Followers

10.10.10

Pembantu Kakchik Masuk Hospital

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Astaghfirullah... pagi-pagi lagi kakchik dah kena istighfar banyak-banyak. Kalau tidak ... harus hangin satu badan. Semuanya gara-gara akhlak para peserta Kursus Pra-Perkahwinan semalam di dewan kami. Kami bukan penganjurnya tapi dewan itu kami sewakan dengan syarat-syarat tertentu yang telah dipersetujui bersama dengan penyewa @ penganjur. Bersepah keadaan dalam dewan kami walhal mereka datang untuk satu kursus yang sudah tentu menyentuh tentang akhlak juga. Sayangnya... buat sakit hati saja memikirkan sikap sebahagian mereka ni. Baiklah, lupakan sajalah. Nak tegur pun mereka itu entah dari mana datangnya, bukan senang untuk dinasihati lagi. Peringatan untuk kami agar lebih bertegas selepas ini.

Bermula semalam, kedai buku kakchik akan bertukar waktu operasi buat sementara waktu. Mungkin hingga akhir tahun ini. Salah seorang dari pembantu kakchik kini berada di hospital menanti hari untuk bersalin. Sebenarnya tarikh jangkaan masih sebulan lebih lagi tapi malam semalam dia sudah kesakitan seperti mahu bersalin jadi keluarganya telah membawanya ke hospital. Kandungannya kini 7 bulan tapi nampak ada tanda-tanda dia mungkin bersalin awal. Semoga ynie dan kandungannya selamat. Pembantu kakchik ni berkahwin di usia muda, 20 tahun dan kini menanti kelahiran anak sulungnya. Dia adalah seorang pembantu yang rajin, jujur dan mudah ditunjuk-ajar. Dan dia ada kembar seiras yang juga bekerja di bangunan yang sama. Sama cantik dan baik.

Oleh kerana kakchik tak mampu nak upah orang lain sebagai ganti sementara, maka waktu operasi MariBaca akan ditukar kepada jam 11 pagi hingga 7 petang saja setiap hari kecuali Jumaat. Alhamdulillah kakchik masih ada seorang lagi pembantu yang masih bujang. Sebelum ni dia bekerja shif malam tapi kini akan masuk kerja siang pula. Operasi malam akan ditangguhkan buat sementara waktu. Kalau dipandang dari sudut untung rugi memang akan nampak rugilah bila waktu operasi dipendekkan tapi kakchik yakin dengan usaha dan bantuan Allah. Insyaallah jika waktu yang ada itu dimanfaatkan sebaik-baiknya, hasil jualan tetap juga akan menguntungkan.

Mohon teman-teman doakan agar pembantu kakchik, ynie dan kandungannya, akan sihat dan selamat. 

Wassalam.

10 comments:

  1. alhamdulillah, awal kawennya awal dapat cahaya mata..semoga islam terus subur dengan kelahiran anak baru ini..amin..smoga pembantu kak chik dipermudahkan dalam menghadapi waktu bersalinnya dan gugur dosanya sebanyak titisan darahnya..

    ReplyDelete
  2. moga Allah permudahkan untuknya. (:

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah. kakchik majikan yang bertanggungjawab. menjaga kebajikan staf. Insyaallah pembantu kakchik sihat & selamat.
    Usah fikir sgt tentang kerugian itu, shu yakin pintu rezeki sentiasa dekat & terbuka utk kakchik. Amin.

    ReplyDelete
  4. salam kakchik,
    semoga ynie cepat sembuh, amin...

    ReplyDelete
  5. dr. muslimah, rezeki dia, Allah beri kemudahan. tapi kalau ikut biologi pun usia muda spt itulah paling subur untuk mengandung kan?
    kakchik aminkan doa dr. muslimah tu.

    ReplyDelete
  6. terima kasih shu. insyaallah takde masuk dalam kepala pun pasal rugi ni. yang kakchik tahu, jual je hehe.

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan segalanya kak chik. Tahniah utk pembantu kak chik menerima cahaya mata pertama.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih k.azah. Insyaallah kita sama-sama doakan. Ynie belum bersalin tapi dlm perhatian doc kerana rahimnya jatuh.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs