Followers

24.10.10

Fesyen Hijab dan Leggings

Assalamualaikum dan salam ceria semua.

Di hari Ahad yang nyaman ni kakchik doakan teman-teman semua dalam keadaan sihat dan ceria sentiasa. Kakchik sedang rehat tengahari ni sambil minum milo panas dan makan roti goreng sementara menanti masuk waktu Zohor. 

Semalam kakchik perhatikan ada beberapa orang remaja perempuan yang datang ke perpustakaan berpakaian gaya hari ini iaitu memakai leggings. Macam-macam gaya yang ada. Kakchik panggil gaya mereka itu berfesyen ala Yuna kerana setakat ini kakchik nampak artis Yuna suka berpakaian begitu. Mungkin Yuna tak pakai lenggings tapi skinny jeans, namun kedua-duanya kelihatan sama saja.

Kecelaruan fesyen di kalangan wanita Islam.

Fesyen begini semakin menular sekarang ini. Orang kita ni memang suka berfesyen hinggakan lupa batas-batasnya. Kembalilah kepada cara Islam. Berfesyenlah cara Islam. Selamat dunia dan akhirat insyaallah.

Banyaknya salah faham dalam berpakaian.
Bukankah syarat pakaian menutup aurat itu mesti longgar dan tidak menampakkan bentuk badan? Leggings itu terang-terangan menampakkan bentuk badan. Saiz batang kaki dari peha hingga ke buku lali semuanya boleh dilihat dengan jelas sekali. Tiada MALUkah?

Kita kena nasihatkan mereka ni. Celaru sungguh cara mereka berpakaian. Ini sudah tidak lagi menutup aurat tapi berfesyen tak kena cara. Cara Islam bila dicampur-aduk dengan bukan Islam ia tak akan menjadi cara Islam. Ia sama seperti mencampurkan halal dengan haram, hukumnya akan jadi haram juga. Yang HALAL tak boleh dicampur-adukkan dengan yang haram.

Skinny jeans juga salah.

Bukan tak boleh pakai leggings dan skinny jeans ni, boleh... tapi kenalah ada pakaian lain yang labuh menutupinya. Misalnya pakai di dalam jubah atau abaya. Tak nampaklah bentuk badan kerana dilindungi jubah atau abaya yang longgar. TAPI berhati-hati ya, zaman sekarang ni jubah pun banyak yang ikut bentuk badan.

Yang pasti pilihlah pakaian yang longgar. Pakaian yang tidak melekat di badan. Pakaian yang labuh. Pakaian yang sekali kita lihat, kita tahu itu pakaian wanita Islam. Pakaian yang tidak jarang. Pakaian yang tidak menyerupai pakaian orang agama lain. Bezakanlah diri kita wanita Islam ini dari orang bukan Islam.

Mahu berfesyen pun janganlah biarkan diri kita membuat dosa dan menarik orang lain turut berdosa dengan kita. Marilah kita menutup aurat dengan sempurna.

Nota: Gambar-gambar diperolehi dari Google.

26 comments:

  1. legging memang sendat sangat... kadang-kadang ada yang jenis strechable bila duduk, nampakkan kulit. bayangkan kalau pakai baju singkat pastu pakai legging strechable, urgh.. tutup mata :'(

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    benar apa yang Kakchik gtau nie.Pakaian bukan sahaja menutup kulit, tetapi menutup rupabentuk badan dan segala anggota badan.Sebab itupun kira aurat juga.

    Sekarang nie banyak betul pesen baju yang mcm kat atas tu.Gaya mcm skirt serta menampakkan bentuk dada.Astagfirullahal'azim....Memakai legging dan baju inner bukan lah syarat sudah menutup aurat sepenuhnya.
    semoga menjadi iktibar bersama.

    p/s: risau sbb anak2 perempuan sy pun dah makin membesar.Takut diorg pn jadi confuse jika tak di didik secara awal.

    ReplyDelete
  3. isy.. macam2 pesen la sekarang ni.. tak pernah pulak imah jumpa kat kemaman ni, pakaian macam ni.. or maybe tak perasan je kot.. sebab sekarang ni dah terlalu banyak fesyen yang pelik2.. Moga Allah hindari kita dan keluarga terjebak sama.. InsyaAllah..

    ReplyDelete
  4. salam. betul kata kak chik.. kecelaruan dalam berfesyen. Sedih dan pelik bila tengok mereka2 yang berpakaian macam tu.

    Yang pasti fesyen ber'legging' ini bukan sahaja di kalangan masyarakat kita shj, tetapi juga bangsa lain (Turki). Itu apa yang saya lihat di sini.

    ReplyDelete
  5. salam kakchik..

    Tuela kakchik..makin melarat2 plak fesyen gitu sekrg. huhu..tapi yg xbest nyer semua tue dorang namakan busana muslimah gerammmmmmmm!!!ada sekali tue saya g jenguk kat j=kedai jual pakaian muslimah. Siap ada hadis semua..sekali tgk gmbr ingt kan jual skaf rambut rupenyer jual skirt kecik. Konon2 utk menutup punggung jika pakai baju pendek.

    ReplyDelete
  6. ni fesyen utk remaja..... tp kalo yg dah berumur 30an ni ..rentikan lah (kata orang Perak) pakai mcm tu.. mmg sesak mata memandang..

    ReplyDelete
  7. c]bagi diorang ni memang dah fesyen sangat kan chik..lagipun kebanyakkan mereka ni tiru gaya idola mereka mungkin...

    ReplyDelete
  8. kak chik..

    sedih..sedih..

    kt sini yg pki gini omputih jahhhh..org islam sini jrg pki gini.bakpola gi pakai gini?????baik tok payoh bertudung buat panas pala jahhhh..

    bakpo koho celaru loni kak chik?ni sume ikut artis la...artis dh jdi mcm berhala moden lak..zaman dulu berhala patung jah,loni duit dan artis jd ikutan.bukankah itu namanya berhala?taksub sgt

    ReplyDelete
  9. salam kak chik..

    nak minta share dlm FB,

    kadang2 yg blogshop ni byk jual legging,xtahu mana cantiknya pakai mcm ni...kita yg wanita ni pun malu bila tengok diorag pakai mcm tu..apatah lg lelaki ajnabi..

    ReplyDelete
  10. Assalammualaikum kakchik,

    Students akak ramai yang berpakaian macam ni kakchik, malah ada yang lepas je gate sekolah tudung ntah ke mana, kain sekolah tu disentengkan sampai ke betis..Bila kita tegur. diumpat, dikejinya, dipandang remeh je cikgu2 ni..so kekadang bila dah tak larat tegur tengok je ler..bukan akak tak main peranan tapi kalau parents pun berpakaian tapi bertelanjang, bersanggul unta..bertudung tapi berseluar legging. cikgu nak kata apa kat anaknya..Semua masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
    lagi satu lak bila ada yang berabaya, makeup Masya ALLAH tebalnya..kata bermakeup utk suami tapi suami ada ke ikut sampai ke tempat kerja?
    Bila berpakaian mengikut sunnah dipanggil extreme pulak..ntah la kakchik, dunia akhir zaman. Ulama dan orang yg berpegang teguh pada agama akan dijadikan musuh pada mereka..wallahhualam..

    ReplyDelete
  11. kak chik...itulah...su bukan nak mengata..bila tgk fesyen mcm yuna..cantik tapi,sayang..dah jadi tuptaswahka(tutup atas bawah buka)..

    semoga kita mengambil iktibar..harap2 sy juga begitu..

    apelah salahnye pakai suar slack je kan?longgar & tak ikut bentuk kaki

    ReplyDelete
  12. dni, tak sanggup nak bayangkan, malu.

    ReplyDelete
  13. Wa'alaikummussalam MysDear.
    Moga-moga orang dapat faham apa yang cuba kakchik sampaikan pasal salah faham dalam menutup aurat ni. Dan mereka mahu buat perubahan.

    Semoga anak-anak MysDear akan terdidik dengan mantap. Kakchik percaya MysDear sedang lakukan yang terbaik untuk mereka.

    ReplyDelete
  14. Imah, sekarang ni makin banyak fesyen pakaian yang salah-habah kita bila melihatnya. Hanya Allah saja yang boleh melindungi kita dan ahli keluarga kita.

    ReplyDelete
  15. Wkslm sue. Budaya pakai leggings ni menular di serata tempat dah sue. Bila media memainkan peranan mempromosikan pakaian begini, kesannya amat pantas sekali. Muslimah kita pulak begitu rapuh pendirian dalam menutup aurat. Senang sekali menerima pengaruh ini. Sebab itu kita kena berusaha menyedarkan mereka kalau tidak jumlah orang yang keliru akan bertambah.

    ReplyDelete
  16. Wkslm »-(¯`v´¯)-»n0nj@m »-(¯`v´¯)-»

    Kakchik pun geram betul bila letak nama Busana Muslimah. Merosakkan makna yang sebenarnya.

    Berjaya nampaknya kuffar melekakan muslimah kita dengan fesyen merapu ni.

    ReplyDelete
  17. Noorma, memang mereka tuju untuk remaja tapi kakchik tengok yang dewasa pun pakai juga. Kalau nak kira remaja atau dewasa, bila sudah baligh, menutup aurat dengan sempurna itu wajib jadi fesyen leggings dan skinny jeans ni tetap haram. Betul kata Noorma tu, sesak dan seksa mata melihat.

    ReplyDelete
  18. cikmin, kalaulah idola mereka berubah, insyaallah ramai yang akan ikut nanti. sayangnya bukan mudah nak ubah. entah apa-apalah fesyen sekarang ni.

    ReplyDelete
  19. siti, kalau org putih tu tak heranlah kan? kalau tak pakai tudung kakchik tak heran lagi tapi bila dia combine tudung dgn pakaian kat bawah tu memang terlalu kontra dan salah. meme celaru sangat dah anak muda kito hari ni. cabaran sungguh bagi kita yg dok usaha nak bawa mereka ke jalan Islam. masalahnya perkembangan fesyen lagu ni macam direstui jah oleh pemimpin negara kita. isyk.

    ReplyDelete
  20. Wkslm bidadari. Silakan. Semoga ada kebaikan untuk kita semua.

    ReplyDelete
  21. Wa'alaikummussalam kak azah.
    Baca komen akak ni kakchik rasa nak salahkan banyak pihak terutama ibu bapa dan juga guru tapi kakchik pun bersalah juga. Banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan ilmu agama amat susah untuk masuk ke dalam hati orang kita hari ni terutama remaja. Kalau guru dah teruk begitu, ibu bapa pun teruk juga, habis tu mana anak-anak remaja nak lihat contoh yang baik kan? Semoga keperibadian akak dan usaha akak sedikit sebanyak berjaya menjadi inspirasi kepada sebahagian pelajar di sana. Hakikat menyampaikan Islam di kalangan umat Islam sangat pahit kak. Kita hanya perlu sabar dan terus berusaha. Kalau kita punya kuasa, insyaallah perlahan2 kita boleh ubah.

    ReplyDelete
  22. Catlina, kita doakan moga-moga Allah beri kesedaran kepada Yuna, insyaallah para pengikutnya akan turut berubah kpd kebaikan. Seluar slack dah tak menarik dah zaman ni, orang dewasa pun pakai jeans ketat, memalukan bila terlihat.

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum,
    saya pun suka pakai jeans. tapi tak terlalu longgar (nanti jatuh ke bawah), dan tak terlalu ketat (nanti jadi skinny jeans). banyak kali jugak saya nampak muslimah pakai leggings dan saya rasa tak sesuai sangat.

    ReplyDelete
  24. wa'alaikummussalam TalkingKeyboard.
    walaupun kakchik tiada pengalaman memakai jeans tapi kakchik pernah lihat kawan-kawan berabaya tapi memakai jeans di dalamnya. Nampak ok saja.asalkan pakai yang tidak menampakkan bentuk kaki kita, kakchik kira tidak salah. memang sangat tidak sesuai dengan Islam pemakaian leggings ni. terang-terangan menampakkan bentuk fizikal sebahagian dari badan.

    ReplyDelete
  25. Salam Kakchik..Selain legging, baju inner yg kat atas tu pun sama kan?

    ReplyDelete
  26. salam,kak..nice article...briliant way...mohon share ye...tq....

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs