Followers

27.10.10

Lempeng Kasih-Sayang

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah fillah serta selamat sejahtera untuk semua.

Alhamdulillah, di pagi yang cerah ini kakchik harap kalian semua telah atau sedang menikmati hidangan sarapan yang enak-enak. Hari ni kami makan sedikit lempeng saja. Dah banyak hari juga kakchik tidak memasak, ingat hati petang ni nak masak makan malam.

Gambar Lama

Walau apa juga masalah yang kita hadapi, jangan sesekali kita abaikan kesihatan kita jadi sarapan mestilah kita ambil. Memanglah selera kita kurang tapi usahakan juga untuk makan sedikit sebagai alas perut. Sarapan penting untuk merangsang otak kita agar badan berfungsi dengan baik.

Hari ni semoga lebih baik dari semalam.

10 comments:

  1. Nama lempeng itu sungguh cantik. Tambah pula dengan gambar yang menarik. Terliur sungguh. Hehehehe.

    Dua hari lepas Iera goreng bihun untuk Amer, beritahu dia..."Amer ni Bihun Insya Allah..."... terus ngapp. Suka lagu Maher Zain punya pasal.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Chik


    lempeng jah hari nie??
    Dok makae berat berat supo nasi berlauk ker??

    ReplyDelete
  3. salam kakchik
    stuju!tgk lempeng kasih sayang kakchik ni mmg terliur dibuatnya. juga stuju bab pentinya ambil sarapan berkhasiat sbb healthy life is a happy life kankakchik?

    ReplyDelete
  4. Hehe, terima kasih Iera. Nama tu ilham dari Allah. Kakchik main letak je apa yang terpacul di minda.

    Nama bihun Iera pun elok. Agaknya kita kena letak nama yang elok2 pada makanan yang kita masak, tambah2 kalau guna nama lagu2 maher zain, tentu ahli keluarga terutama anak2 suka. Bertuah Amer.

    ReplyDelete
  5. Lempeng tuh nampak menarik la, kakchik..

    Boleh kakchik share resepi? sebab shira suka sgt makan lempeng.. cuma tak tahu bahan2nya..

    terima kasih..

    ReplyDelete
  6. Wkslm kak pB. Lempeng jah kak. Kalu nok makae nasik berlauk keno gi beli, mim alif lam sin la kak hehe.

    ReplyDelete
  7. wkslm rose. terima kasih rose. pagi tadi sarapan apa?

    ReplyDelete
  8. Shira, resepinya mudah saja.

    2 cawan tpg gandum
    1 1/8 cawan susu segar
    1 sb minyak zaitun
    2 sudu besar gula
    2 biji telur

    gaul semuanya hingga sebati. sedia untuk digoreng. goreng dalam non-stick pan.

    selamat mencuba.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih, kakcik..

    Bila balik rumah nanti, shira nak try buatlah.. ;)

    ReplyDelete
  10. Sama-sama shira. Semoga menjadi.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails