Followers

28.10.10

Pagi ke malam, penat tapi suka hati.

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah fillah untuk semua.

Dalam meniti waktu malam yang semakin menuju jam 12 ni kakchik sekadar ingin mencoretkan sedikit kenangan untuk hari ni. Sekarang ni kakchik curi masa sikit untuk update blog sementara kakchik selesai mengedit gambar-gambar abaya yang ada dalam stok di Abaya Elegan. Petang esok nak ambil gambar produk terbaru di MariBaca pula.

Sebahagian dari bungkusan abaya dan buku yang diposkan petang tadi.

Penat sebenarnya nak membuka setiap plastik abaya kemudian memakaikan abaya tu ke patung, kemaskan patung, ambil gambar, ulang lagi langkah yang sama untuk bungkusan abaya yang lain entah berapa kali dah. Kemudian selesai satu batch nak kena download ke hardisk dan bermulalah proses edit dan upload ke facebook dan ke blog. Malam ni masuk facebook dulu. Esok kakchik masukkan dalam blogshop Abaya Elegan pula.

Limit kakchik menghadap internet hanya sampai jam 12 malam jadi kakchik kena cepat. Beginilah gayanya orang berbisnes online tanpa pembantu. Semua kerja dari a hingga z kena buat sendiri. Cuma kerja-kerja fizikal macam angkut kotak dan rak-rak pameran tu akan ditolong cik abe. Tapi dia tak sihat sekarang ni. Esok jika diizinkan Allah kakchik akan buka gerai abaya sempena Konvo Tadika Elitsuria di Dewan Blue, Hotel New Pacific, KB.

Walau apapun, bila kakchik dapat buat kerja dengan tenang dan memuaskan hati pelanggan, kakchik terasa amat puas dan gembira. Masalah yang menimpa masih belum selesai tapi dengan menyibukkan diri begini kakchik akan rasa lebih segar daripada duduk termenung saja. Tak baik termenung lama-lama sedangkan satu kerja tak jadi. Membazir masa namanya. Itu Islam tak suka. Jadi kena paksa diri agar menggunakan masa sebaik-baiknya.

Ok lah teman-teman semua, kakchik nak pen off dulu untuk malam ni. Ada kerja yang belum siap ni. Masa pun dah tak banyak. Insyaallah esok jika panjang umur, murah rezeki kita akan bertemu lagi di alam maya ini. Atau mungkin juga kita bakal bertemi di mana-mana di alam realiti, siapa tahu kan?

Sweet dream everyone! Maafkan salah silap kakchik terutama kerana tak sempat menziarahi kalian semua. Insyaallah lapang sedikit kakchik ziarah. Jumpa lagi. Assalamualaikum.

12 comments:

  1. alhamdulillah kakchik..moga bines akk btambah maju...aaaaaamiiin

    ReplyDelete
  2. biasa la tu kan kak chik....bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian....semoga semuanya dipermudahkan....amin

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    sronoknya...saya entah bila lah boleh dpt wat biz2 sendiri mcm Kak Chik.Memang xde latar belakang keluarga yang berbiz.Nak kene cedok ilmu biz dr Kak chik nie.hehe

    ReplyDelete
  4. moga usaha akak sentiasa dipermudahkan...amin..take care kak...:)

    ReplyDelete
  5. salam,

    Kak chik, entri kak chik ni sedikit sebanyak memberi motivasi pada saya. Alhamdulillah. Saya doakan bisnes kak chik bertambah maju aminn.

    ReplyDelete
  6. Seronok dengar kak chik berniaga ni..Semoga terus maju kak chik dan nita utk menggalakkan muslimah berabaya akan terus tercapai..

    ReplyDelete
  7. terima kasih fmina. insyaallah bila bisnes bertambah maju dapatlah bantu orang lain sikit sebanyak.

    ReplyDelete
  8. shiori, memang masih bersusah sekarang ni, usaha dan doanya nak hidup selesa bila umur 40 nanti. tak mewah tak apa asalkan selesa.

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikummussalam MysDear.
    Ilmu kakchik ni seciput je MysDear. Segan sungguh untuk dibuat teladan oleh orang lain. Kakchik banyak belajar dari buku dan juga tips2 bisnes pn ainon pts

    ReplyDelete
  10. terima kasih ain. insyaallah.

    ReplyDelete
  11. wkslm UmmuFarhan. Alhamdulillah kalau begitu. Terima kasih mendoakan bisnes kakchik maju. Semoga UmmuFarhan juga begitu.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih kak azah. Seronok kak tapi lagi seronok kalau ada yang membantu. Insyaallah lagi ramai muslimat yg akan gemar pakai abaya menutup aurat.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs