Assalamualaikum. Salam ukhuwwah fillah dan selamat sejahtera.
Dalam waktu rehat yang pendek ni kakchik sedang membelek-belek album personal kakchik di Photobucket.com dan sangat seronok melihat gambar-gambar anak-anak saudara kesayangan kakchik. Biasanya kakchik banyak bercerita tentang Amni, kali ini kakchik nak bercerita pula tentang Eqbal, sepupu Amni.
Eqbal atau nama penuhnya Raja Eqbal Murshidi ialah anak ke-4 adik kakchik, La. Baru berumur setahun lebih sikit dan kini aktif berjalan ke sana ke mari, sangat cerdik walaupun masih sangat pelat untuk berbicara. Oh, dia banyak 'bercakap' cuma kita agak sukar nak memahaminya.
Hari ni Eqbal tidak sihat. Dah beberapa hari Eqbal selsema. Khabarnya malam tadi dia tidak lena tidur kerana hidungnya yang tersumbat. Kesian anak saudara kakchik tu. Merengeklah dia dengan ibunya, tokmeknya dan kami ibu-ibu saudaranya. Anak sekecil itu memang menyayukan hati kita bila mereka tidak sihat.
Pagi tadi kakchik yang tolong menjaganya sementara adik kakchik menghantar 2 orang anak-anaknya ke tadika. Dia asyik mahu ke halaman saja kerana mahu mencari ibu dan kakak-kakaknya. Dengan bibik dia tidak mahu. Tangan kakchik ditarik-tarik ke arah pintu keluar, sambil mulutnya menyebut, "sinih... sinih..." mungkin bermaksuh ke sini, eqbal nak keluar.
Kakchik dukung dia dan cium-cium pipinya yang wangi bau bedak bayi sambil beritahu dia yang kakchik kena pakai tudung dulu. Sambil menangis dia mencondongkan badannya ke arah pintu. Hehe, berat jadinya bila dia buat begitu jadi kakchik terpaksa pegang kuat-kuat dan bawa eqbal ke bilik untuk menyarung abaya dan tudung. Menangislah dia sebab kena letak di bawah. Tangan comelnya kuat memegang baju kakchik.
Bila dah dapat ke halaman rumah, barulah dia berhenti merengek. Kami berjalan-jalan sebentar dan tak lama ibunya balik. Apa lagi gembira sakanlah si anak kecil ni. Alhamdulillah... lega hati ni bila ibunya ada. Kakchik dapat pergi kerja dengan senyuman tambah-tambah bila Amni datang dan menghantar kakchik di pintu bersama Ayah Waenya.
Di saat ini kakchik rindukan suami kakchik yang sedang demam selsema dan batuk tu dan juga anak-anak saudara kakchik yang tidak sihat. Ramai yang selsema sekarang ni dalam keluarga kakchik. Semoga mereka semua segera sihat.
Salam Kakchik, tengok Eqbal ni sebaya ngan my son. Cuma dia ngan ayah & mak. Kalo budak2 sakit memang susah skit nak jaga. Minggu lepas, dua2 anak kena viral fever. Kesian..
ReplyDeleteWkslm Miss Globe.
ReplyDeleteParent Miss Globe yang jaga anak, kenapa tu? Anak-anak sedara kakchik pun selalunya Umi kakchik yang jaga tapi keluarga adik kakchik memang tinggal dengan parent sementara rumah mereka siap.
Kesiannya anak2 Miss Glove. Anak2 kecil memang senang terkena penyakit. Kita jaga dengan baik pun terkena juga. Kakchik harap kedua2 anak Miss Globe sudah sihat sepenuhnya skrg ni.
Salam Kakchik, alhamdulillah dah sihat. Anak2 memang ngan parents saya. Tapi, yg sulung Kakak dah duduk dgn kami. Insyaallah bulan depan adik pula bila saya dah tak keja. Kesian kat anak2 & org tua. Kita pun rindu.
ReplyDeleteWkslm Miss Globe. Rupanya begitu. Zaman skrg ni kehidupan kita terpaksa melalui macam2 dugaan. Demi survival hidup terpaksa berpisah dengan anak2. Kakchik doakan, tak lama lagi Miss Globe dapat hidup bersama dengan semua anak-anak dan menjelani kehidupan sbg sebuah keluarga.
ReplyDelete