Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam istimewa untuk semua pengunjung yang sudi singgah, membaca dan meninggalkan komen atau mesej di blog ini. Semuanya amat kakchik hargai. Syukran kathira kepada semua.
Chicken Chop dan Fries |
Alhamdulillah hari Khamis datang lagi. Sebentar lagi kakchik akan ke pejabat pos seperti biasa untuk mengeposkan bungkusan abaya dan buku yang dibeli oleh pelanggan-pelanggan online. Hari ni hanya ada 4 bungkusan saja sebab sebahagiannya kakchik sudah poskan pada hari Isnin dan Selasa.
Budak kecik yang kelakar. |
Tiba-tiba teringat pada makanan. Sejak seminggu ni kakchik mudah sangat terasa lapar. Kalau awal-awal ambil ubat hari tu selera menurun, kini selera makin meningkat. Kadang-kadang nak tidur malam pun perut minta diisi tapi kakchik tak layan. Berkeriut bunyinya hehe.
Agaknya inilah orang panggil saiz XXL. |
2 hari lepas, cik abe dan amni mengambil kakchik dari pejabat kemudian kami singgah di MariBaca. Oleh kerana kakchik tak masak nasi langsung minggu ni dan perut pula asyik lapar saja, kami singgah di Restoran Hayaki untuk makan malam. Masa dok plan tu memang terasa tak sabar-sabar dah nak makan.
Amni makan Fries cicah sos cili sampai menjilat jari. |
Di Hayaki kakchik pesan Nasi Goreng Kampung (mabeles!), cik abe makan Chicken Chop Blackpepper lagi (ingat tak masa pergi Splash, dia makan menu tu jugak.) dan Amni makan Fries. Air pula kakchik pesan Air Bandung yang saiz bekasnya mashaallah macam jug air hehe dan cik abe minum kopi je.
Sebab bimbang rasa lapar lagi malam tu, kakchik tapau sebungkus Mee Ladna dan Mee Kari untuk cik abe. Alhamdulillah kos semua tu tak sampai RM25 pun. Berbaloi dengan makanannya yang memuaskan hati. Bila balik ke rumah, kakchik terlena selepas solat Maghrib. Lena atas sejadah hehe. Kalau arwah Mok tengok mesti kena marah.
Dua insan yang sangat bermakna dalam hidup ini. |
Nak pukul 11 malam baru tersedar. Sebab otak dok teringat belum solat Isyak memang akan bangun juga. Alhamdulillah lepas menunaikan solat Isyak dalam suasana malam yang hening, kakchik baru teringatkan Mee Ladna tu. Apa lagi teruslah panaskan dan makan.
Isyk, bila cerita pasal makan ni, terus rasa laparlah.
alololo.. comel dak kici tu.. geram jek nengok
ReplyDeletesalam...di mana yer restoran nie
ReplyDeleteye lah..budak kecik tu sungguh kelakar dan menawan hati..rasa nak sayanggg je kat dia..memikat sungguh!
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteApalah kakchik ni,cerita pasal makan pulak...siap dengan gambar lagi...buat perut kita sini berbunyi dan blagu-lagu dah...hehe.
Murahkan makan di Kelantan...that's why saya suka kelantan..nak pegi lagilah...
Saya sini pulak dah 4 hari tak makan nasi...makan cereal dgn telur rebus je...tak penah2 lagi saya buat kerja ni...saja nak buat ujikaji atas diri.hjg minggu ni nak timbang,boleh turun 2kg tak...berangan nak buat mcm the biggest looser gak ni..hehe..oklah kakchik...kalau kakchik makan nasi kat sana jgn lupa pd Alasmal yg tak makan di sini..huhu..
Kak Chik, lawak jugak makan dekat Hayaki cafe ni, yg sebelah Pantai Timur punye.Cawan dia mcm bekas nescafe pon ade hihih cuma ade pemegang, comei nye budak kecil tu.Harap2 Kak chik dan suami dpt anak yg comel mcm tu, ye insha Allah
ReplyDeleteSeronok akak lihat keluarga bahagia ini..Alhamdulillah kak chik..
ReplyDeletegelak kakchik baca komen Jiya. Budak kecik tu mmg menghiburkan.
ReplyDeletewkslm cik puan mr shaiful. yang kakchik pergi tu hayaki cawangan jln sultan yahya petra, depan masterskill dan klinik tmc.
ReplyDeletetapi kat kb ni ada byk cawangan hayaki.
terima kasih kakLuna. Tak puas kami dok sayang2 dia. Mulutnya sangat keletah dan dia sangat cerdik. di usia 2 tahun, memang penawar kehidupan.
ReplyDeleteWkslm Alasmal.
ReplyDeleteMaafkan kakchik sebab tak sempat nak ingat sesiapa dah masa makan tu. Cik abe depan mata pun kakchik tengok sekejap2 je hehe... perut dah lapar sangat masa tu. Tau nak makan je.
Nanti kalau Alasmal dtg ke Kelantan lagi, jgn lupa beritahu ya dan jgn la hantar utusan je ke library tu hehe, Alasmal lah yg datang ya.
Nafisah, kakchik belum pernah try lagi makan kat cwgn Jln Pintu Pong tu. Ha'ah mmg gelas dan cawannya pelik2. Saiznya pulak gedebak.
ReplyDeleteTerima kasih mendoakan kami. Insyaallah berkat doa kawan2 mana tahu kami dapat rezeki anak nanti.
Terima kasih kak azah. Keluarga akak pun keluarga bahagia kak. Lengkap semua ada.
ReplyDeleteSaya suka sgt makan di Hayaki. Di KL nanti pun akan ada Hayaki ye..Kentang gorengnya sedap and air bandung tu mmg kick! Tempat lain tak bole challenge.
ReplyDeleteTK, pasal Hayaki nak buka cawangan di KL tu kakchik tak tahu. Mungkin benar. Memang betuk kentang goreng dan air bandungnya sedap, sangat sedap. Bab challenge tu allahu'alam.
ReplyDelete