Followers

28.10.10

Koleksi Abaya Kesayangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar kalian hari ni? Kakchik doakan semuanya sentiasa sihat hendaknya. Kakchik alhamdulillah baik-baik saja tapi cik abe sedang demam dan batuk sekarang ni. Sebenarnya sudah beberapa hari tapi hari ni macam agak serius keadaannya. Sekarang dia sedang tidur selepas sarapan dan makan ubat. Biarkan suami kakchik berehat dan kakchik boleh buat beberapa urusan.

Malam tadi kakchik merekodkan abaya yang baru sampai pagi semalam sambil membungkus mana yang akan diposkan hari ni. Lega rasa hati ni bila abaya yang ditunggu-tunggu sampai. Kakchik tahu para pelanggan tentulah sangat sabar menanti. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga. Jangan risau ya, insyaallah esok kakchik akan poslajukan semua abaya tersebut.

Di awal pagi ni kakchik ingin menjawab satu permintaan pembaca yang mahu melihat koleksi abaya kakchik yang dipakai setiap hari. Kakchik lupa nak bilang ada berapa helai sekarang ni tapi rasanya tak sampai 20 helai selepas kakchik sedekahkan beberapa helai di bulan Ramadhan yang lepas.

Ok, tanpa buang masa inilah sebahagiannya yang sempat kakchik ambil gambar. Selebihnya ada dalam baldi direndam untuk dibasuh esok, ada dalam bakul menanti giliran untuk digosok dan ada juga di atas mesin jahit menunggu untuk di baiki.


Abaya SM168 ni hadiah birthday tahun lepas.
Abaya Layla Silver antara yang awal kakchik beli. Suka.
Abaya Mekah yang dibeli di KF Collection.
Abaya pertama dari Qatar. Ringkas tapi kakchik suka.
Abaya pertama yang dibeli, datang dari Indonesia. Kainnya tebal agak panas tapi sulaman maniknya sangat cantik dan kemas.
Abaya dari Vietnam, kainnya ringan dan lembut. Harganya paling murah. Ada poket di sebelah kanan. Abaya bajet ni.


Abaya Butterfly yang pertama dibeli dari seorang kawan yang sangat mahir menjahit. Jahitannya sangat kemas dan memuaskan hati.


Selebihnya bolehlah kalian lihat dalam album di bawah ni. Seganlah pulak nak tayang setiap gambar kat sini. Nanti bila ada tambahan lagi, kakchik akan masukkan dalam album.










Sekarang ni pakaian harian kakchik hampir 90% adalah abaya, jadi kakchik harap kalian tidak hairan bila lihat jumlahnya agak banyak. Aktiviti harian yang selalu juga memerlukan kakchik ke sana ke mari siang dan malam memerlukan banyak pakaian. Sama juga dengan sesiapa saja yang mempunyai kerjaya dan bisnes seperti kakchik. Ianya keperluan insyaallah bukan kemewahan.

Sepanjang 3 tahun memakai abaya, kakchik cuba hadkan harga pada setiap abaya yang dibeli. Harga pun kakchik cuba beli yang tidak melebihi RM250. Insyaallah semua abaya ini dipakai bergilir-gilir setiap minggu tapi yang paling kakchik suka akan kakchik pakai sekali dalam seminggu.

Itu saja perkongsian untuk hari ni. Sekarang nak bersiap-siap ke pasar.

14 comments:

  1. Assalamualaikum

    cantik2 abaya kak chik... :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak chik....

    cantiknya abaya kak chik terutama sekali Abaya Layla Silver tu.... nampak cam mahal jer...huhuhu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak chik,

    Teruja tgk koleksi abaya kakchik..rasanya koleksi paling byk drpd theabayasouq kan kak? abaya butterfly tu mmg cantiklah kak
    teringin juga nak ada design mcm tu sehelai...abaya layla lak idah pun ada sehelai..masya ALLAH mmg cantik bagai dikata...

    Ok kakchik..jika ada pertemuan nak sgt idha ketemu dgn peniaga abaya kakchik ni...

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam MysDear, alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam Faradilla,
    Alhamdulillah semuanya cantik pada pandangan mata kakchik tapi yang paling cantik bg kakchik ialah abaya hannan cuma gambarnya tiada dlm gambar. Ramai yang suka dan beli abaya layla tu.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam Idah. Banyak dari abayasouq sebab merekalah pembekal abaya online yang mula2 kakchik kenal. abaya butterfly tu dulu kakchik ingat org kecik tak sesuai pakai tp bila dah cb barulah kakchik yakin.
    Insyaallah kakchik pun sangat mahu bertemu dgn Idah.

    ReplyDelete
  7. Salam kak chik.....suka lak tgk koleksi kak chik ni......saya kt rmh pun dipanggil kak chik...skrg ni tgh berjinak2 ngn abaya...suka n praktikal....lagi2 sejak xclusive bf ni...salam...

    ReplyDelete
  8. Idah pun dah try membeli drpd theabayasouq...kainnya cantik,jahitan pun kemas..mmg cantik..:) insya ALLAH kak..idah pun masih dalam koleksi mengumpul abaya juga ni..nak try dr timur tengah

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..seronoknya tengok abaya kakchik..
    rasa lebih selamat,selesa dan yakin mengikut syariat bila memakai abaya.
    harapan saya,one day..dapat beli abaya dan memakai abaya.
    sekarang tak mampu lagi sebab student lagi.huhu.
    teringin nak berabaya seperti kakchik.apatah lagi kalau sudah kahwin,maruah terpelihara sebaiknya untuk suami,insyaAllah jaminannya syurga.
    =)

    ReplyDelete
  10. Wkslm fsalwany. Selamat berkenalan ya kakchik. Hehe, kakchik jumpa kakchik. Senang kan bila pakai abaya esp bila nak bf.

    ReplyDelete
  11. idah, dah berapa helai idah beli abaya dr abayasouq? bila dah pakai mmg sedap kan? bisnes abaya idah tu kakchik tengok dah mendapat sambutan.

    ReplyDelete
  12. wa'alaikummussalam zila. insyaallah zila akan dapat beli juga. sikit-sikit kumpul duit, beli yang harga bajet dulu. bila dah bekerja, boleh beli yang lbh berkualiti.

    ReplyDelete
  13. assalammualaikum kakchik,

    teruja akak tengok collection abaya kakchik. Dulu akak pakai jubah tiap hari jumaat je tapi sekarang ni 100% akak berabaya..cuma akak cukup bersyukur kerana pengetua sekolah akak tak pernah tegur akak berpakaian..tahulah kerja gomen ni kena pakai pakaian kebangsaan sedangkan semua baju kurung akak dan baju kebangsaan lain akak dah sedekahkan pada orang lain malah ada gak baju kurung yg akak baru tempah dan tak pernah pakai lagi..hehehe..dulu kumpul abaya genap sebulan pakai sekali je sekarang aim dlm tempoh 6 bulan pakai sekali je abaya tu..hahhaa..boleh ke? Insya ALLAH

    ReplyDelete
  14. kakchik,
    Dengan abayasouq idah dah beli utk stok dah dalam 12helai kak..amik sikit2...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs