang baru sampai di MariBaca atau di Zahra' kakchik bersyukur kerana kakchiklah orang pertama dapat membelek buku-buku tersebut. Alangkah bahagianya hati ni kerana mendapat peluang itu. Terasa kalau boleh nak kelek ke hulu ke hilir mana-mana buku yang sangat menarik minat kakchik.

Samalah macam hari ni. Kakchik nak berhenti menulis dulu lah. Nak belek buku lagi. BACA BUKU NI MEMANG SERONOK!

4 comments:

  1. Ini lah perkara paling menarik dan indah dan terbaekkkkkk bila ada kedai buku, kerja pula di perpustakaan.

    Iera ni kalau beli buku online, sebaik sahaja buat bayaran, terus menghitung hari menunggu buku sampai. Bila sampai saja posmen dengan parcel, aduhhhh tidak boleh digambarkan gembiranya.

    ReplyDelete
  2. byknye buku/...skrg ni tak berkesempatan nak membaca..(malas tak sy?)...

    kak chik,.jemput join my contest..ade dua kategori(lucky draw & contest bergambar)..nanti pilih lah mane satu k..

    http://catlinaflybaby.blogspot.com/2010/10/catlinaflybaby-celebratesbeautiful-mom.html

    ReplyDelete
  3. Iera, tapi ada banyak juga yang tak tertanggung bila buat macam2 kerja dalam satu masa ni.

    Kakchik pun... seronok kan bila dapat lihat parcel lepas tu beriya-iya buka balutan dan sentuh, tengok buku yang kita beli. Nikmat sungguh.

    ReplyDelete
  4. Catlina, banyak tu bukan buku kakchik tapi buku Zahra'. Kena cari masa tu... baca majalah pun membaca juga.

    Actually kakchik dah tengok semalam contest tu. Sedang dok berkira-kira ni nak join ke tak.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs