Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar? Semoga kalian semua dalam keadaan ceria sentiasa. Jangan jadi macam kakchik yang sedang moody sekarang ini. Moody dengan diri sendiri.
Hari ni entah apa puncanya kakchik jadi hilang semangat. Nak menulis takde semangat. Nak membaca takde semangat. Nak buat kerja pun takde semangat tapi kena gagahkan juga diri kerana kerja ini amanah.
Bukan mudah untuk sentiasa mengekalkan semangat dalam diri. Orang akan kata, "sabarlah... biasalah tu." Memang benar, perkara sebegini biasa berlaku dan semua orang pun mengalaminya. Tapi yang benar-benar memahami mungkin hanya Allah SWT.
Entah ke mana hilangnya semangat kakchik hari ni. Nasib baik tadi ada banyak kerja menyiapkan rekod buku Zahra'. Kerja yang perlu banyak bergerak, insyaallah akan membuatkan kakchik lupa sebentar akan semangat yang hilang tu.
Sekarang nak menghadap Buku Tunai pula. Astaghfirullah. Allahu Akbar. Ya Allah, kembalikan semangat dalam diri ini.
ya'ALLAH..kau kembalikan lah semangat temanku ini.. :) mudah-mudahan ALLAH mendengar doa cikmin ni ye chik..
ReplyDeletesalam kak chik..banyakkan bersabar dan beristifar padaNya moga diri akak diberikan kekuatan dan kesabaran dlm mghadapi hari mdatang..pasti adakala kita akan ada perasaan 'moody' ini dlm kehidupan seharian..take care kak..
ReplyDeletesalam ziarah kak chik...nampaknya kita serupa..sejak kebelakangan ni mmg xde mood..=(
ReplyDeletesalam kakchik
ReplyDeletesemoga Allah mengembalikan semnagat kita,amin
salam kak chik
ReplyDeletemoganya, semangat kak chik kembali sedia kala
biasalah tu turun naik emosi
saya juga kadangkala begitu
jika keletihan bawa-bawa berehat
mungkin juga kak chik penat fizikal dan mental
rehatlah kak chik
salam kasih sayang ;D
Terima kasih banyak ya cikmin.
ReplyDeletewkslm ain. insyaallah. dah tak moody dah. alhamdulillah.
ReplyDeleteSelamat dtg yan Bidadari. Agaknya kita diserang jerebu ni hehe.
ReplyDeletewkslm ummu masyitah. amin. masyitah apa khabar ya?
ReplyDeleteWkslm Mas.
ReplyDeleteAlhamdulillah di saat kakchik membalas komen-komen ni semangat sudah pulih sedikit.
Kakchik nak berehat tapi tak menjadi.
Assalammualaikum kakchik,
ReplyDeleteAlhamdulillah, Semoga semangat kakchik kembali pulih seperti sediakala. Bila semangat kakchik hilang nanti sunyi lak blog takde new entries.
Bismillahirrahmanirrahim...selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw, kaum keluarga, para sahabat dan pejuang2, mujahid dan mujahidah.....
ReplyDeleteYa Allah...
Yang mengetahui baik yang nyata mahu yang tersembunyi... ungkaikanlah kekusutan kekusutan yang menggusarkan teman ku ini....kurniakanlah cahaya di atas cahaya buat dirinya..dan saudara2ku yang dikasihi.....nur run alaaa nurr.....
Amen.....
Moga kak chik bersemangat seperti selalu....insya'allah...caiyok caiyokk.....:))
Wa'alaikummussalam kak azah.
ReplyDeleteHehe, semangat dah pulih kak tapi dia macam roller coaster jugak.
Terima kasih Ayu kerana mendoakan kakchik. Insyaallah semangat pun sudha pulih dan kakchik akan terus bangkit dengan lebih ceria.
ReplyDelete