Bismillah.
"Allah pasti Maha Tahu mengapa satu orang diberikan anak ramai, satu orang lainnya tidak diberikan langsung, dan satu lagi diberikan tapi lambat. Semua pasti ada alasannya." (Buku: Lewati Musibah Raih Kebahagiaan: Mengubah Bencana Menjadi Kekuatan)
Pengaruh besar doa dalam kehidupan
2010/09/25
“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya, dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang dan penuh pengharapan. Sesungguhnya Rahmat Allah itu dekat kepada orang yang berbuat baik. (al-Araaf, 55-56)
Doa adalah permohonan atau pengucapan seorang hamba dilakukan secara langsung dengan Allah SWT dan setiap rintihan yang dimohon akan didengar Allah.
Allah SWT tidak suka kepada hambanya yang tidak pernah memanjatkan doa kepada-Nya.
Hadis riwayat Tirmizi menyebut bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakkan amal kebajikan.
Berdasarkan peringatan Rasulullah SAW ini, ternyata bahawa pengaruh doa itu amat hebat sehingga ia mampu mengubah sesuatu perkara dan alangkah hebatnya pengaruh amal kebajikan kerana ia dapat memanjangkan umur seseorang.
Di saat manusia tidak dapat lagi berbuat apa-apa, selepas habis daya usaha dan tiada sesiapa lagi yang mampu memberi bantuan yang diperlukan, ketika itu manusia akan sedar yang kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan daripada Allah SWT.
Kadangkala timbul pertanyaan, kita sering berdoa tetapi meragui doa tidak dimakbul Allah SWT.
Bagaimanapun, riwayat Thabrani menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah memberi panduan kepada seorang sahabat, Saad Abi Waqas bahawasanya: “Wahai Saad, makanlah makanan yang baik (lagi halal) tentu engkau menjadi orang yang makbul doanya. Sesungguhnya seorang yang pernah memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam perutnya, maka tidak akan dikabulkan doanya selama 40 hari.
Sesiapa saja yang dagingnya tumbuh dari makanan yang haram maka neraka tempat layak untuknya.
Berdasarkan peranan doa dalam kehidupan umat Islam, maka Islam meletakkan doa sebagai sebahagian daripada ibadat kepada Allah.
Dengan demikian permohonan doa itu hendaklah mematuhi adab-adab tertentu di mana berdasarkan rujukan al-Quran dan hadis, antara lain adab berdoa itu ialah:
1. Suci dari hadas besar dan kecil.
2. Menghadap ke arah kiblat dan dimulai dengan bacaan Surah al-Fatihah, pujian kepada Allah serta selawat kepada Nabi Muhamad SAW.
3. Berdoa dengan ikhlas, suara yang perlahan, merendah diri, mengaku kesalahan dosa yang lalu, dan yakin Allah akan memakbulkan doa sama ada cepat atau lambat.
4. Berdoa terus menerus sama ada ketika senang atau susah, dan tanpa putus asa.
5. Tidak melampaui batas ketika berdoa iaitu berdoa untuk meminta kebinasaan, mengakibatkan keburukan atau menginginkan kejahatan sehingga boleh memutuskan silaturahim, kerosakan harta benda dan kezaliman sesama umat Islam.
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu sekalian berdoa untuk kebinasaan diri, kebinasaan anak-anak, dan janganlah pula berdoa untuk kebinasaan harta benda lebih-lebih lagi jika waktu doa berkebetulan dalam waktu yang mustajab.
Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tiga golongan yang tidak pernah ditolak doa mereka adalah doa orang yang berpuasa, doa pemerintah yang adil dan ketiga, doa orang yang dizalimi, di mana doa-doa mereka terbuka luas dan Allah memberi jaminan doa mereka pasti dipenuhi. (Riwayat Tirmizi)
Tulisan di atas adalah disalin dari ruangan Pedoman, myMetro.
bagus entry ni bg sesapa yg tak sempat nk buka metro mcm bie ni...hehe
ReplyDeletedh byk rupanya entry k.cik yg kena qada' baca...
k.cik...semalam tak pegi ke majlis hari suami isteri kat PUTIK ke?bagus sgt majlis tu
doa sangat besar peranannya dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim..kadang2 kita terlupa untuk berdoa dek kelalaian meniti arus dunia..masa susah dengan ringannya segala anggota mengingati Allah dan baru tahu kita mempunyai tempat untuk meminta..Allah selalu memberi kenikmatan kepada manusia tetapi manusia selalu membalas dengan kejahatan namun Allah masih memberikan nikmat yang tidak terhingga kepada kita..ampuni kami atas kelalaian kami Ya Allah!!
ReplyDeleteterima kasih bie. kalau sudi nak qada' membaca entry yang lepas2 tu, alhamdulillah.
ReplyDeletekakchik tak pergi sebab setiap sabtu kerja.
memang betul kata dr. muslimah tu. ramai yang mahu berdoa ketika susah saja termasuk kakchik la tu. Kata seorang ustaz, Allah ni Dia hanya tunggu kita mintak saja. Dia nak tahu kita ni nak mintak atau tidak dari Dia. Dia nak makbul sekarang atau kemudian tu hal lain. Sebab tu kita buat onar pun Allah masih beri kita nikmat.
ReplyDeleteAlhamdulillah kak chik, seronok akak baca entry ni..Doa juga mendekatkan kita kepada kekasih kita ALLAH swt..seperti berbisik antara sepasang kekasih..saat berdoa adalah saat paling indah bergetar dijiwa.
ReplyDeletekak azah, kalau diikutkan kakchik sangat berharap setiap kali berdoa hati akan hadir yakna benar-benar khusyuk menghayati setiap patah doa yang diucapkan tapi hanya ketika hati plg sedih baru terasa bergetarnya jiwa.
ReplyDelete