Followers

19.10.10

Tanggungjawab

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Maafkan kakchik sebab semalam langsung tidak mencatatkan sesuatu di blog. Banyak perkara yang berlaku tapi kakchik dalam keadaan yang tidak mengizinkan untuk menulis. Bila sudah pulang ke rumah pun kakchik hanya mampu melayan komen-komen ringkas kawan-kawan di shoutbox dan di dinding facebook.

Mahu berehat sebentar.
Kakchik rasa bersalah bila tidak dapat berkongsi sesuatu yang baru bersama kalian. Seolah-olah kakchik telah mengabaikan satu tanggungjawab dan ia membuatkan hati kakchik kurang selesa. Menulis di blog ini bukan main senang saja nak tulis. Setiap apa yang kakchik mahu kongsikan kakchik berharap ianya ada sedikit ilmu dan maklumat. Bukan sekadar tulis apa saja tapi langsung tiada natijah di masa depan.

Sebagai seorang insan yang memikul pelbagai tanggungjawab, amanah sebagai blogger ini kakchik mahu pikul sebagai satu usaha mengajak orang ke arah kebaikan. Ada masanya kita berkongsi kisah hidup, ada masa pasal kerja, di ketika lain pula tentang kewangan, berkongsi keenakan makanan hasil air tangan sendiri dan sebagainya. 

Blog ini dan kalian semua adalah satu tanggungjawab yang sentiasa menguntumkan senyuman di bibir kakchik. Kadang ada yang hadir meninggalkan mesej yang annoying, kakchik masih boleh senyum sambil menggelengkan kepala. Tulislah sesuatu dengan matlamat yang bersambung dari dunia hingga akhirat. Jangan hanya sekadar menulis sesuatu yang hayatnya setakat dunia saja.

Kakchik kurang sihat sebenarnya dan hari ini terpaksa meminta MC untuk berehat di rumah. Insyaallah sambil berehat ni kakchik akan cuba sentiasa online di sini dan juga di facebook. Semoga kita semua tidak menjadikan hidup kita hari ini sia-sia.

6 comments:

  1. assalamualaikum,kak chik.
    terlebih dahulu ain rasa bertuah sangat dpt mengenali diri kak chik,walaupun hanya di alam maya.ain juga bersetuju dgn pendapat kak chik bahawa penulis blog bertanggungjawab menyampaikan sesuatu melalui blog yg ditulis agar bermanfaat buat pembaca sekalian.
    teruskan dgn niat baik akak tu.insyaAllah,niat yg baik akan sentiasa direstui Allah.
    moga kita semua penulis blog lebih bertanggungjawab dan berretika sewaktu menulis blog.

    ReplyDelete
  2. salam kak chik


    Ya Allah , nga'tuknyor laarrr...
    kalu buleh tido , sedap nyorrrr

    ReplyDelete
  3. wa'alaikummussalam ain. terima kasih banyak. kakchik pun suka dapat berkenalan dgn ain.

    kadang-kadang kakchik rasa bersalah kalau tulis perkara merapu tapi ada juga tulis sebagai selingan hehe.

    insyaallah selagi mampu, kakchik akak menulis di blog ni.

    ReplyDelete
  4. wkslm kak pB. kalu nga'tuk kak, ambik bata, baring pah tu pejae mato. tok tido... tapi terlelap jah.

    ReplyDelete
  5. salam kakchik,

    Sekarang ni akak banyak berfikir kak chik..akak ingat nak kurangkan bercakap tapi banyakkan berfikir..bila akak ni banyak bercakap tanpa disedari pasti ada kesilapan yg berlaku. Insya ALLAH cuba memperbaiki diri..

    ReplyDelete
  6. wkslm kak azah. memang sebaiknya kita mengurangkan bercakap kerana dibimbangi lidah kita atau jari kita ni terlajak dan tak boleh tarik balik. dan tak ramai orang mahu menegur kesilapan kita. nasib baik Allah bagi kesedaran, kalau tak harus jadi hanyut.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs