Followers

14.10.10

Akhirnya... hatiku bahagia.

Acer Aspire 4738
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Salam bahagia dari kakchik untuk kalian semua. Mohon maaf kalau ramai yang singgah tapi kakchik tiada di 'rumah' atau di 'facebook'. Hari ni kakchik cuba unruk benar-benar berehat di hari cuti hujung minggu. Bungkusan-bungkusan sebahagiannya telah diposkan semalam dan sebahagian lagi pagi tadi. Alhamdulillah.

Pukul 11.30 pagi kakchik bersama cik abe dan amni bertolak ke MariBaca untuk urusan mingguan kakchik di sana dan juga menghantar beberapa helai abaya baru yang ingin dicuba pelanggan yang telah berjanji petang semalam. Mereka ialah rakan-rakan Pengurus AVON yang bersebelahan kedai buku kakchik.

Selepas bertanya khabar dengan pembantu kakchik dan memeriksa apa yang patut, kami terus ke pejabat pos Kubang Kerian untuk mengepos beberapa bungkusan buku dan abaya. Urusan tidaklah lama kerana semasa kami sampai tiada pelanggan pun di dalam pejabar pos tu. Syukur... takdelah kakchik bimbang amni naik bosan.

Selepas itu kami menuju ke BIMB Kubang Kerian pula. Semasa parking kereta cik abe kata, "lepas ni kita gi tengok laptop." Huhu, kakchik memang suka! Apa lagi, selesai saja urusan di bank kakchik terus ke Twingate, selang beberapa pintu saja dari BIMB. Cik abe dan amni sudahpun berada di situ.

Waaah.... banyaknya laptop baru. Masih berbalut plastik lagi di rak-rak pameran. Dari harga RM1299 hinggalah RM2299, pada kakchik takdelah mahal sangat berbanding 5 tahun lalu semasa kakchik pertama kali membeli laptop. Kononnya saja nak singgah lihat-lihat dan bertanyakan pelan ansuran yang ada, alih-alih kami balik dengan sebuah Acer Aspire 4738. (tak jadi beli ansuran sebab kakchik tak nak bayar interest yang tinggi, jadi beli yang mampu bayar ajelah.) Alhamdulillah... terasa gembira sangat tapi tidaklah melampau-lampau.

Terubatlah duka kakchik selama 2 bulan tanpa laptop. Insyaallah malam ini laptop Acer Aspire 4738 itu akan dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk pelbagai kerja kebajikan. Insyaallah. Dan buat kali terakhirnya, kakchik menggunakan pc cik abe yang dipinjamkan sementara oleh orang tersayang tu. "Terima kasih banyak Yang. Alhamdulillah Yang ada banyak pc, dapatlah Nor pinjam sebuah :) "

Semoga Allah berkati kerja dakwah ini bersama alat bantu yang baru, Acer Aspire 4738.

20 comments:

  1. Alhamdulillah..tahniah ye kakchik dapat laptop baru...Semoga selepas keje2 kakchik akan berjalan dengan lebih lancar...

    ReplyDelete
  2. Moga Allah berkati kalian suami isteri yg bantu mmbantu, masha Allah

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah. dah terubat dah. semangat utk blog akan terus menyala..

    ReplyDelete
  4. Salam.. Apa khabar Kak Chik? Wah dah ada "teman" baru.... Mesti seronok ada laptop sendiri. Kak Chik sama macam Nur, suka jenama ACER. Tapi model laptop Nur guna ASPIRE 5745G.

    Semoga Kak Chik terus berkarya dgn lebih kerap lagi.

    ReplyDelete
  5. salam
    lappy baru ya....jgn ghalit smp lupa cik abe hehe

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Idah. Insyaallah akan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  7. syukran my dear adik nafisah.

    ReplyDelete
  8. shu, tidak dirancang tapi tabung laptop dah hampir cukup bajet, tambah sikit dgn duit simpanan, dptlah beli. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. Wkslm Nur. Alhamdulillah, khabar baik Nur. Alhamdulillah... dapatlah kakchik lancarkan sikit kerja2 MariBaca. Model laptop Nur tu mesti RM2 ribu lebih kan?

    Terima kasih Nur.

    ReplyDelete
  10. Wkslm kak kam. Hahaha... tergelak cik abe bila kakchik bacakan komen akak ni. Insyaallah tak kak.

    ReplyDelete
  11. Assalammualaikum kak chik,

    Alhamdulillah, akak pun tumpang gembira akhirnya kak chik berjaya mendapat idaman hati..Semoga kerja2 kak chik menjadi lebih lancar dan semoga Acer Aspire 4738 akan terus mencurah bakti yang tidak berbelah bahagi utk kak chik...I'm so happy for you..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...finally..dpt jugak laptop baru ye Kak chik.Best nye.!

    ReplyDelete
  13. tahniah kak chik..dah dapat laptop yg diidam2kan :)...

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, dapat jugak kakchik laptop baru ye.. ;)

    ReplyDelete
  15. Wa'alaikummussalam k.azah. Terima kasih kak. Dalam bajet belum begitu mantap ni, Allah takdirkan kakchik dapat juga membeli keperluan asas kakchik ni. Insyaallah kakchik akan manfaatkan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  16. MysDear, berkat doa kawan-kawan juga tu dan mungkin kerajinan kawan-kawan berkunjung telah menaikkan jumlah dalam Tabung Laptop Baru tu. Sekarang dah jadi Tabung Anak.

    ReplyDelete
  17. Terima kasih Catlina. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  18. Betul-betul alhamdulillah shira.

    ReplyDelete
  19. Salam pagi Jumaat,

    Good morning kakchik. Tahniah dapat laptop baru...
    Saya pun baru dapat hadiah laptop acer model 5745G 3 bulan yg lepas dr suami.Berbunga rasa hati...hahaha.
    Sebelum ni guna laptop acer gak tapi yg saiz kecil...rasa tak puas hati je tengok ...(alasan)tapi yg bestnya laptop kecik mudah simpan dlm handbag nak travel2 mana pun mudah.

    Apa pun,saya doakan kakchik akan terus istiqamah menulis.Semoga persahabatan kita di alam maya ini akan berkekalan sampai bila2.

    ReplyDelete
  20. Wkslm Alasmal.
    Maafkan kakchik sebab lewat 2 hari baru nak balas komen Alasmal ni.
    Terima kasih... hasil titik-peluh menabung dapatlah juga membeli laptop yang baru.
    Beruntung Alasmal sebab dah ada netbook dapat pula hadiah laptop canggih.
    Semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan gajet yang kita ada ini.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs