Followers

2.4.10

Blue Hijab Day

"Blue Hijab Day is Muslim Womens way of raising awareness about Autism and Autism Spectrum Disorders."

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Bertemu lagi kita petang ni, alhamdulillah. Kakchik hampir terlupa sebenarnya tentang kempen ini. Blue Hijab Day, yang jatuh pada hari ini 2hb. April.

Kempen ini sebagaimana sedutan di atas adalah tanda sokongan para wanita Islam kepada usaha-usaha memberi kesedaran tentang penyakit autisme dan juga autism spectrum disorders yang kini banyak berlaku terhadap kanak-kanak.

Masih ramai ibu bapa di negara kita yang tidak mengenali atau mengetahui apa-apa tentang penyakit ini. Untuk makluman bersama, di sini kakchik sertakan sedikit info tentang AUTISME dari buku Dr. Miriam Stoppard, pakar kanak-kanak. 

 AUTISME

Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak yang autistik hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya, walaupun anak tidak pekak, anak seakan-akan tidak mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai antara mereka langsung tidak bertutur atau bertutur dengan cara yang aneh. Jika ibu bapa mengimbas kembali sejarah anak, mereka akan mendapati semasa bayi anak jarang tersenyum dan tidak pernah meminta untuk didukung.

Sejak penyakit ini mula dibincangkan pada tahun 1943, pelbagai teori tentang punca gangguan ini telah dikemukakan tetapi baru kini diketahui bahawa keadaan ini bukan berpunca daripada perlakuan ibu bapa atau tindak balas terhadap faktor persekitaran. Autisme biasanya tidak dikesan sehingga ibu bapa mendapati bahawa anak mereka masih belum pandai bertutur.

Pada ketika ini, anda mungkin menyedari hakikat bahawa anak kerap menyisihkan diri dan menghabiskan masa bermain seorang diri. Kerap kali anak akan menunjukkan kelakuan yang tertentu, seperti menyentuh benda dalam turutan yang tertentu atau menggoyangkan badannya ke depan dan belakang. Jika diganggu, anak akan melenting dan membuat perangai. Kelakuan ini menunjukkan keperluannya untuk berada di persekitaran yang tidak berubah. Ada kanak-kanak autistik yang sangat peka terhadap sesuatu benda. Misalnya mereka akan menumpukan perhatian terhadap pergerakan tangan atau jari atau menggosok-gosok sesuatu permukaan seakan-akan menghayati tekstur.

Tanda-tanda

    *      Tidak suka bersosial.
    *      Pendengaran tidak normal.
    *      Mengelak daripada bertentang mata.
    *      Gangguan pertuturan.
    *      Corak kelakuan yang berulang.
    *      Tidak mengendahkan rasa sakit.

Apakah yang boleh dilakukan?

Kanak-kanak autistik perlu dihantar ke sekolah yang khas seelok-eloknya semasa anak masih kecil lagi. Jika ibu bapa mendapati sukar menjaga anak di rumah, rawatan di rumah yang mempunyai suasana yang terapeutik disyorkan. Pelbagai terapi bagi autisme telah dicuba. Namun, hasilnya tidaklah begitu menggalakkan.

Psikoterapi yang intensif juga tidak memberi sebarang tindak balas manakala ubat yang mengandungi trankuilizer hanya sesuai diberikan untuk mengawal kelakuan yang ganas sahaja. Terapi kelakuan dan terapi pelukan (ibu bapa digalakkan memeluk anak selama yang boleh untuk mengeratkan perhubungan fizikal dan emosi) didapati sangat menggalakkan. Namun, setiap jenis terapi perlu disyorkan serta dikendalikan oleh pakar dalam bidang tersebut.


Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 59.

Sumber: Sabah.org

Hari ini sempena membantu kempen ini, kakchik melalui Blue Hijab Day Pages di facebook menyatakan sokongan kakchik dengan berpakaian serba biru. Hanya itu yang mampu dilakukan secara segera. Semoga teman-teman yang mempunyai anak-anak yang autistik akan mendapat sokongan moral dan material dari kempen ini.

Kalau kawan-kawan sempat, pakailah tudung warna biru hari ni. 

6 comments:

  1. salam K.chik...syiankn klu ada ibubapa yg anak2nya Autisme nie...tp semua tue ujian dr ALLAH(semoga depa tabah & sabar).k.atie pon like blueeeeeeeee...

    ReplyDelete
  2. wkslm kak atie. kakchik pun ada kenal seorang kawan yang anaknya autisme. memang cubaannya banyak hinggakan rumahtangga pun retak. alhamdulillah retak bertangkup kembali selepas dikaunselingkan. bukan mudah mempunyai anak-anak yang bermasalah. tinggi ganjarannya bagi yang sabar, tabah dan tenang menempuhinya. wah... ikon profile pun dah tukar ya kak.

    ReplyDelete
  3. salam kak chik..tukar lagi rumah baru ek..
    wah kak chik dah cash out..bolehlah belanja cik abe makan kat marybrown..

    tabik kepada ibubapa yang mempunyai masaalah autisme ni kan..semuga mereka sabar menghadapi kerenah kanak-kanak istimewa ni..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum KakChik..
    Suka hati Ted bila ada masyarakat di luar sana yang membantu serta menyokong hal-hal berkaitan Anak-anak Istimewa nie..Ted yang ditempat pendidik anak khas ini pun berasa cabaran serta dugaan mendidik mereka besar dan mencabar..tapi menyeronokkan..

    ReplyDelete
  5. wa'alaikummussalam kak ina.
    ha'ah, rumah baru lagi kak, gara-gara prob dgn template sblm ni.
    hehe, duit cash out tu nak simpan dulu kak. nanti kali kedua baru nak belanja dia. rasanya masa tu cik abe pun dah boleh cash out yg dia punya.
    kakchik tengok ibu bapa anak2 autisme mmg kuat semangat mereka. semuanya demi survival anak2. tabik sungguh.

    ReplyDelete
  6. wa'alaikummussalam Ted.
    kadang2 kakchik malu kat kwn2 luar negara ni, mereka sangat alert ttg isu-isu kesihatan dll sedangkan kita selalu terlupa dan terlepas pandang.
    besar jasa Ted mengajar anak2 istimewa ni. bukan calang2 orang sudi nak mendidik mereka.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs