Assalamualaikum wr wbt dan salam sejahtera.
Apa khabar kawan-kawan hari ni? Kakchik doakan semuanya dapat melalui kehidupan seharian dengan penuh ceria walaupun keadaan cuaca sekarang ni boleh membuatkan kita mudah jatuh sakit. Hari ni kakchik dapat MC sebab selsema tu dah bertambah jadi batuk-batuk dan sekejap demam, sekejap ok. Sekarang ni tengah ok, jadi dapatlah kakchik online membaca komen, menjawabnya, melihat email dan memberi respon.
Huh, panas terik kat luar tu. Sekali ingat kesiannya kat orang yang bekerja membanting tulang di bawah terik matahari ni. Peluh dah tentu keluar bergelen, tentu bila tiba masa makan, mereka akan bersungguh-sungguh menjamu selera. Demi mencari rezeki, kulit dibakar matahari pun mereka sanggup. Baguslah kalau semuanya dibuat kerana Allah. InsyaAllah duit dapat, pahala pun dapat.
Sebut pasal makan, pagi semalam kakchik menyelongkar peti sejuk mencari bahan-bahan untuk membuat penkek tapi tak cukup la pulak. Kakchik buka bahagian atas tempat dingin beku, kot-kot la ada sosej ke... fish ball ke... nugget ke... boleh la goreng kan tapi terjumpa benda lain la pulak. Ni haa..
Entah sapa yang beli MURTABAK RAJA ni kakchik pun tak tahu. Rasanya mesti dah agak lama dok dalam peti sejuk kakchik. So... lepas tanya Ummi boleh ke kakchik nak goreng, Ummi pun tak tahu tapi katanya baik goreng aje takut terlebih tarikh, membazir.
Dulu masa bulan Ramadhan, abang ipar ada belanja murtabak raja untuk berbuka, MashaAllah... sedapnya... Harap-harap yang ini pun sedap seperti yang pernah kakchik makan tu.
Sebab dia jenis makanan segera yang dah separuh masak, kakchik hanya perlu panaskan dalam 5 minit je. Tapi semalaman kakchik keluarkan dari bahagian dingin beku dan letak di bahagian dingin je. Kalau tak kenalah tunggu lama untuk digoreng. Dan inilah hasilnya:
Tebalnya hampir seinci, intinya padat dengan telur, bawang dan daging kisar, memang seeeedap! Cik Abe pula tukar haluan sikit, dia makan dengan nasi, hahaha, katanya sedap. Kakchik makan aje dengan pencicah yang disediakan. Tak sangka rasanya sedap macam yang abang ipar belanja dulu. Alhamdulillah.
Untung pula menyelongkar peti ais ni. Agaknya kalau selongkar peti ais yang dua lagi tu tentu akan jumpa macam-macam 'harta karun' hehe.

kalau jumpa lemang elok jugak. raya dekat dah ni.
ReplyDeleteone z, mungkin ade kot hehehe. raya cina... org nak makan yee sang la
ReplyDeletesalam kakchik.. :) oh ya, murtabak ni kan, bukan keluaran dari orang kelantan ke? sbb tak salah leen aritu ada keluar tv cara dia buat. memang besau! tapi padan dengan harga lah. sebab tu dia panggil murtabak raja.. :)
ReplyDeletesalam kakchik... sedap murtabak raja tu ;) sebab pernah diberi kawan sebagai ole-ole :)
ReplyDeletesaya pun dah pernah rasa murtabak raja tu...baunya pun dah memikat..rasanya, alhamdulillah sedap!!!! :)
ReplyDeleteWa'alaikummussalam leen. Murtabak ni keluaran orang Kelantan leen, dibuat di kilangnya di Pengkalan Chepa. Rasanya dah masuk tv sebelum ni. Harga RM8 atau RM10 sebiji, saiznya setebal 1 inci dan pjg/lebarnya lebih kurang pinggan nasi.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam kak e. Ha'ah mmg sedap kak. Mmg orang suka buat hadiah.
ReplyDeletewah... azniza pun dah pernah makan ya, mesti dah luas pengedaran murtabak raja segera ni.
ReplyDeleteni produk yg sama dgn budu raja ek kak cik??? budunya pn sedap...
ReplyDelete