Followers

29.10.10

Fobia dengan shortcut URL

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah fillah serta selamat sejahtera semua.

Sudah beberapa lama kakchik perhatikan makin ramai pengunjung yang suka meninggalkan jejak mereka di kotak shoutmix dengan menggunakan shortcut URL yang kalau kakchik 'mouse over' tak dapat dikesan dari blog mana mereka datang. Yang nampak ialah URL ringkas yang ditinggalkan.

Kakchik minta maaf banyak-banyak. Walau berapa banyak kali kalian singgah tapi jika shortcut URL yang kalian tinggalkan, kakchik tak akan klik untuk ziarah balas. Bukan tak mahu tapi kakchik fobia. Sudah ada beberapa kali pengalaman terkena bila kakchik klik URL ringkas tu.

Ada yang memancing untuk menambahkan duit poket, ada yang bawa ke blog mengarut dan ada juga membawa penyakit kepada blog kakchik. Jadi sejak itu kakchik tidak lagi akan klik mana-mana link yang kalian tinggalkan secara shortcut. Harap maaf sangat.

Kadang-kadang rasa menyampah juga jika asyik tinggalkan komen yang sama, menyebabkan kakchik yakin bukan anda blogwalk sendiri tapi anda menggunakan robot, software khas atau seumpamanya untuk menghantar semua mesej itu ke serata blog. Tiap kali kakchik balas mesej dan beritahu kakchik nak URL betul, langsung tak diendahkan. Confirm, pemilik URL tak baca pun jawapan kakchik tu. Jadi kalau berterusan, kakchik mungkin akan ban URL tersebut.

Hmm... entah ada matlamat jangka panjang atau tidak mereka yang buat begitu? Kalau iklan bisnes tu kita tahulah, sudah tentu nak tarik minat pelanggan dan nak cari untung tapi jenis yang ajak orang follow dan tulis ayat merapu ni, kakchik cukup tak suka. Kita menulis ni biarlah ada matlamat dan sebaik-baiknya tally dengan kehendak Allah SWT. Mengarut dan merapu, semuanya kerja sia-sia saja.

Semoga kita mendapat manfaat dari blogging. Dan manfaatnya harap-harap bukan setakat dunia tapi memanjang hingga ke akhirat. Allahu'alam.

4 comments:

  1. Salam chik..memang sah mereka guna auto software tu chik..baru ni cikmin dah pun entri kan..oleh kerana url mereka kena BAN..mereka guna short cut URL tu...

    cikmin kalau ada yang tinggal mesej yang sama tanpa mention nama cikmin..sorry la nak jejak balik..minta maaf la banyak2..tapi kena cek jugak lah kan..

    sia2 je chik reply mesej mereka kat kotak cetbox chik tu balik..

    masalah ni tak pernah selesaikan chik.. :)

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum,

    yang ini akak memang benar2 tak faham kak chik...

    ReplyDelete
  3. Wkslm cikmin. Ha'ah mmg auto generate. Bencilah macam ni. Buat menyemak kotak jerit je. Skrg ni chik dah tak balas dah kalau pasti mesej tu dihantar robot. Entah bila nak cerdik.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam kak azah. Ni kak, selalunya kita sendiri yang jenguk blog, baca2 dan tinggalkan komen atau mesej di shout, tp setengah blogger ni suka guna robot utk autogenerate dan autosend kpd shoutmix sesiapa saja. Diorang akan buat shortcut utk URL diorang jd kita tak tahu apa alamatnya. Eg. keluargakusayang.blogspot.com jadi hbvdjhgvs/clt entah apa2.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs