Bismillah
Gambar kenangan 2009 |
Malam ini dalam kesibukanku menyiapkan beberapa urusan
hatiku bagai disentap-sentap
aku ngelamun sebentar memikirkan diri sendiri
sudah agak lama akau meninggalkan medan
sebelum ini alasanku menyambung pengajian
kemudian disibukkan dengan urusan perniagaan
kini berlambak kerja pejabat dan urusan kewangan syarikat
yang harus diselesaikan.
aku sesungguhnya rindu
rindukan medan perjuangan yang sebenar.
Aku berselindung di sebalik wajah riang
senyum tawa dan gurau senda
sedang di mindaku begitu memuncak kerinduan
dalam dadaku terasa berat dan berombak bila dikenangkan
sudah lama sekali rasanya aku di belakang tabir
mahu sekali...
mahu sekali diri ini bersama teman-teman
memikul amanah yang diberi dengan penuh riang
walau aku tahu ianya berat
tapi manisnya berada di medan
sukar sekali mahu kuceritakan.
Aku rindu...
Assalamualaikum...
ReplyDeleteselamat berjuang...!
Salam kak...
ReplyDeleterasa macam faham perasaan tu...
kak kalau aza nak merujuk kat akak hal2 agama, bolehkah?
ada satu persoalan mengganggu ruang legar fikiran ni.
tapi mungkin lebih baik aza emailkan saja...aza tak pasti email akak apa, tapi email aza dare_to_fail12@yahoo.com
just hope you will drop me a line...thank you...^__^
Wa'alaikummussalam MysDear. Terima kasih. Selamat berjuang untuk MysDear juga.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam aZa.
ReplyDeleteaZa, kakchik ni bukan pakar dalam bidang agama, lagipun kakchik dari aliran sekular.
belajar agama pun secara tidak formal tapi jika ada yang kakchik boleh bantu, insyaallah kakchik bantu. jika tidak kakchik akan cuba minta orang lain yang lebih arif membantu.
kalau aZa mahu email apa-apa pertanyaan, sila guna email hanniaziz@yahoo.com ya.
insyaallah jika sempat kakchik akan email aZa.