Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Apa khabar? Terasa seperti lama sangat kakchik tidak update blog ini walhal baru sehari. Sebenarnya hati ni teramat rindu nak menulis tapi halangan seperti tiada laptop, kelajuan internet yang terhad di pejabat, tenggelam timbul saja dan susah nak upload gambar. Kalau video lagi... lah teruk. Semuanya menyebabkan kakchik hanya boleh membalas email dan komen-komen ringkas di facebook saja. Maafkan kakchik jika kalian singgah tapi tiada entri baru.
Malam ni selepas puas berfikir apa yang kakchik mahu tulis, kakchik teringat kepada banyak email dan mesej yang kakchik terima menyentuh hal di atas. Betapa ada di kalangan teman-teman tersayang yang begitu berhasrat untuk berhijrah dari sekadar berhijab kepada berhijab dan berniqab. Kakchik tahu betapa perasaan mereka di saat ini kerana satu masa dulu kakchik juga mempunyai perasaan, kesangsian, ketidakyakinan dan kebimbangan jika langkah itu diambil.
Untuk malam ini kakchik ingin membantu seorang kenalan yang sedang mencari jalan terbaik memulakan langkah itu. Berdasarkan cerita beliau, hasrat hatinya untuk menutup aurat dengan sempurna ini telah bermula sejak lama dulu. Mashaallah... betapa luhurnya niat hati seorang yang mendapat hidayah. Bagaimanakah pula dengan kita yang lahir di dalam Islam ini?
Dia berpandangan muslimah yang memakai purdah ini adalah "lebih selamat dari pandangan lelaki dan sentuhan lelaki". Mungkin itulah titik keinginan dan kekuatan hati beliau untuk memakai niqab. Akan tetapi sejak berkahwin hingga kini, beliau hanya mampu berpakaian menutup aurat sepenuhnya tanpa niqab. Walau kini suaminya izinkan tapi beliau rasa berhalangan untuk melaksanakan hajat hatinya itu.
Antaranya (dari apa yang kakchik baca dalam komen-komen beliau yang tidak disiarkan) ialah:
- beliau seorang yang pemalu dan pendiam
- rasa diri tidak pandai bergaul
- pernah ditegur oleh ipar kerana sikap pendiam itu
- rasa diri tidak layak
- bimbang tanggapan keluarga mertua
Menurut beliau juga, beliau sebenarnya akan mesra dengan orang yang telah biasa dengan beliau ataupun jika topik perbualan itu ialah tentang Islam. Sebagai seoarang saudara baru, topik ini adalah yang paling dekat di hati beliau. Jadi jika seseorang itu berbual dengan beliau tentang tajuk-tajuk tertent yang beliau tidak minat atau 'tidak boleh masuk' katanya, beliau akan jadi pendiam.
Baiklah, pada kakchik sekarang ni, masalah utama yang menghalang hajat beliau dari tercapai ialah kerana beliau tidak yakin boleh berhadapan dengan hujah atau kata-kata orang terutama keluarga mertua terhadap beliau bila beliau memakai niqab. Sudah tentu ahli keluarga akan menyuarakan perasaan mereka sama ada berkenan atau tidak. Walaupun memakai niqab ini hak peribadi tapi bila hidup bersama keluarga, bersedialah dengan pelbagai tanggapan dan tohmahan.
Kakchik cadangkan, berlatihlah memakai niqab di waktu keluar dan lihat dulu apa berlaku di kalangan orang lain yang tidak melibatkan keluarga. Ilmu kena ada dan kita kena bersedia dengan soalan-soalan seperti, "Kenapa awak pakai?", "Bila mula pakai ni?", "Tak panas ke?", "Tak takut dikata orang ke?", dan seumpamanya. Yakinkan diri kerana kita sendiri tahu apakah jawapan paling penting yang menyebabkan kita mahu berniqab. Belajarlah menceritakan jawapan anda.
Insyaallah latihan-latihan itu boleh membantu bila mahu menjawab soalan ahli keluarga nanti. Lagi baik, cuba selami hati ibu mertua tentang pandangan beliau terhadap wanita berpurdah. Cuba tanya, "Apa mak rasa kalau saya pakai purdah?". Hmm... yang ni kena kreatif. Bila ibu mertua ok, insyaallah kita akan rasa ada kekuatan untuk berhadapan dengan anggota keluarga yang lain.
Kakchik doakan teman kakchik tu mendapat keyakinan diri untuk cuba. Orang kata sebelum mula membuat sesuatu perkara yang baik, elok kita berwuduk dan bersolat sunat agar tindakan kita itu mendapat berkat dari Allah SWT. Bergantung haraplah dengan bantuan Allah. Insyaallah hajat hati tu akan tercapai jua. Jangan guna alasan, "saya kena baiki diri dulu agaknya baru boleh pakai niqab." Tak... kita membaiki diri sepanjang masa dan bagi kakchik, bila pakai niqab, kita dengan sendirinya akan rasa malu untuk melakukan sesuatu yang Allah tidak suka.
Semoga berjaya! Maafkan kakchik jika pandangan kakchik tidak memuaskan hati. Allahu'alam.
p/s: kakchik menulis dalam keadaan sibuk dengan anak-anak saudara dan tidak sempat nak edit. kalau ada salah silap, tegurlah ya melalui kotak komen
salam kakchik...sebenarnya saya pun teringin nak berpurdah tapi nak tanya dulu apa maksud niqap, purdah dan sayla haa camtulah kalau salah minta maaf sbb tak faham sgt tu pasal tanya hehe..
ReplyDeletelagi satu..kalau saya nak tutup muka je tapi pakaian yg biasa mcm baju kurung ke, berseluar juga tapi tak ketatlah..masih menutup aurat cuma tak pakai abaya..boleh ke?
salam kakchik.
ReplyDeletesemoga kakchik sekeluarga sentiasa di dalam naungan Rahmat Allah.
Latifah juga pernah terfikir untuk berniqab, lantas disuarakan kepada adik sepupu paling rapat, dan beliau tidak menggalakan. katanya bertudung labuh sudah cukup bagi Latifah. mungkin dia risau akan 'gap' yg akan berlaku nanti.
Minta pandangan kakchik.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteterjurai2 air mata akak membaca entry ni. Mengena kat akak sedikit sebanyak. Walau mungkin mendapat halangan tapi akak akan terus berusaha, berdoa agar hajat akak dimakbulkan..mungkin ambil masa bertahun atau berkemungkinan akak tak akan dapat berniqab tapi akak tak akan berputus asa memanjat doa dariNYA..
ReplyDeleteHidayah itu bukan datang seperti kita memetik jari dan hanya orang yg terpilih sahaja menerimanya..Aduhai indahnya hidayah tu. Terindah sekali di jiwa.
wkslm nrina.
ReplyDeletetak mengapa, bila tak tahu kita bertanya, insyaallah pasti ada yg dapat membantu.
berkenaan niqab, purdah dan shayla ni begini ya. niqab dan purdah ialah benda yang sama iaitu kain yang menutup wajah tu. shayla pula ialah selendang panjang yang serupa saja bentuknya dengan pashmina dan selendang lain yg dijual di pasaran. Cuma ianya istilah arab.
Memakai abaya hitam ini ialah pakaian sunnah tapi selagi mana pakaian yang nrina nak pakai bersama purdah itu MENUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA maka bagi kakchik tidaklah salah. Paling penting SOPAN dan SEMPURNA MENUTUP AURAT.
kakchik harap jawapan kakchik dapat membantu. ini sekadar pandangan peribadi ya nrina. kena faham konsep aurat dr ayat 31 surah an Nur tu. Insyaallah lps tu mudah nak menentukan pakaian kita.
wkslm latifah.
ReplyDeleteamin. terima kasih ya kerana mendoakan kami. semoga latifah pula sentiasa diberkati Allah.
latifah, dalam kita menentukan fesyen pakaian yang ingin kita pakai, usahlah fikir sangat pandangan orang lain. fikirkan pandangan Allah dan kebaikan yang akan kita kecapi di akhirat kelak, insyaallah. yang penting ialah diri kita sendiri dan Allah.
insyaallah latifah lebih tahu mana yang paling latifah suka dan selesa.
Wa'alaikummussalam Sakinah.
ReplyDeleteBetul Sakinah, dalam apa juga tindakan yang kita buat bila berkaitan dengan cara hidup Islam, kita perlu bersedia dengan ilmu. Kakchik pun tak banyak ilmu tambah-tambah dulu belajar aliran sekular jadi kenalah ambil tahu lebih mendalam, takut orang persoalkan nanti.
Berpurdah bukan kerana alasan cantik semata-mata kerana cantik ni sifatnya subjektif bukan ada skala yang standard di pandangan setiap orang.
Bila memenuhi jemputan makan di mana-mana majlis terbuka, kakchik takde masalah nak makan dan insyaallah selalunya tidak perlu membuka niqab di depan ajnabi. Sekali sebulan kakchik membawa staf makan tengahari di restoran dan kakchik makan biasa saja cuma orang tak nampak muka kakchik.
Sakinah, hukum kena pakai atau tidak bila ada ajnabi di rumah dan dari keluarag terdekat pula tu bergantung pada diri kita. rasanya jawapan ni Sakinan boleh rujuk entri kakchik berkenaan aurat, ada kakchik sentuh.
Setakat ni hanya sekali dua je cermin mata kakchik berwap semasa memakai niqab iaitu selepas kakchik selesai aerobik dan lekas memakai pakaian untuk pulang ke rumah. Selain itu tiada masalah langsung kerana niqab yang kakcik pakai dari jenis kain yang breathable.
Takde masalah Sakinah. Berkongsi pengalaman apa salahnya.
kakakku, azah, kakchik tahu betapa kuatnya perasaan itu di dalam hati akak. kakchik tidak lupa lagi setakat ini untuk mendoakan hajat akak tu tercapai satu hari nanti.
ReplyDeletewalau apapun kak, kita yang lahir dalam Islam ini juga telah mendapat hidayah kak. kakchik yakin 100% sebab itu kita amat sayangkan cara hidup ini.
semoga Allah permudahkan jalan k.azah mencapai impian hati itu.
Salam kakchik,
ReplyDeleteSaya faham sangat macam mana perasaan mereka yang masih keliru,buntu dalam melakukan perubahan pada diri ini.Saya sendiri pernah merasainya .
Sblm kahwin,saya bukanlah gadis yg bertudung sehinggalah saya berkahwin.Saya memakai tudung tapi baju2 masih tak berubah.sehinggalah satu ketika akhirnya saya berubah...berkat doa dan nasihat suami dan seorang sahabat yang sering menasihati,terbuka pintu hati saya untuk berhijrah dari dunia yg lalai...namun disebabkan saya bekerja,hati saya mula2 berbolak balik...risau pandangan rakan2 sekerja pada saya. Saya melakukan perubahan sedikit demi sedikit tapi saya berusaha untuk istiqamah.Saya mula menggunakan tudung dan menutupi dada. kemudian saya tukar kepada tudung bawal besar bidang 60.setelah beberapa bulan memakainya,akhirnya saya membuat keputusan memakai tudung labuh dan jubah. Alhamdulillah ....saya rasa lebih tenang dengan pakaian begini.Pandangan rakan sekerja saya tolak ke tepi dan saya mendoakan mereka juga akan berubah satu hari nanti.
Memang betul apa kakchik kata...bila kita pakai begini,secara automatik kita tak berani buat benda yg jahat.Pakaian ini melindungi diri kita.Dan saya sangat takut menjadi fitnah kepada agama sendiri jika bertudung labuh dan berjubah tapi akhlak tidak dijaga...minta dijauhkan...
wslm.
Wkslm Alasmal.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkngsian pengalaman hidup dan tahniah kerana Alasmal akhirnya mendapat hidayah untuk berubah.
Pada kakchik cara perubahan yang dilalui Alasmal tu adalah lebih baik dari perubahan yang drastik.
Insyaallah ia perubahan ke arah kebaikan yang akan berkekalan.
Kakchik pun sama, bimbang kerana kita agama terfitnah. Na'uzubillah.
kalau nekad nak pakai tapi ibu tak berkenan macamana ye? perlu utamakan pandangan ibu ke? (ada soalan dari seorang ukhti)
ReplyDeletedan macamana pula kalau ada yang dah mendahului buat dan pakai tapi kemudiannya ibu tak berkenan?
everjihad, bergantung pada pegangan mana yang adik pegang. jika kuat berpegang pd pandangan bhw memakai niqab itu wajib, maka wajiblah pakai w/pun tidak disetujui ibu. tapi jika menganggap memakai niqab itu sunnah maka wajiblah menghormati ibu berdasarkan hadis nabi yg mana kita dikehendaki mengutamakan ibu 3 kali lebih utama dr ayah. pakailah di tempat lain di luar penglihatan ibu jika hati tidak redha membukanya. kakchik sarankan adik merujuk kpd org yg lebih alim dan buku2 berkenaan aurat utk mendptkan hukum yg lebih jelas. kakchik tidak pakar.
ReplyDeleteAssalamualaiukm,pada kawan2 semua, saya seronok membaca entry kakchik dan komen2 semua. Dari pengalaman saya sendiri, saya rasa bagus kita berubah secara perlahan - lahan, dan juga menimba ilmu, lakukan dengan usaha, dekati orang yang lebih arif, dan berdoa supaya diri ini istiqomah. InsyaAllah itu yang saya sedang lakukan, pada zaman belajar, saya telah pun memakai jubah dan bertudung labuh berstokin tangan dan stokin kaki, walaupun mengambil jurusan ukur tanah saya tidak panas lansung semasa membuat kerja ukur..Ya Allah begitu Allah melindungi kita dari panas ..apa yang saya rasa pada tika itu hanyalah ketenangan..namun mungkin saya tidak menghargai apa yang Allah berikan kepada saya pada waktu itu..mungkin juga berubah dengan tanpa ilmu..saya telah kembali berpakaian seperti biasa..betul tanpa doa istiqamah..bila2 masa Allah menarik balik petunjuk yang diberikan. saya lalai..namun setelah berumah tangga saya mahu belajar dan menimba ilmu2 agama...mahu berubah ke arah lebih baik..saya cuba asingkan pakain yang tidak menutup aurat. tabungkan duit untuk membeli baju yang lebih besar dan labuh. semoga dengan doa kawan2 serta nasihat k.chik dapat memimpin saya untuk kembali berpakaian lengkap seperti dulu. Saya bersyukur diberi keizinan dari Allah untuk berinteraksi bersama kalian semua. Assalamualaikum.
ReplyDeleteSalam Kak Chik . Sy nk tya , takpa ke kita tipu mak n ayah yg kita pakai niqab . Maaflah kalau soalan sy ni mungkin berbaur derhaka . Yalah , sy nk tau shj . Hrp dpt membalas . Wassalam
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Fatimah.
ReplyDeleteTerima kasih kerana membaca dan sudi menyertai perbincangan ini. Semoga perkongsian Fatimah akan menjadi panduan buat orang lain. Syabas kerana fatimah mampu melakukannya dengan baik dan kakchik doakan fatimah akan lebih berjaya selepas ini. Niat yang ikhlas dan disertai dengan amalan, insyaAllah akan berkekalan.
Ekslm Eieyla.Terima kasih sudi bertanya. InsyaAllah kakchik cuba jawab sekadar ilmu kakchik yang terhad ini. Setahu kakchik dalam pembelajaran akidah kita, menipu ini termasuk dalam dosa-dosa besar. Dalam soal menipu ibu bapa kerana kita memakai niqab ini pada kakchik sangatlah salah. Jika tidak mahu ibu bapa tahu, pandai-pandailah menjaga keinginan diri untuk berniqab tapi berusahalah untuk memberitahu mereka satu hari nanti. Allahua'lam. Harap2 ada kawan2 yang lebih arif dapat memberikan jawapan yang lebih bernas.
ReplyDeleteAssalamualaikum kakchik...selepas membaca entry yg kakcik tulis ni saya menitiskan air mata...kerana saya antara yg ingin utk memakai niqab setelah terbuka hati utk menutup aurat dgn lebih baik mengikut lunas islam, saya bermula dgn pemakaian baju kurung namun masih bertudung segi (kecil) namun hati ini bagai tidak selesa kemudian saya melabuhkan sedikit tudung sehingga saat ini saya mula berjubah...dan selepas membaca entry kakcik ni hati saya mula ingin berniqab tapi setelah dilontarkan hasrat ini pd ibu dia membantah secara baik tapi hati ini sgt2 ingin berniqab...kalau keluar bersendirian saya cuba untuk berniqab tapi rasa bersalah pd ibu..:(
ReplyDeleteassalamualaikum kakchik..sedikit sebanyak terkena pada diri saya..saya seorang jurutera yang bekerja di tapak tetapi tidak menganggu untuk saya memakai jubah sewaktu bekerja kerana tugas saya tidak memerlukan saya untuk saya masuk 'site' setiap hari..saya merasakan kerja saya menjadi batu penghalang yang paling besar untuk saya brniqab.kadang2 sy berdoa supaya Tuhan cepatkan jodoh saya supaya ada seseorang untuk menanggung khidupan sy jika sy diberhentikan dan tidak dibenarkan berniqab di tmpt kerja..sbb jika sy berhenti dr kerja sy skrg,sy juga mempunyai tanggungan.tp jauh di sudut hati sy mmg ingin mnutup krana pandangan ajnabi yg liar.mohon nasihat akak.
ReplyDeleteterima kasih