Followers

4.10.10

Bunga-bunga Zina

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah dapat lagi kakchik bertemu kalian di pagi yang nyaman dan indah ni. Bukan selalu dapat menulis blog di waktu pagi dan bukan selalu kakchik ada idea untuk dikongsikan di sini. Tapi malam tadi kakchik mendapat satu video yang begitu menginsafkan diri ini. Jika kakchik tak kongsikan, terasa seperti bersalah pulak. Jadi kakchik mahu menjemput kalian untuk sama-sama menonton video ini. Mana tahu ianya dapat mengetuk pintu-pintu hati kita semua dengan peringatan yang amat mendalam dan kita tidak lagi mengambil ringan perkara ini.

Jauhi zina dik!

ZINA tidak terus berlaku bila seorang lelaki bertemu wanita yang ajnabi tapi ia bermula dengan BUNGA-BUNGA ZINA atau ada yang sebut MUKADIMAH ZINA. Hari ini perlakuan zina sudah menjadi satu masalah besar kepada negara tapi kakchik merasakan Kerajaan Negara ini masih keliru dengan cara paling efektif dalam membendung masalah ini. Itulah ruginya bila kuasa di tangan pihak yang tidak meletakkan agama di hadapan. Tapi insyaallah satu hari Kerajaan Negara ini akan pasti kembali kepada Islam juga.





Marilah kita jauhi zina. Bunga-bunga zina ni boleh berlaku di antara sesiapa sahaja tidak kira bujang atau sudah berkahwin. Jika nafsu tidak dibimbing, maka syaitan akan menjadi pendorong kepada keseronokan COUPLE. 10 tahun dulu kita sukar melihat pelajar sekolah berpasangan secara terang-terangan tapi hari ini PASANGAN HARAM boleh dilihat di mana-mana dan pelakunya semuda usia 11 dan 12 tahun. Astaghfirullahalaziim.

Dunia umat Islam telah tercemar dengan budaya 'couple' yang menular di kalangan pelajar tanpa mengira dari aliran sekular ataupun agama. Kadang-kadang tiada beza antara akhlak pelajar agama dari pelajar sekular. Sukar mahu melihat penonjolan imej pelajar agama yang berakhlak mulia kerana mereka ditenggelami oleh mereka yang menjadi 'NILA SETITIK'. 

La taqrabuzzina! La taqrabuzzina!

14 comments:

  1. duduk kat semak pun selesa ke dik..alahai memalukan je, dah la bertudung...

    nak dekat akhirat dah ni kan kak....byk petanda

    ReplyDelete
  2. Ampuni kami Ya Allah...

    terima kasih kak chik, perkongsian yang amat bermakna...

    ReplyDelete
  3. couple - budaya yang dah lama saya ingat sejak dari saya belajar dulu pun sudah ramai kawan2 yg selalu bonceng motosikal sekali.

    risau dengan anak2 yang sedang membesar... bagaimana dengan zaman mereka kelak jika masih 'kekal' begini

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kak chik..

    Apabila berbicara mengenai zina, terasa meremang bulu tengkuk dibuatnya.Keadaan yang amat merisaukan pada zaman yg serba maju ni.Malah bertambah risau apabila memikirkan anak-anak di masa hadapan.

    Tak tahu di mana punca yg sebenar, cuma apa yg dapat saya perkatakan bunga-bunga zina itu harus di cantas terlebih dahulu sebelum ianya terus mekar mewangi di hati.

    Semoga anak-anak dan zuriat keturunan kita akan terhindar dari bunga-bunga zina ini malah zina itu sendiri.Amin..rabal'alamin.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikumwbh kak Chik,
    Terima kasih di atas info yang amat bermenfaat ni. Incase Ayu agak Kak Chik ter over look chat box,...

    Ayu ada tanya ni semalam pasal,"Assalamualaikumwbh...kak chik ada jual niqab x? Ayu nak nengok yg full face and half face tu...ada ker?"

    ReplyDelete
  6. asha, bila nafsu syaitan yang jadi raja, semak pun nampak macam bilik yang indah. sebab itulah diorang tak kisah.
    memang betul nak kiamat dah ni, terlalu banyak petanda yang Allah tunjuk tapi kita masih biasa-biasa saja.

    ReplyDelete
  7. Ukhtiza, sama-sama. Semoga Allah rahmati kita.

    ReplyDelete
  8. Wan, masa kakchik sekolah dulu pun ada tapi tidak begitu menonjol seperti sekarang ni. Kita kena usahakan agar umat sekarang sedar dan insaf Wan, barulah masa depan anak-anak kita akan lebih terjamin.

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikummussalam Mysdear.
    Kita kena sama-sama mainkan peranan kita Mys barulah orang takut sikit untuk berzina. Kena selalu sebut, zina itu haram. Org muda skrg berani buat sb mereka takde rasa takut pada Allah. Yang mereka tahu mereka 'berdua-duaan', 'bersekedudukan' dan seumpamanya.

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikummussalam Ayu.
    Sama-sama.
    Tak Ayu, kakchik bukan ter'over look' tapi belum menjawabnya sebab sedang mencari gambar yang sesuai untuk tunjuk kat Ayu.
    Insyaallah kakchik akan tunjukkan gambar purdah2 tu dalam entri lain nanti.

    ReplyDelete
  11. Ok kak chik....terima kasih sudi jawab ayu yer...:)..syukran wa jazakilah....:)

    ReplyDelete
  12. Mizah, kita berharap Allah lindungi kita semua.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs