Followers

30.10.10

Nasi Goreng Ikan Bilis Kesayangan

Nasi Goreng Ikan Bilis.
Assalamualaikum dan selamat petang.

Dah masuk jam 3 lebih ni perut mula minta diisi. Hari ni kakchik tak sempat keluar sebab ada sedikit kerja yang perlu diuruskan. Macam orang diet, kakchik makan sebiji pau kelapa dan minum segelas radix cola. Kononnya hilanglah lapar yang dirasa. Bukanlah lapar sangat tapi laparlah juga hehe.

Inilah bahananya kalau tidak beli makanan tengahari siap-siap. Jadi boss pun bukan senang-senang nak keluar beli makanan. Tambahan pula kakchik bertugas di Kaunter jam 1 hingga 2 petang. Lepas bertugas nak berehat untuk solat Zohor pula.

Sabarlah perut ya, petang nanti kita balik rumah, kakchik akan masakkan Nasi Goreng Ikan Bilis sekali lagi. Hari tu buatkan semangkuk besar untuk cik abe, enak tengok dia makan. Hai.... terliurnya... Ni kalau blogwalk ke blog kawan-kawan yang rajin memasak, harus terseksa.

Takde ke orang nak buat delivery service untuk nasi goreng? Peluang bisnes ni...

5 comments:

  1. Salam kakchik...

    Baru hari ni berpeluang blokwalking...agak busy sikit minggu ni...
    tengok nasi goreng tu, perut saya pun mula berlagu...adoii...
    pas ni nak mkn gak...hehe..
    anyway,selamat berehat di hujung minggu to kakchik.see u.

    ReplyDelete
  2. Memang sungguh menyelerakan..kongsilah recipe nasi goreng ikan bilis versi kakchik itu..

    ReplyDelete
  3. Wkslm Alasmal. Kita punya nafsu makan ni kan, nampak aje gambar makanan terus jadi lapar. Hari ni kakchik pun rasa lapar hehe.

    ReplyDelete
  4. kak azah, resepi sempoi sangat2 kak. ada dlm My Culinary Adventures tu.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Chik.. Walaupun juadah nasi goreng, tapi sebab hasil air tangan sendiri tentu puas bila menjamahnya.. Lama tak buat nasi goreng, Nur suka letak sedikit belacan ketika menumis..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails