Followers

9.10.10

Sejuk Mata Memandang


Assalamualaikum dan selamat malam.

Hari ni kakchik tidak punya banyak peluang untuk menulis di blog ini. Siang tadi hanya sempat mencatatkan sesuatu di KakChik's Wardrobe saja. Ingin nak menulis tapi kakchik teramat letih. Jadi kakchik kongsikan gambar papan iklan yang kakchik lihat semalam di pusat bandar.

Kakchik suka sekali tengok iklan sebegini. Tidak perlu mengguna model wanita tapi cukup menarik hati. Pandai sungguh Maxis menarik minat pengguna telefon di Kelantan. Mereka tahu di sini ramai orang suka hidup beragama, maka iklannya pun menggambarkan ibadah.

Mungkin di negeri lain pun ada iklan ini. Alangkah bagus kalau segala jenis iklan menggunakan pendekatan Islamik. Insyaallah satu hari nanti. Bila Islam benar-benar memerintah serata negara.

p/s: Untuk Alynna, permintaan tentang isu solat dan make up tu insyaallah akan kakchik ulas juga di satu hari nanti. Moga-moga Allah izinkan. Kepada Sakinah, insyaallah kakchik cuba jawab persoalannya istimewa untuk Sakinah. Pada ummuaziz, syukran jazilan di atas teguran. Insyaallah kakchik telah buat penapisan dan akan buat penapisan lagi. 

11 comments:

  1. Waaaaaaa...sungguh berhikmah iklan ni....thank u yer kak, sbb sudi singgah dapur ayu....:) seronok dpt kujungan kak, yg dah lama dinanti2kan...:)

    Kami suka ke kelantan....itu sebab kalu balik Msia, kami ber honeybulan kat kelatan.....heeeeeeeeee...

    Suami Ayu suka kehidupan di sana...Ayu pun...sempat dgar kuliah tok guru ari jumaat tu....and suka makan nasi sup and mee rebus tepi pasar tgh bandar tu.....

    ReplyDelete
  2. nanti ada kelapangan ayu ke sana lagi, nak jumpa kak chik boleh? Kami selalu bermalam kat grandriverview....

    ReplyDelete
  3. nasib baik masih ada pendekatan islam macam ni..kalau kat mesir, iklannya sama macam kat KL dah..tak bertudung..orangnya pun sama..

    ReplyDelete
  4. Timakasih Kak Chik dtg belog saya..terharulah..I appreciate it so much.
    Mmg di KB iklan2nya menarik perhatian sbb tak akan jumpa yg sama di negeri lain. Biasanya tiap2 minggu balik Kb tapi minggu ni tak dapat nak balik sbb ada kerja.

    ReplyDelete
  5. kak chik....ok take time.itupun kalau kakchik rasa idea tu ok.Jubah dahpun selamat sampai.

    Terima kasih banyak2....


    Kalu nak jalan2 kelantan boleh contact kak chik la ni.....hehehe

    ReplyDelete
  6. Alangkah bagusnya kalau iklan macam ni ada juga di Kuala Lumpur dan di Selangor.. Entah bila la dapat tengok iklan macam ni di sini..

    ReplyDelete
  7. Ayu, iklan begini memang banyak di Kelantan sebab Kerajaan Negeri sediakan peraturan pengiklanan menurut syarak. Terima kasih kerana suka datang ke sini. Jemputlah datang lagi. Insyaallah kakchik sudi untuk bertemu Ayu.

    ReplyDelete
  8. dr. muslimah, alhamdulillah. Mungkin itulah serba sedikit kelebihan bila kerajaan negeri dikuasai pemerintah yang cintakan Islam.

    ReplyDelete
  9. Sama-sama TK. Kalau tak silap kakchik Terengganu pun ada peraturan pengiklanan begini juga kan? Syarikat yg nak mengiklan di Kelantan ni mereka berlumba-lumba nak buat iklan yang Islamik, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  10. alynna, syukur dah sampai jubahnya ke tangan yang berhak. insyaallah boleh... kakchik sangat suka.

    ReplyDelete
  11. kak azah, bila pemerintah melihat Islam itu secara keseluruhan barulah iklan begini akan ada. selagi itu mereka tak akan nampak.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs