Followers

5.10.10

Bilakah lagi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk kawan-kawan semua.

Dah masuk waktu Zohor baru ada masa untuk mencatat sesuatu di sini. Syukur alhamdulillah hari ni dapat juga kakchik hadir ke pejabat walaupun perut kakchik yang sensitif ni agak meragam dari pagi lagi. Tapi kakchik gembira sebab hari ni kakchik ke pejabat di hantar cik abe bersama amni. Suami kakchik ada temujanji dengan pelanggannya di Jalan Dato' Lundang manakala di kecil amni tu memang kalau nampak ayah waenya nak ke mana-mana dia mesti nak ikut. Kalau tidak dibawa, menangis sakanlah dia hari ni. Cik abe selalunya tak sampai hati.

Belum habis dibaca lagi walau dibeli tahun 2009.

Di kala ni kakchik sedang bertugas di Kaunter Informasi jadi ada sikit masa untuk menulis blog. Pagi tadi kakchik kemaskinikan blog Perpustakaan Zahra' dengan dua artikel menarik iaitu mengenai Program Wakaf Buku PTS dan juga Cara-Cara Untuk Rajin Membaca. Kedua-dua artikel tu adalah salinan dari dua blog milik persendirian yang ada kakchik letakkan pautannya di dalam kedua-dua entri.

Bila kakchik baca artikel-artikel tersebut, hati ni tertanya-tanya, "Bila kali terakhir kakchik membaca buku dengan serius?" Kalau diikutkan memang setiap malam kakchik membaca iaitu sebelum tidur tapi biasanya kakchik membaca buku-buku yang ringan seperti novel dan buku motivasi yang ringkas-ringkas. Memang agak lama kakchik tidak betul-betul mengambil masa membaca bahan bacaan yang lebih berat. 

Buku baru sentiasa kakchik beli sama ada di kedai buku lain atau pun di kedai buku sendiri, MARIBACA. Ha'ah, kedai sendiri pun mana boleh ambil secara percuma. Mana bisnes nak hidup kalau macam tu kan? Biasanya bila stok buku baru sampai kakchiklah orang pertama yang beriya-iya nak beli semua buku tu. Rasa macam nak baca kesemuanya. Walhal bukannya sempat. Janganlah jadi tamak kakchik ya. Berpada-pada asalkan semua buku yang dah dibeli tu dapat dibaca sampai habis.

Entah sempat atau tidak kakchik menghabiskan 50 naskah buku untuk tahun ni? Sekarang sudah bulan Oktober, buku yang dibaca baru melepasi separuh bilangan. Harap-harap sempat.

8 comments:

  1. salam chik...2 novel kat atas tu cikmin dah baca...karya blogger fiza nordin tu... :)

    ReplyDelete
  2. salam kak chik..saya mmg minat sngt membaca dr kecik, tp sejak kerja & ada anak nak khatam satu buku pun payah...sekerat2 bacanya huhu

    ReplyDelete
  3. Salam kakchik.
    membaca tuh jambatan ilmu.
    Ahaha.
    Dulu ara ingat ara xsuka membaca. sebab tuh ara amik course math.
    tapi, rugi kalau malas baca ni.
    sbb dengan mmbaca baru la dapat ilmu.
    Thanks untuk tips yang kakchik share tu.

    ReplyDelete
  4. wkslm cikmin. ha'ah buku fiza tu. chik beli pun untuk beri sokongan kat kawan kita tu lah. belum habis baca lagi.

    ReplyDelete
  5. wkslm MamaYatie, ramai orang beri alasan yang sama Mama. Cuba baca tips Cara2 Utk Rajin Membaca tu. Mana tahu kot2 lepas ni MamaYatie akan mampu membaca dgn lebih seronok.

    ReplyDelete
  6. Wkslm Ara.
    Betul tu. Alhamdulillah... Ara sedar akan kepentingan membaca ni. Kita di zaman moden ni, kalau malas membaca memang akan ketinggalan banyak benda.

    ReplyDelete
  7. Bestnya kak chik masih ada kesempatan utk membaca..Tak leh jadi ni..kena rajin membaca macam kak chik gak..tahun ni akak betul2 slow sangat membaca..ntah mana dah gi reading marathon akak..hehehe itulah bahananya bila akak delete blog akak. kalau tak ada gak initiative nak membaca..anyway, go for it kak chik. masih sempat lagi ni ..dapat habis 45 buah buku pun dah cukup baik.

    ReplyDelete
  8. kak azah, itu pun kena atur strategi kak. kalau tak ... mmg tak terbacalah jawabnya hehe. baru nak cecah 30 buah kak. harap2 dapatlah baca banyak lagi. insyaallah akak pun dapat tambah lagi buku bacaan akak tu. mgkn kena buka balik kot blog tu :)

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs