Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pagi ni kakchik hanya nak kongsikan gambar-gambar sahaja. Kakchik tak sempat nak menulis. Sedang mengejar masa. Sebahagian rakaman kenangan semasa berkunjung ke pesta buku di Balai Islam Kelantan semalam.
Sekitar Dewan Balai Islam - ramai kanak-kanak sekolah. |
Menghala ke pintu masuk, pelajar sekolah saja yang kelihatan. |
Gerai pertama kami singgah di sebelah kiri pintu masuk dewan. Penyewa luar. |
Suasana dalam dewan pameran. Penuh dengan pelajar sekolah yang dibawa oleh bas-bas tajaan JPN kata seorang pengunjung. |
Timbunan pelbagai buku. |
Daya penarik di gerai Grolier. |
Komik terjemahan dari Korea. |
Yang ini kami beli. |
Menariknya... |
Yang ini MESTI beli sebab kawan yang tulis. |
Buku-buku yang menarik minat kakchik. |
Yang ini banyak yang kakchik suka tapi banyak yang sudah ada. |
Ada juga buku akademik yang kami beli tapi kami lebih utamakan buku bacaan sampingan. SELAMAT MEMBACA!
Assalamualaikum w.b.t
ReplyDeleteterima kasih kak chik kerana membeli. Itu juga satu sokongan buat saya terus berusaha menulis dan menulis.
;D
Wa'alaikummussalam Mas.
ReplyDeleteSama-sama. Insyaallah kakchik beli atas sebab mahu membacanya dan juga menyokong kerjaya Mas.
salam kakcik, ada tips untuk menjana pendapatan dari rumah? hehe...
ReplyDeletewkslm kakpah. hehe, tips tu ada banyak dan mudah2 pulak tu. takde produk pun boleh buat kakpah, asalkan rajin sedikit. kakpah kena beli buku tu.
ReplyDeletesalam..seronoknya tengok banyak buku..ekonomi rumahtangga tgh nak membina ni x mampu lah beli banyak2 hehe..saya link kan blog akak ni lama dah.,.suka pengisian dalam blog ni..maaf ye tanpa kebenaran..salam ukhwah..
ReplyDeletefawwaznuha.com
wkslm fawwaznuha.
ReplyDeletetentu peminat buku ni... kalau tidak takkan rasa seronok tengok buku :)
ekonomi r/tangga membina tu kena belajar menabung utk buku sebab nanti manfaatnya utk r/tangga juga.
boleh buat belian 4 kali setahun, bajet RM50 untuk setiap 3 bulan. insyaallah kakchik rasa boleh dilakukan dlm masa berjimat-cermat ni. cdgn je.
mashaallah... salam kenal ya dan terima kasih banyak kerana sudi link dan akhirnya sudi juga meninggalkan jejak.
Assalamualaikum
ReplyDeleteSuami saya 'alergik' dengan team Grolier...hahaha..sbb diorg ni tak dapat tgk org lalu lalang skit ...ade jer dia panggil.Sebenarnya kami dah ada dah set buku Grolier tu, tu yang rasanya tak perlu nk beli lagi.
salam k.chik..terima kasih atas cdangan yg bernas tu..InsyaAllah akan sy praktikkan..selalunya bujang2 dulu tiap kali saya jumpa buku yg saya minat saya terus beli je ..skrg kene kontrol sket hehe
ReplyDeleteWa'alaikummussalam MysDear.
ReplyDeleteBukan MysDear je yang alergik, kakchik pun sama. Memang kalau nampak gerai Grolier, kakchik akan konar jauh-jauh hehe.
Wkslm azy. Sama-sama. Kakchik pun punya tabiat yang serupa masa bujang dulu dan terbawa-bawa juga selepas kahwin. Akhir-akhir ni je kakchik kurang sikit. Boros sangat rasanya.
ReplyDeleteAssalamualaikum boleh Sy hubungi secara personal Ada contact no wasap ke fb. Terima Kasih.
ReplyDelete