Followers

3.2.10

'Orang' Ketiga Dalam Rumahtangga

Assalamualaikum wr wbt dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog Keluargaku Sayang.
Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad saw, Rasul junjungan kita.

Kakchik doakan semuanya dalam keadaan sihat dan masing-masing sedang sibuk melaksanakan amanah masing-masing. Hari ni kakchik mungkin akan sibuk dengan banyak urusan pejabat dan sebelah petang pula selepas waktu kerja ada mesyuarat SAING dan malamnya ada mesyuarat lagi mengenai projek kebajikan anak-anak muda di kawasan kakchik. Fuh, memang masa yang ada di rumah nanti kena manfaat betul-betul dengan suami.

Sebagai santapan minda kita hari ni kakchik ingin menceduk sebahagian dari isi kandungan buku KE MANA WANG ANDA? yang masih belum kakchik khatam kerana kakchik membaca sambil meneliti. Hari ni kakchik ingin berkongsi tentang topik di atas berdasarkan buku tersebut.

Menurut penulisnya, 'orang ketiga' di dalam rumahtangga ialah WANG yang sering menjadi punca perbalahan suami isteri. Katanya, ramai pasangan yang bercerai mempunyai kaitan dengan MASALAH KEWANGAN. Data dari sebuah Jabatan Agama Islam menunjukkan 65% pasangan bercerai adalah kerana masalah ini. BESAR jumlahnya tu. Hakikatnya dari apa yang kakchik sendiri tahu melalui cerita rakan-rakan yang menghadapi masalah rumahtangga dan pengalaman, sedikit-sebanyak kerana tiadanya pengurusan kewangan yang baik dalam rumahtangga.

Masing-masing, duitmu, duitmu, duit aku, duit aku.

Ataupun, duitmu duit aku, duit aku, duit akulah.

Memang jarang berlaku ketelusan antara suami isteri mengenai pendapatan masing-masing apatah lagi kalau isteri tidak bekerja atau suami tidak makan gaji. Kesamaran dan ketidak pastian inilah yang sering menjadi pencetus ammarah dalam hubungan dan langkah mudah ialah, tutup mulut, jangan ambil tahu hinggalah timbul lagi isu berkenaan. Sampai bila agaknya masalah ini mahu dibiarkan? Tepuk dada tanyalah iman dan akal fikiran yang Allah telah kurniakan.

Seterusnya ialah sedutan terus dari buku tersebut:
Wahai para suami yang membaca, walaupun isteri anda bekerja, sesungguhnya tanggungjawab menyara keluarga tetap berada di atas bahu gagahmu! Si isteri bekerja sekadar menampung kekurangan yang ada, tetapi bukan sebagai punca utama saraan keluarga.

Sedih juga apabila mendengar rentetan kisah para isteri bekerja yang mengadu suami meminta 'contribution' (sumbangan) daripada isteri mereka untuk saraan keluarga. Seorang isteri pernah mengadu... mula-mula kata 70:30 iaitu suami beri 70 peratus saraan keluarga, isteri beri 30 peratus. Tapi lama-lama jadinya isteri 80 peratus, suami pula 20 peratus. Macam mana ni?

Perbincangan Awal

Eloklah jika perbincangan awal dibuat antara suami dan isteri tentang berapa yang sanggup dikongsi untuk menyara keperluan keluarga. Jangan pula bila sudah bercerai, suami cakap, "Saya tidak pernah izinkan dia bekerja... jadi semua gaji dia seharusnya pergi kepada saya." Ini kisah benar ya, untuk kita ambil iktibar

Surah an-Nisa' ayat 4 - 5: "Berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwinnya, sebagai satu pemberian. Jika perempuan-perempuan itu baik hati, mahu merelakan sebahagian daripadanya, makanlah olehmu dengan baik dan senang. Janganlah kamu berikan harta orang-orang safih (bodoh) kepadanya, sedang Allah menjadikan kamu untuk memeliharanya dan berikanlah belanja dan pakaian untuk mereka daripada hartanya itu, serta katakanlah kepadanya perkataan yang baik..."

Surah an-Nisa' ayat 34: "Laki-laki itu menjadi pemimpin bagi perempuan, sebab Allah melebihkan setengah mereka daripada yang lain dan kerana mereka (laki-laki) memberi belanja daripada hartanya (bagi perempuan)".

Para suami yang soleh, jadilah pemimpin dan tempat perlindungan untuk isterimu dan ini semua akan dipersoalkan nanti. Takutlah kepada hari pembalasan nanti.

Jika telah pun terlupa tanggungjawab anda sebagai suami, tidak terlewat untuk bertaubat dan balik ke pangkal jalan. Mulailah dengan berbincang dengan isteri dan mencatat semua keperluan keluarga - dari susu, lampin anak, kepada bil air, elektrik, telefon dan lain-lain. Catatan perbelanjaan keluarga sangat penting untuk kedua-dua suami isteri tahu supaya tidak berlaku salah faham. Zaman sekarang ini dengan duit RM100 pergi ke pasar raya, yang dapat dibeli tidak penuh pun satu bakul. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berada di bandar-bandar besar.
'Orang ketiga' ini ibarat api dalam sekam, sekejap dia kecil sekejap besar. Yang bimbangnya bila datang tiupan angin kuat, ia akan marak membakar segalanya dan memusnahkan. Nau'zubillah minta dijauhkan Allah.

Perkongsian kali ini adalah untuk sama-sama kita membuka mata hati dan minda kita untuk sama-masa membuat koreksi diri. Kakchik sendiri pun bila membaca buku ini amat terasa sekali seolah-olah penulisnya sedang menasihati kakchik.

Banyak yang dititipkan agar kita belajar mengurus dengan baik kewangan peribadi kita kerana bimbang jika tiba-tiba kita MATI, bagaimanakah nasib orang-orang yang kita tinggalkan. Orang-orang yang masih di bawah tanggungjawab kita. Satu tips yang Hjh. Rohani berikan kakchik telah amalkan sejak tahun lepas ialah MENCATAT SEGALA KEPERLUAN DAN PERBELANJAAN yang dibuat setiap hari agar kita dapat tahu kita mendapar SURPLUS atau pun DEFISIT.

Cukuplah dulu untuk kali ini. Lagipun masih banyak bab yang kakchik perlu hadamkan. Jika berminat untuk membaca buku ini, bolehlah dibeli dengan kakchik ya. Harganya pun murah, RM20.00 saja. Hingga itu, jumpa lagi di lain siaran hehe. Wassalam.

12 comments:

  1. Salam KakChik..
    Info yang amat berguna..amat-amat berguna sebagai panduan...

    Haaa ah...tauhu telur tu masak ngan sayur campur pun best tapi kena goreng dulu baru masukkan dlm sayur...Kena hati² time nak masak sebab ia sgttttt lembut dan mudah hancur...

    ReplyDelete
  2. Wkslm Sue.
    Alhamdulillah kalau Sue suka artikel tu. Yang baik kita kongsi ye tak?

    Nanti kakchik nak cubalah tauhu telur tu.

    ReplyDelete
  3. Salam kak chik...

    Betul tu kak chik... Ummi sokong sangat2. Kadang2 benda2 cam ni buat kita bergaduh suami isteri... Lebih2 bagi pasangan yang baru berkahwin.

    ReplyDelete
  4. betul kakchik...skrg WANG segalanya...trkdg manusia dh jd. hamba pd wang.....TQVM 4 sharing tu..

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam Ummi. Sama-samalah kita ambil iktibar. Lagi baik sebenarnya kalau pihak suami membaca buku ini.

    ReplyDelete
  6. kak nza, orang kata segalanya perlukan wang hatta nak buang air pun perlukan wang. u r welcome.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih la KakChik, kerana sudi kongsi info ni. Suami adalah pemimpin rumahtangga. Kalau dia pandai mentadbir, tentu segala urusan dipermudahkan, insyaallah.

    ReplyDelete
  8. Sama-sama kak tie. Betul tu kak. Nakhoda kapal kalau tak bijak mengurus dan mengawal haluan kapal nescaya kalau datang ombak besar, anak-anak kapal bertempiaran selamatkan diri, akhirnya kapal akan karam.

    ReplyDelete
  9. terima kasih kakchik atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  10. salam kak chik, thanks for sharing...mmuahh


    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  11. wkslm yan. you are welcome my dear.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs