Followers

23.10.10

Pondan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Nampaknya semangat kakchik sudah pulih walaupun tidaklah sepenuhnya. Bukan mudah rupanya nak pulihkan 100 peratus semangat bila ia merudum.

Petang tadi kakchik ke KB Mall mengambil Adik yang ke bandar kerana sedikit urusan. Bila dan sampai di sana kakchik teringin sangat nak makan keledek manis (sweet potato) yang dijual di Pacific.

Selepas bertemu Adik dan selesai membeli keledek manis, kami turun ke basement melalui slider. 

Astaghfirullah... tak pernah hayat hidup kakchik berdiri di belakang sekumpulan pondan yang berpakaian seperti wanita tapi sangat menjolok mata. 

Oleh kerana kakchik tak sanggup menegur mereka dalam suasana yang kurang mengizinkan itu, kakchik palingkan muka ke arah lain bimbang hati kakchik mengata-ngata mereka terutama yang paling menonjol di kalangan mereka. Baik istighfar saja.

Pada pemerhatian kakchik, pondan atau bahasa lembutnya maknyah ini seperti manusia yang keliru identiti jantina mereka. Kakchik sedih melihat mereka begitu. Dari lelaki mengubah diri mahu menjadi wanita mungkin dengan alasan mereka berjiwa wanita.

Kasihan melihat mereka kerana tak ramai yang sanggup untuk mendekati dan menasihati mereka. Kakchik pun tiada kekuatan, bimbang jatuh fitnah pula ke atas diri. Mungkin jika di dalam program yang khusus kakchik berani tapi di dalam pasaraya yang bingit dan kelantangan mereka yang begitu menarik perhatian, tidak mampulah kakchik.

Persoalannya, kenapa bila mahu menjadi wanita, mereka berlebih-lebihan? Pakaiannya sungguh seksi, seluar mini, baju singlet ketat. Entah ke mana perginya pegawai-pegawai hisbah yang seharusnya menegur dan menasihati mereka atas autoriti dan kuasa yang ada.

Mungkin jika kakchik ada lesen atau tauliah sebegitu, kakchik akan berani menegur tapi iman kakchik hanya iman orang awam yang tiada kuasa untuk menegur terang-terangan. Tambahan pula kumpulan pondan itu sangat menarik perhatian awam. Kakchik tidak mahu tiba-tiba kakchik pula yang menjadi fokus.

Allahu Akbar. Kenapa golongan sebegitu makin bertambah ramai? Adakah sebahagian dari masyarakat kita mahu kembali menjadi seperti kaum Lut yang akhirnya dibinasakan Allah? Hati kakchik sedih dan kakchik bertanya diri sendiri, sejauh manakah kakchik berjaya menjalankan amanah yang Allah beri sebagai hambaNya.

Mana amal makruf dan nahi mungkar kakchik? Haruskah mereka dibiarkan dengan kecelaruan identiti begitu?  Ya Allah, berilah keinsafan di hati mereka untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Bila mereka tersisih, tarbiah tidak sampai, ilmu agama tidak masuk dalam diri. Jiwa mereka kontang dan akhirnya kita juga berdosa kerana membiarkan sahaja.

Semoga mereka mendapat hidayah-Mu ya Allah. Dan tetapkanlah iman kami di atas jalan-Mu.

8 comments:

  1. betul kakchik..
    kadang2 takterkata dengan golongan yang macam ni..
    kalau dekat U ina..
    lagi ramai..
    even kawan2 kelas pn ada yg macam tu..
    nk tegur...
    takmampu..
    cume mampu doakan je la..
    lagi satu masalah..
    dorg ni takmalu nk menghebah2 hal tu..
    takmalu mengaku dorg gay/pondan depan public..
    kat fb..
    dan jugak blog...
    huhuhu

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum kakchik,

    Masa akak belajar di UIA memang ada segerombolan kaum maknyah ni yang memang tak join orang..dah puas kena nasihat dengan pensyarah, ustaz, kawan2 sekuliah yg lain tapi tetap gak macam tu. Masalahnya bila mereka ada group yang sehati sejiwa, itu belum di lihat di kawasan2 tertentu di Kuala Lumpur, melambak2 kekadang kesian tengok diaorang ni, akak pun tak berani nak pandang mereka ni sebab kekadang bila kita tegur mereka akan bertindak aggressive malah kekadang menjerit2 memalukan kita..

    Inilah masalah sosial yg generasi muda kita hadapi. Agaknya sedih parents tengok anak2 mereka jadi macam tu..

    ReplyDelete
  3. betul tu kak umm ruman...
    golongan2 ni akan makin menjadi2 bile ade geng...
    ramai jugak kawan2 yg cuba2 tegur..
    tapi..
    masuk telinga kanan keluar telinga kiri..
    kadang2 dorg ni berbakat..
    cerdik lagi..
    tapi..
    mana silapnya....
    terkeliru perihal jantina sendiri...
    makin lama makin ramai lelaki yg jadi macam ni..
    sayang betul.

    ReplyDelete
  4. Itulah..klw ditegur pasti mereka melengting. Silap haribulan penampar dia melekat kat muka kita. Kalau dikejar mahu semput...sbb penampilan wanita hanya luaran..kekuatan masih lelaki.

    Mereka ni terlalu melayan perasaan. Klw tdk diikutkan..berusaha menjadi lelaki sejati..walau nmpk agak lembut..jika berkahwin pasti punya cahahayamata.

    ReplyDelete
  5. Ina, ada tak pihak universiti ambil inisiatif mendekati dan cuba memberi kaunseling kepada golongan ini? Bimbang sekali bila mereka makin ramai di dalam universiti. Bukan mereka tidak layak tapi peribadi mereka sebagai golongan terpelajar akan membawa pengaruh kepada masyarakat. Membimbangkan sekali.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam kak azah. Punca masalah ialah peer group kan? Kita nak buat macamana ya kak? Rasa buntu juga untuk dibiarkan begitu saja. Takut makin lama, negara kita jadi negara orang Islam yang celaru. Sudah tentu ibu bapa yang ambil berat akan terasa sedih, tapi ada juga ibu bapa yang kononnya sporting, selamba saja bila anak lelaki jadi perempuan.

    ReplyDelete
  7. Ina, semuanya kerana pengaruh geng. Masa kat USM dulu ada beberapa kawan, masa di tahun satu masih bersifat lelaki w/pun ada lembut sikit-sikit, makin lama makin nampak macam perempuan, rupanya mereka telan hormon dan ambil suntikan. Sanggup mereka lakukan perkara terkutuk untuk ubah fizikal mereka. Pihak berkuasa buat tak nampak saja.

    ReplyDelete
  8. Emy, sebab itu kakchik tak sanggup nak tegur. Mereka agresif dan melampau. Kakchik rasa bila iman lemah, bergaul pula dengan kawan-kawan yang juga lemah, terpengaruh dengan kehidupan homo di luar negara, maka mudahlah mereka hanyut. Semoga mereka sempat kembali ke pangkal jalan.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs