Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Malam ni takde apa pun yang kakchik nak tulis sebenarnya. Dari tadi kakchik asyik membelek suratkhabar sambil menonton video. Saja nak hilangkan letih selepas 3 hari berturut-turut kakchik ada program. 2 hari di Karnival Kesihatan dan hari ni di Ijtima' HalWa Kelantan.
Tapi, kakchik suka kehidupan yang sekali-sekala ada aktiviti begini terutama bila ada kaitan dengan kerja-kerja Islam. Perasaan-perasaan indah akan sentiasa dirasai hinggakan walau penat sekalipun kakchik akan rasa nak senyum saja. Hehe, nanti orang kata pelik pulak kan?
Dalam sibuk-sibuk ni ada masanya kakchik tak sempat nak sediakan makanan yang banyak dan lengkap jadi makan pagi dan makan malam kadang-kadang tu hanyalah jemput-jemput bersama air teh panas saja. Selalunya kakchik tanya cik abe dulu dia nak makan apa. Dia pun tak selalu nak makan nasi jadi kudapan ringkas pun cik abe dah kata kenyang. Syukur punya suami yang mudah puas hati.
Jemput-jemput ni jika dimakan ketika panas bersama sos pencicah yang pedas-pedas manis tu insyaallah sedap. Kalau malam ni tak cukup, insyaallah esok pagi kita boleh buat lagi. Jemput makan semua.
sedapnya..
ReplyDeletealhamdulillah mizah. sedap la jugak tambah2 kalau dicicah dgn sos cili.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteInilah makanan paling SEDAP di dunia ni...hu huhu walaupun orang lain suke keyepsi ke, mekdi ke...apa2 ajelah, saya tetap pemuja cekodok @ jemput3 tegar ;)
Wkslm anyss.
ReplyDeleteHehe, kakchik setuju. Memang cekodok @ jemput2 ni tak pernah puas makan.