Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah hari ni kakchik kembali bekerja seperti biasa. Semoga kesihatan yang Allah kembalikan ini akan bertahan lebih lama. Bila Allah uji sedikit dengan ditariknya nikmat badan yang sihat, barulah kita banyak mengingati-Nya. Sedangkan semasa sihat inilah kita paling penting ingat kepada-Nya barulah hidup lebih berkat.
Dari semalam kakchik berhajat untuk menulis berkenaan topik di atas. Akhir-akhir ini kakchik lihat majlis perkahwinan orang kita semakin extravaganza, berlebih-lebihan dan mencampur-adukkan segala macam adat dan budaya. Memang sangat terkilan melihat orang Islam di negara kita seolah-olah berlumba-lumba untuk bermewah dan bermegah dengan majlis perkahwinan yang diadakan.
Maafkan kakchik jika apa yang kakchik luahkan ini membuatkan ada yang terasa panas. Kakchik hanya mahu sama-sama mengingatkan kita agar berkahwin kerana Allah dan buatlah walimatul urusy sesuai dengan kehendak Islam.
Aurat Pengantin
Seperti satu trend sekarang ini, bila mahu akad nikah, pengantin perempuan bertudung litup walaupun pakaiannya sendat menampakkan bentuk badan. Ada pengantin selama ini memakai tudung sepenuh masa tapi bila tiba hari kahwin atau bila mengadakan pelbagai majlis dalam sambutan perkahwinan tu, sanggup membuka tudung.
Kakchik biasa juga baca pelbagai majalah yang ada di negara kita ni. Kebiasaannya ada bahagian khas memuatkan gambar-gambar perkahwinan mereka yang kaya ternama dan seumpama dengannya di dalam majalah-majalah itu. Kadang-kadang hati kata, "Mashaallah... cantiknya pengantin...", tatkala kakchik lihat gambar-gambar sekitar majlis akad nikah. Tiba-tiba, "Mashaallah! Kenapa sini bukak pula?" bila lihat majlis resepsi di hotel sambil pengantin tersenyum lebar memotong kek.
Duhai saudara muslimahku sayang,
Jagalah aurat kita di dalam apa jenis majlis pun. Kenapa menurut saja kata mak andam dan orang tua? Bukankah menurut kata Allah itu lebih utama? Sedih hati ini bila melihat aurat mereka yang terkenal dirakam di dalam akhbar, dilihat berjuta orang, dipuja dipuji, kemudian dicontohi pula oleh orang lain. Kasihan tapi apakan daya, diri ini tidak mampu menegur atau menyampaikan kebenaran.
Duhai lelaki,
Jangan jadi dayus! Jadilah lelaki yang sebenar. Pastikan pasangan pengantin mu menjaga auratnya dengan baik, pergaulannya dan akhlaknya. Awal sebuah perkahwinan yang menjaga adab-adab Islam (BUKAN adab-adab Melayu) insyaallah akan membuahkan perkahwinan yang diberkati Allah.
kakchik: Insyaallah akan diedit.
saya amat setuju.dan berharap ramai lagi membaca entry ini. Insya Allah moga kt sedar dan mendapat pengajaran dalam kes2 sebegini. :)
ReplyDeletesalam
ReplyDeletebetul tu kak chik..kadang persepsi masyarakat kini lebih berfikiran kahwin ni sekali seumur hidup,jadi perlu berhias belebihan,tapi sebenarnya untuk mendapat keberkatan dalam sesebuah perkahwinan setiap inci daripada majlis mesti mematuhi kaedah islam,terutamanya dari segi penampilan dan pakaian pengantin perempuan itu sendiri..setiap inci aurat kita sebagai muslimah mesti dijaga..bukankah aurat itu hanyak berhak dipertontin oleh suami sahaja,,..dan kepada bakal suami..jadilah suami yang membimbing wanita untuk terus kekal dalam naungan isteri yang solehah...
Assalammualaikum kak chik,
ReplyDeleteapabila keindahan dunia disanjung, kekadang hati dan fikiran jadi terpengaruh dengan keindahan yang sementara..bagaimana lagi ingin dikata kak chik, beginilah keadaannya selagi manusia tetap dengan nafsunya..
Rasa nak share la... sebab tunang saya nak jugak pakai sendat2 ni... sebelum terlambat pilih baju pengantin ;-)
ReplyDeleteterima kasih mummy nana. kita semua mencari keberkatan dalam hidup lebih-lebih lagi untuk rumahtangga kita. semoga ini menjadi peringatan kita bersama.
ReplyDeletewkslm hidayu. sepatutnya kan, kena fikir sebab sekali seumur hiduplah kita kena buat betul2 ikut Islam. kan? tapi orang kita ikut resmi adat Melayu, itu yang jadi begitu.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam k.azah. Yang sedihnya kak, memang itulah yang disanjung-sanjung hinggakan masyarakat menganggap ianya boleh dan biasa saja.
ReplyDeleteSilakan faisal. Semoga perkahwinan faisal nanti mendapat keberkatan dari Allah SWT. Jadilah lelaki yang berani kerana Islam.
ReplyDeletesalam, kak chik...
ReplyDeleteitulah.. dni ada tengok juga majlis sebegitu.. terkilan bila tengok pengantin hanya tutup aurat masa akad nikah
wkslm dni. nanti bila dni nak kahwin, dni pakai yang cantik-cantik tapi boleh menjadi contoh muslimah ya. sedih kan bila tengok pakai tudung masa akad nikah jadi trend saja.
ReplyDeleteSalam Kak Cik,
ReplyDeleteAgree! Berlebih dalam segala hal bila nak kawin. Kalau tak ada berpuluh riban jangan harap dapat kawin la ni.
Aurat terdedah memang tak di nafikan. Tak jumpa lagi butik andam yang jual baju yang tak sendat yang tak pendek. Kalau ada pun pasti ada kurangnya sana sini. Kurang menjaga tertib seorang muslimah. Mudah2an saya di jauhkan dari mengaibkan diri sendiri nanti, nauzubillah.
Wkslm Dayah. Mentaliti orang kita sangat mudah dipengaruhi arus. Mainan media yang begitu beriya-iya menonjolkan perkara ini menjadi salah satu faktor trend begini makin berleluasa. Segala orang yang terlibat dalam menyiapakan seorang pengantin di hari kahwinnya akan mendapat saham. Cuma, kita yakin ke semuanya saham akhirat yang Allah terima? Insyaallah bila Dayah tahu mana benar, mana salah, Dayah akan tentukan sendiri bagaimana hari kahwin Dayah nanti. Semoga Dayah nanti seorang pengantin yang solehah.
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Chik,
ReplyDeleteBoleh saya share di FB? InsyaAllah, saya akan creditkan ke blog Keluargaku Sayang.
Wa'alaikummussalam. Silakan BruneiBiz
ReplyDeleteSaya akui & setuju dgn artikel kakchik ni..Geram juga tgk trend skrg, masa akad nikah bertudung litup, tiba2 masa majlis slps tu dah terbuka pula.
ReplyDeleteAs-salam...
ReplyDeleteSetuju ngn kak chik..
Wah, cantik sgt gmbr kat atas tu.. =)
sejuk hati memandang...
salam kak chik, mana dapat gambar di atas tu? najwa suka...
ReplyDelete