Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kakchik ni setiap kali lihat koleksi buku yang semakin bertambah ni, hati macam tak sabar-sabar nak siapkan bilik bacaan kami kat atas tu. Tapi apakan daya, bajet jauh lagi dari nak cukup. Maka kakchik manfaatkan aje segala rak kayu yang kami ada. Selebihnya susun aje cantik-cantik dan kemas di atas meja dan tepi rak.
Tapi kan, geram betul bila nampak iklan-iklan IKEA yang keluar di blog-blog yang kakchik singgah. Macam tau-tau saja yang IKEA ni sudah jadi satu impian yang ingin kakchik penuhi. Seumur hidup belum pernah menjejakkan kaki ke IKEA. Maklum saja di Kelantan ni mana ada IKEA.
Bukan kakchik nak membeli sakan tapi kakchik memang suka berkunjung ke mana-mana tempat yang ada mempromosikan perabot-perabot sebegini:
Ruang tamu lengkap dengan rak buku. |
Sudut bacaan. Oh, sesuai sekali di ruang tamu kami tu. |
Geramnya tengok... |
KakChik's Wardrobe sepatutnya macam ni hehe. |
Jangan tengok harganya. Buat-buat tak nampak saja ya. Memang tak mampulah kakchik nak beli tapi mencuci mata sambil memasang impian apa salahnya kan? Angan-angan mat jening pun kalau mat jening rajin berusaha insyaallah akan dapat dicapai juga satu hari nanti.
.
Nasib baik IKEA tu jauh, kalau dekat agaknya hari cuti kakchik asyik habiskan kat situ ajelah. Bahaya!
Sama lah Kakchik. Iera pun tak jejak lagi tangga atau escalator atau lif Ikea. Heheheheh.
ReplyDeleteBila membelek Katalog Ikea yang tebal tu, aduhaiiii meruntun jiwa rasanya. Ni katalog 2011 dah dekat nak keluar atau dah keluar kut.
Rasa nak juga ke Ikea bila ke KL. Tapi memandangkan bila pergi KL, ada tempat yang lebih penting nak kena pergi. Cik abe ambo pun kata, tidak ada kepentingan untuk ke sana.
Salah satu benda Iera nak beli, pengasah pisau di Ikea. Kekekekek.
kak chik, ari tu sy jumpe satu rak buku mickey mouse, lawa dan yng penting berat supaya tak jatuh bila dia panjat..tapi mahal la pulop...cecah rm300....huhu kat ikea mesti ade rak buku kanak2 yg murah kan?
ReplyDeleteSalam kakchik....
ReplyDeleteari isnin baru ni qis bawa anak2 ke IKEA..mmg byk yg offer...tp memandangkan belum ada rumah sendiri, xde la nk shopping beria sgt...xde tmpt nk letak lg...klu ada kesempatan...dtg la jln2 ke sini kakchik..boleh singgah ke IKEA...
Soal perabot rumah, nadia memang sangat gemar menghias.. Apatah lg pernah terlibat dlm hiasan dalaman sblm ni.. Kalau tgk dari harga mmg tak mampu tp boleh cuba membina dgn tema/deco yg sama tp dengan bajet yg minima..InsyaAllah pasti boleh.. Doakan kejayaan untuk kakchik sekeluarga..Amin
ReplyDeletesalam kak chik
ReplyDeletememang setuju perabot ikea memang cantik dan trendy,
tetapi cantik dilihat tidak lasak dipakai
kalau selepas dua tiga tahun, akan melundut, sebagaimana perabot cavenzi, saya lebih sarankan jenis wardrobe yang dipasang mengikut ubahsuai dan deko sendiri
walau mahal ia lebih tahan lama
assalammualaikum kakchik,
ReplyDeleteSeronok tengok wanita2 kita ni suka sangat barangan perabut Ikea tu tapi hakikatnya kalau kakchik gi Europe Ikea adalah barangan perabut murahan yang qualitynya pun tak seberapa. Orang2 sana pergi Ikea sebab murah tapi orang kita ni disebabkan ia buatan Findland so diimport ke MALAYSIA so orang2 kita jadi excited sesangat. Walaupun harga mahal tapi orang kita beli jugak tu. Akak ada beli few perabut Ikea before akak stayed di Europe memang barangan perabutnya tak berquality kak chik..Coffee table pine wood yg akak beli dah goyang kakinya begitu jga dgn bookshelves..nampak cantik tapi not for long term use. Akka cadangkan baik kakchik custome made je bookshelves kakchik, lagi nampak kemas dan harganya pun jauh la lebih murah dari IKEA tu..Cuma yang best pasal Ikea ni ialah barang2 dapurnya seperti pots and pan..itu kalau nak beli memang worth it..
Sorry lah kalau ada yg terasa tapi ini based dari pengalaman akak.
Iera, agaknya kalau dapat masuk sekali pun jadilah kan? Kakchik pun selalu beri alasan yang sama bila ke KL lagipun buat apa nak beli perabot kat tempat jauh. Kat KB pun boleh beli hehe. Saja nak tengok.
ReplyDeleteAla Iera... beli kat Salamku ajelah pengasah pisau tu hehe.
Catlina, kalau tengok dalam katalog tu kakchik rasa baik Catlina cari kat Edutoys je. Kukuh dan tahan lama. Tapi mmg harganya around RM300 la.
ReplyDeleteWkslm Qis. Wah... sempat juga ke Ikea ya Qis. Elok juga tu Qis, jangan membeli lagi selagi belum ada rumah sendiri. Nanti nak pindah-randah susah.
ReplyDeleteKakchik rasa kalau Nadia pandai guna Polyvore, tentu boleh reka set-set hiasan dalaman untuk kakchik hehe. Seronoknya ada pengalaman buat hiasan dalaman.
ReplyDeleteTerima kasih mendoakan kami. Semoga Allah balas niat baik Nadia dengan sebaik-baiknya.
Wkslm Mas. Memang betul Mas. Cantik dilihat. Kakchik suka lihat dan ambil ideanya tapi tak suka beli yang siap kecuali jika kakchik beli rak buku pasang-siap untuk bookfair, senang nak bawa ke mana-mana. Terima kasih ya Mas kongsikan pengalaman menggunakan perabot Ikea ni. Bagus juga untuk beringat-ingat. Kakchik ada cadangan nak ke Cavenzi atau Lorenzo untuk tengok wardrobe yg blh ubahsuai tu.
ReplyDeletewa'alaikummussalam k.azah.
ReplyDeleteterima kasih banyak ya kak berkongsi pengalaman. actually kakchik sukakan cara mereka menghias menggunakan perabot tu. idea menyusun-atur itu yang kakchik suka. insyaallah nak membeli tu tidaklah kot.
kakchik memang nak tempah rak buku untuk bilik bacaan kami tu tapi sekarang ni design ideas tu yang kakchik suka sangat tengok. hehe sama jugak dengan kabinet dapur tu. idea yg ikea tunjukkan tu sangat kena dengan minat kakchik.
kakchik patut terima kasih kat akak sebab komen akak ni boleh jadi panduan untuk kami yang tak tahu ni. at least pengalaman akan boleh buat kita berhati-hati.
TQ kak azah.
cavenzi dan lorenzo pun tak tahan kak chik, dua2 saya ada gunakan dan tak tahan lasak, alah membeli alah juga memakai..
ReplyDeletetetapi kalau sekadar untuk lihat idea memang canti2k perabot..
apapun terletak pada pilihan kak chik
sekadar pandangan sahaja :D
nanti dah deko2 cantik jangan lupa amik pic ya
Nak ambil idea deko saja Mas. Kakak kakchik pernah guna perabot Lorenzo, dia pun beritahu perkara yang sama. Lagipun kakchik ni tak suka membeli di kedai yang ekslusif Mas. Kakchik nak minimalis je sebab rumah kami ni dia sempit dan panjang jadi hanya nak tiru idea perabot yang berbentuk ruang menyimpan yg kemas je.
ReplyDeleteSalam kakchik,
ReplyDeleteAda berlaku sedikit kesilapan, IKEA dari Sweden bukan Findland..hehehe Baru tersedar lps hantar comment...Sorry ye kak chik.
Emmm....office dan rumah dekat jugak dgn Ikea.Ada yg ok ada yg cantik tapi tak praktikal....
ReplyDeleteKakchik kalu nak kirim benda2 yg agak2 boleh post and courier tu boleh aje....yg besau2 tak de la....
hehe..kakchik...same la kite...
ReplyDeletetengok je dia punya konsep mengagumkan..tempat sempit pon ley atur semua benda..tp ikea memang mesra pelanggan..p tengok ley try semua katil ka wardrobe ka..takdak sapa marah..tu yg best tu keke..(lagi bg kakchik teringin keke)..
Wkslm kak azah. It's ok kak. Kakchik pulak ingat Ikea ni dr Switzerland hahaha.
ReplyDeleteTerima kasih ya alynna atas tawaran menarik tu. Maybe not now but who knows maybe in the future.
ReplyDeleteaZa, saje je dia nak usik kakchik hehe. kakchik teringin tiru dekonya aje.
ReplyDelete