Followers

6.10.10

Mereka juga menanti 8 tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Malam ni dalam keadaan kepala yang agak berdenyut, belum surut sejak tengahari tadi, kakchik tetap nak menulis di sini sebelum idea kakchik hilang. Dah umur 36 ni, banyak perkara yang mudah kakchik lupa. Sebelum lupa baiklah kakchik tulis kan?

Siang tadi kakchik membaca satu kisah suami isteri yang menunggu selama 8 tahun sebelum mendapat cahayamata pertama. Kisah itu ada dalam majalah Keluarga terkini. Pasangan suami isteri yang sebaya kakchik tu telah melakukan pelbagai usaha termasuk 3 kali membuat rawatan IUI namun tidak berhasil.

Gambar sekadar hiasan.
Akhirnya mereka ke Mekah, berdoa di hadapan Kaabah, memohon rahmat Allah. Akhirnya si siteri mengandung tapi sayang kandungan terpaksa digugurkan (kalau tak silap) kerana di luar rahim. Mereka tidak putus asa, terus juga berusaha tambah-tambah mereka kini tahu yang si isteri mampu mengandung. Alhamdulillah dalam tahun 2005, si isteri sekali lagi mengandung dan akhirnya melahirkan anak yang sihat.

Bagi orang seperti kakchik ni, kisah pasangan itu adalah satu inspirasi yang pasti menaikkan lagi semangat untuk berusaha. Tidak kira apa jua ujian yang datang, kakchik dan suami akan berusaha. Kini kami berdua melalui usaha rawatan secara tradisional. Siang dan malam kami perlu makan 2 jenis ubat herba.

Kesannya, selera makan berkurang, suhu badan naik, telinga kakchik bengkak minggu lepas, kepala asyik berdenyut dan sentiasa nak buang air kecil. Menurut kata bidan yang merawat, ubat-ubat itu akan membersihkan aliran darah dan membantu sistem peranakan kami. Allahu'alam. Moga-moga usaha kami kali ini berjaya.

Kalau pasangan itu menunggu 8 tahun, kami kini telah melangkau 8 tahun usia perkahwinan. Mohon sangat-sangat Allah makbulkan doa kami kali ini.

26 comments:

  1. saya aminkan setiap doa kak chik, agar segera Allah makbulkan..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kakchik...


    InsyaAllah ada lah tu nanti.Cuma cepat dan lambat jer.Semoga berjaya nanti ye Kak chik.


    P/s: bila tgk gambar budak pakai tudung mcm tu. teringat kat anak bongsu sy.Ska sangat buat tudung dia mcm tu.Dia kata mcm pakai niqab..hehehe..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikumwbh....

    Kak Chik....Insya'allah...akan ada rezeki buat kehidupan Kak chik Suami Isteri. Kita merancang dan berusaha kan? Dan sebaik2 perancang itu, adalah Allah swt jua. Barangkali, sesuatu itu tidak senang keadaannya buat kita di sini, tapi besar kebaikan disisiNYA. Sabar yer kak.

    Pasal ubatan herba tu...make sure extra water tau. Kene minum byk air. Ayu amalkan herbs jugak. Tapi utk cleaningand maintain suhu badan dgn herbs, we need plenty of water.

    Semoga dlm apa jua keadaan kita di sini, sentiasa di bawah kerlipan cinta and sentosa di bawah naunganNYA..ameen.....

    ReplyDelete
  4. salam,buat kakcik dan suami.
    saya farihan, amat memahami perasaan kakcik sbb dulu sy pun termasuk dalam golongan itu.IUI dah buat, berubat kampung dah. beribu2 duit habis.akhirnya kami berserah kepada Allah dan kami menumpang kasih kepada seorang bayi kecil.Selepas itu kami hanya berdoa kepada Allah tanpa melakukan sebarang perubatan.Alhamdullilh,Rezeki bayi tersebut,sy mengandung bila genap umurnya 1 tahun.Sekarang sy dah ada 2 puteri dan seorang putera.
    Maaf la kak cik. bukan niat saya nak promote produk yg saya jual. tapi jika ada masa, sudilah kiranya membaca sedikit penulisan saya diruangan notes facebook di url http://www.facebook.com/group.php?gid=101997773176523
    harap ia sedikit sebanyak boleh membantu.sekiranya perluka pertanyaan sila la hubungi saya di 012-9669235.

    ReplyDelete
  5. kesiannya..mungkin ni ujian Allah utk kak chik n cik abe..tabahlah ye..

    ada kawan saya mengandung bila 12thn perkahwinan!!dah habis ikhtiar sehinggakan dah malas nak berubat.

    tiba masanya,Allah kurniakan jua selepas dia mengambil anak angkat..kata orang mungkin hormon terangsang bila dah selalu asuh anak wpon anak angkat..

    apapun all the best utk kak cik dan cik abe..

    ReplyDelete
  6. Kacik, salam, Saya mempunyai lebih dari 4 org kawan yg agak rapat dan tak punya anak lebih dari 8 tahun setelah kahwin.

    Mereka kemudian mengambil anak angkat. Tak lama selepas itu mereka di kurniakan zuriat sendiri.

    Hubungan erat dgn anak angkat mungkin open the the switches that release the hormon that may trigger pregnancy (if we attempt to explain thru medical science?) Allahu A'lam

    Apapun kami doakan Allah qabulkan doa Kakcik dan suami

    Suami Kak Haliah

    ReplyDelete
  7. insyaAllah ada hikmah disebalik kejadian tu .. semoga kak cik terus tabah ..

    - knoreza-

    ReplyDelete
  8. salam kakchik
    ALLAH maha mengetahui apa yg terbaik utk hambaNYA...yg penting kakchik dan suami tak pernah putus berdoa dan berusaha,kan...

    ReplyDelete
  9. kak chik..saya juga turut doakan...dan semoga kak chik dapat sentiasa bersabar dan tenang..insyaAllah... Allah sentiasa bersama mereka yang sabar

    ReplyDelete
  10. salam kakcik,
    terpanggil utk bg komen pd kakcik yg menunggu cahayamata

    akak pun salah sorang yg menunggu lama, 7 thn baru dikurniakan zuriat

    ikhtiar , moden dan tradisional..
    berurut dan jumpa pakar
    ubat tradisional,akak jarang gunakan sbb tak berapa serasi
    jdnya akak hanya amek vitamin dan supplemen yg doktor kasi saja

    kakcik,
    boleh juga buat rawatan homeopathy, akak lebih suka dgn rawatan homeopathy


    tp akak tahu,perancangan Allah adalah terbaik, sebaik abis kami di U, balik aje, akak di sahkan mengandung ( masa tu dlm rawatan homeopathy )

    cuma satu kakcik, perancangan Allah adalah terbaik untuk kita!

    ReplyDelete
  11. slm,

    Faham sangat walau tak mengalaminya....sebab adik saya pun dah 5 thn kahwin ,sampai skrg belum ada lagi...Saya bkongsi kesedihan mereka sbb tu saya faham perasaan kakchik.
    Semua rakan blogger mendoakan kakchik.begitu juga saya.Good luck kakchik.

    ReplyDelete
  12. insya allah kak chik...insya allah ada rezeki tu kak chik...sy doakan kak chik dan suami...

    ade pakcik dan makcik sy..mereka menanti sehingga 10 tahun...skrg anak mereka dan 10 tahun umurnya...mmg ditatang bagai minyak yg penuh,...budaknya pun pandai dan bersopan santun alhamdulillah..penantian yg berbaloi2 :)

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum kak chik,

    Semoga kak chik terus tabah, ALLAH senantiasa menguji hamba2 yang disayanginya..

    ReplyDelete
  14. Syukran Mas. Doa teman-teman sangat membahagiakan hati.

    ReplyDelete
  15. Wa'alaikummussalam Mardhiah.
    Terima kasih. Insyaallah kami akan dapat juga anak nanti. Kami sabar dan redha menanti.

    Hehe, anak-anak saudara kakchik tu suka main2, nak tiru kakchik kata mereka. Samalah dgn apa yg anak Mardhiah cakap tu.

    ReplyDelete
  16. Wa'alaikummussalam Ayu.
    Insyaallah kakchik dan suami sabar dalam berusaha. Kami yakin dengan Allah. Rezeki ada yang senang nak dapat, ada yang susah. Allah nak lihat sejauh mana kesungguhan kami agaknya.
    Terima kasih atas perkongsian petua. Insyaallah kakchik akan tambah lagi kuantiti air yang kakchik ambil.
    Amiin.

    ReplyDelete
  17. Wkslm Farihan.
    Tahniah! Alhamdulillah... berkat sangat tu bila Farihan memelihara bayi tu. Kakchik pun ada keinginan nak ambil anak angkat tapi kami belum dapat peluangnya.
    Tak mengapa pasal produk tu. Selalunya setiap cadangan yang kakchik terima akan kakchik rekod. Tak salah mencuba tapi kena selesai satu persatu rawatan dulu.
    Terima kasih ya Farihan.

    ReplyDelete
  18. Mizah, janganlah kesian kat kakchik. Sedih :(
    Tapi kakchik tahu Mizah bukan bermaksud nak sedihkan kakchik kan? Isu anak angkat ni kami pun ada beberapa kali disarankan oleh keluarga tapi belum diizinkan Allah juga. Bila nak ambil anak angkat ni selain kami berdua suka, kedua2 belah keluarga juga perlu suka. Jadi banyak nak kena pertimbangkan demi masa depan anak yang diambil nanti. Kalau bab nak hormon teransang ni entahlah. Kakchik mengasuh anak saudara kakchik dari Ikhwan hinggalah kpd Adelia sekarang ni, belum berjangkit juga. Belum rezeki.

    ReplyDelete
  19. Tuan BogBong,
    Alhamdulillah untuk mereka. Kakchik dah selalu sangat dengar kisah sebegini dan bukan tak mahu tapi belum dapat.
    Terima kasih banyak kerana mendoakan kami. Moga berkat doa tuan dan kak Haliah. Terima kasih banyak ya.

    ReplyDelete
  20. wkslm kak kam.
    insyaallah tak putus asa kak. selagi ada daya kami akan usaha juga. terima kasih kak kam.

    ReplyDelete
  21. terima kasih juga untuk izah. amiin. kesabaran yang sering teruji tapi kalau tak kembali kepada Allah, kepada siapa lagikan?

    ReplyDelete
  22. wkslm kak zaa.
    alhamdulillah dan tahniah kak. akak punya kisah yang serupa dgn seorang kawan baik kakchik.
    buat masa ni kami belum cb homeopathy. insyaallah jika usaha skrg berjaya, tak perlu cuba tapi jika sebaliknya, insyaallah nak cuba.
    insyaallah kakchik sentiasa ingat bab perancangan Allah ni. Allah suruh kita berusaha sebab ia boleh mengubah nasib kita w/pun Allah telah tulis takdir kita.

    ReplyDelete
  23. Wkslm Alasmal.
    Terima kasih banyak ya. Tersenyum kakchik membaca komen Alasmal ni. Ini bukan masalah kami je tapi ramai lagi pasangan di luar sana.

    ReplyDelete
  24. Terima kasih Catlina. Gembiranya kalau kakchik juga dapat mengubat hati dengan kelahiran anak. Seorang pun tak apa. Ingin sekali bila mati esok, ada anak yang sentiasa mendoakan.

    ReplyDelete
  25. Wa'alaikummussalam kak azah. Insyaallah kak.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs