Followers

15.10.10

Jom kita minum dulu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Salam Jumaat yang penuh barakah.

Alhamdulillah... hari ni hati sangat gembira bila dapat bangun pagi dalam keadaan yang sihat dan ceria. Pagi Jumaat - pagi yang sungguh membahagiakan seluruh alam. Terasa seronok walaupun kakchik belum pasti apakah semua aktiviti yang dirancang untuk hari ni berjaya dilakukan atau tidak.

Dalam rancangan tu ingat nak pergi kuliah agama di KB, lepas tu nak ke pasar basah mencari stok lauk-pauk dan sayur-sayuran, nak memasak makan tengahari untuk kami berdua, jika takde aral, nak ziarah kawan yang baru bersalin.

Sebelum tu jom kita minum dulu!

Pagi ni cik abe minum kopi Radix dan kakchik minum susu kambing Hiraq.
Inilah 2 jenis minuman segera yang kami ambil. Susu Hiraq tu kadang-kadang bergilir dengan Susu HiGoat, dua-dua pun kami suka. Dulu-dulu kakchik tak boleh nak minum produk susu kambing kerana bau hamisnya tapi 2 jenama susu tu berjaya menarik deria rasa kakchik kerana tiada masalah gangguan pada deria bau. Alhamdulillah... dapatlah kakchik minum, minuman sunnah.

Nabi Muhammad SAW kan suka minum susu kambing.
Baginda suka minum susu kambing, kambing merupakan binatang yang penuh barakah yang ditinggal-tinggalkan orang, seperti satu hadis yg diriwayatkan oleh Abu Ubaidah bin Atoq, Rasulallah SAW bersabda bermaksud: "Kambing merupakan binatang yang penuh Barakah yang ditinggal-tinggalkan orang"

6 comments:

  1. wahh sedapnya...radix..hehe...

    ReplyDelete
  2. salam...sy suka tgok kak chik menggayakan tudung+purdah..cantik sgt...

    ReplyDelete
  3. marilah aZa, kita minum petang dengan kopi radix.

    ReplyDelete
  4. wkslm hidayu. terima kasih. biasa-biasa saja hidayu.

    ReplyDelete
  5. Kat mana nak dapat susu kambing hiraq tu kak chik? dah lama nak cari yg bentuk sachet macam tu...senang dan mudah disediakan..

    Coffee radix tu memang ada ummmppphhh.

    ReplyDelete
  6. kak azah, susu hiraq tu boleh dibeli di mana-mana outlet yang menjual produk muslim. kalau susah cuba akak tengok senarai no tel dalam iklan hiraq marketing dlm majalah ANIS.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs