Followers

30.10.10

Tahniah Pasukan Kelantan!

Sekalung tahniah kakchik ucapkan kepada pasukan bolasepak Kelantan yang buat pertama kalinya memenangi Piala Malaysia sejak Merdeka ni. Alhamdulillah.

Semoga kemenangan 2 gol berbalas 1 dengan lawan kalian Negeri Sembilan, kalian tidak lupa mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT. Khabarnya ada pemain yang menadah tangan dan bersujud syukur semasa wisel penamat dibunyikan. Tahniah untuk pemain yang ingat pada Allah di saat kemenangan itu.



Malam ini satu kampung malah mungkin satu negeri bagaikan bersorak GOL! GOL! GOL! dan dalam rumah ini cik abe dengan 3 buah komputer dan satu tv bagaikan mahu bertempik kegembiraan bila Kelantan menang. Sampai jem website sukannya diserbu peminat.

Video rakaman gol kemenangan Kelantan, kredit EPLsoker




Entah bagaimana sambutan rakyat Kelantan bila pasukan ini pulang ke negeri esok. Semoga kemenangan ini tidak menjadikan kami riak malah menjadikan kami lebih ingat pada Allah SWT. Menang pun ujian juga. Tahniah sekali lagi untuk pasukan Kelantan dan seluruh penyokong yang sanggup mengambil cuti untuk ke Bukit Jalil.

Kakchik mahu tidur dulu. Wassalam.

16 comments:

  1. slm kakchik,

    Saya pun baru lepas tengok gak perlawanan tu melalui TV...Tumpang gembira Kelantan akhirnya berjaya menjadi juara...
    Tahniah..tahniah...tahniah...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...
    Iera pun tumpang gembira.
    Betul K.Chik, kejayaan jangan menjadikan kita riak dan bangga diri.
    Satu Kelantan gembira nih. Bukan sahaja di Kelantan, rakyat Kelantan di mana-mana pun. Cuma yang bonus bagi yang duk di Kelate... sudah tentu lah...kerana esok CUTI. Hehehehe.

    ReplyDelete
  3. Hooorey... Alhamdulillah akhirnya Kelantan berjaya juga merangkul Piala Malaysia setelah begitu lama mengidamkan kejuaraan.

    Walaupun duk jauh di perantauan dan x dapat tgk perlawanan tu, tapi saya tetap bersemangat terutama bila kawan2 updates status bola. Hehehe..
    Padahal tengok bola pun time piala2 tertentu je.

    Harap2nya penyokong mahupun pemain x lupa diri. Jangan sampai kegembiraan yang ditunjukkan membawa kepada alpa dan lalai pada Allah. Bestnya minggu ni kelantan cuti peristiwa dua hari.

    ReplyDelete
  4. k.Chik... erin tumpang seronok cuti heheh

    ReplyDelete
  5. wkslm alasmal. wah, minat bola jugak rupanya. kakchik cuma keluar tengok bila cik abe panggil kata dah gol. trm ksh tumpang gembira atas kemenangan pasukan Kelantan.

    ReplyDelete
  6. Iera, alhamdulillah perasaan hari ni biasa-biasa saja. Mungkin yang bersemangat membuak2 tu para penyokong yang tak sabar2 menunggu kepulangan pasukan ke negeri. Syukur, bola menang kita pulak dapat cuti.

    ReplyDelete
  7. Sue, kalau nak tengok video perlawanan w/pun tak penuh, bolehlah jenguk EPLsoker di youtube. Semangat juga ya orang dok Jerman hehe. Kakchik cuti banyak minggu ni. Hajat nak ke Galas buat liputan sikit.

    ReplyDelete
  8. erin, panjanglah cuti minggu ni kan?

    ReplyDelete
  9. salam kakchik..

    alhamdulillah..syukur kali ni rezeki kelate utk meraih kemenangan..epi sgt tgk saat piala malaysia dijulang oleh team kelantan...kelate meme hebat...banggo jd anok kelate..:)

    ReplyDelete
  10. Salam,

    kak chik, suko3x..syukur3x..tahniah the red warrior..berbaloi lah penyokong kelantan gi bukit jalil. Tok guru bagi cuti antara sebabnya supaya penyokong yang ramai2 gi bukit jalil tu boleh balik ke negeri kelantan dengan selamatnya..maklumlah ramai yang pergi, berpuluh-puluh bas dengarnya n pd masa yang sama berita tentang bas xcident banyak pula sejak akhir2 ni. Alhamdulillah, meme puas hati sungguh.

    ReplyDelete
  11. Salam Kakchik
    alhamdulillah,masih ada yang sujud syukur...tahniah utk pasukan kelantan dan utk kakchik juga ya

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..syukur.....alangkah bagusnye jika pemain2 bole sepak akan dtg juga menjaga aurat masing2...tentulah hikmahnye lagi melimpah2.....

    ReplyDelete
  13. wkslm mama danish.
    lama sungguh lily tak muncul di sini hehehe. kita sama2 happy pasukan negeri kita menae. moga2 banyak orang bersyukur dgn rahmat Allah ni.

    ReplyDelete
  14. Wkslm UmmuFarhan.
    Memang berbaloi para penyokong ke Bkt Jalil tu dan akhlak pun agak terjaga berbanding tahun lepas. Tak ingat pula ada ke tak kemalangan semasa mereka pergi dan balik. Insyaallah semuanya selamat tu.

    ReplyDelete
  15. Wkslm ummu masyitah. Betul mereka sujud syukur bila menang. Memang betul kena syukur pada Allah dulu atas kemenangan tu. Terima kasih ya ummu masyitah.

    ReplyDelete
  16. Ayu, kakchik pun harapkan begitu juga. Kalau takleh juga pakai seluar panjang, mgkn langkah awal, pakailah dulu leotard agar aurat para pemain terjaga antara pusat dan lutut.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs