Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam Jumaat yang redup dan nyaman.
Alhamdulillah pagi tadi dari jam 8.30 hingga jam 12 kakchik membuka gerai jualan sempena Konvo Tadika Elitsuria di Hotel New Pacific, KB. Walaupun sambutan pembeli tidaklah begitu menggalakkan tapi kakchik puas hati kerana ramai juga yang mengambil alamat blogshop ABAYA ELEGAN kakchik tu. Buku pula kakchik bawa sedikit saja sebab takde orang yang nak tolong angkat kotak-kotak buku yang berat tu. Cik Abe masih kurang sihat. Jadi seorang dirilah kakchik berbisnes hari ni.
Cukuplah cerita pasal gerai jualan, kali ni kakchik nak sentuh sikit pasal berita malam tadi berkenaan satu Skim Cepat Kaya iaitu Skim i-Rich696. Sebenarnya kami dulu pernah ditarik untuk menyertai skim ini. Masa tu belum ada nama khusus lagi tapi yang pasti ianya adalah di bawah MLM Uptrend. Alhamdulillah gerak hati kami yang rasa tidak selesa semasa mendengar penerangan dari pihak mereka telah menghindarkan kami dari menyertainya secara serius.
Kakchik ingatkan bisnes mereka cara 'orang cari orang' ni dah tutup rupanya ada lagi. Terkejut juga bila tengok berita malam tadi. Tak sangka. Bagi kalian yang tak kesempatan menonton berita tentang i-Rich696 tu, sila tengok video di bawah:
Kredit video: MediakiniTV
Semoga kita semua terhindar dari skim-skim cepat kaya atau skim piramid ni. Bunyinya macam senang sangat nak kaya dan kerja pun senang. Hakikatnya banyak kesangsian dalam prosesnya. Dan paling bimbang ada permainan riba yang haram. Na'uzubillah.
Kakchik harap mereka yang terlibat insaf dan cari jalan membuat bisnes yang jujur dan mengikut cara yang Islam ajarkan. Jomlah kita ikut cara Nabi Muhammad SAW berniaga, insyaallah pahala ikut sunnah kita dapat, berkat pun ada dan imej Islam juga tidak tercalar.
Allahu'alam.
baguslah tak masuk.. skim menipu ni masih ramai lagi duk masuk..
ReplyDeleteada kawan akak yang masuk skim macam ni..tiap2 hari shout kat status FB berapa banyak dia dapat dalam sehari..Jadi macam mata duitan la pulak. Pernah jugak diajak ke skim ni..tapi akak memang tak minat langsung..tak nampak apa kebaikannya cuma bila dah kaya jadi makin tamak dan nak lagi dan lagi dan lagi...
ReplyDeleteAzman, orang ramai dok masuk sebab nak cepat kaya. Orang kita mmg mudah terpengaruh bila dpt duit ribu-riban ni.
ReplyDeletekak azah, kakchik pun ada dengar yg mereka gunakan fb. kakchik kalau ada yg hantar iklan atau tag apa2 saja pasal duit mudah ni, kakchik akan terus remove atau block.
ReplyDelete