"Bismillahirrahmanirrahim wa sallallahu 'ala wa saidina wa maulana muhammad.
Saya ingin mengucapkan kepada semua masyarakat berbangsa Tionghua, dengan ucapan Selamat Tahun Baru Cina yang jatuh pada 14 Februari 2010 pada tahun ini.
Perayaan Tahun Baru Cina adalah satu perayaan yang penting di kalangan masyarakat Tionghua dan mengikut kalendar Cina tahun ini adalah tahun harimau.
Harimau yang melambanggkan keberanian, diharapkan menjadi satu pendorong untuk masyarakat Tionghua lebih ke hadapan dalam apa jua bidang sekalipun.
Sesungguhnya masyarakat Tionghua khususnya di Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap politik baru negara kita dengan dokongan kaum-kaum lain termasuklah orang-orang Melayu dan India.
Kita telah sama-sama memberikan sumbangan ke arah lahirnya satu negara Malaysia yang lebih adil dan aman buat semuanya.
Islam sebagai agama yang tidak pernah mengamalkan diskriminasi, pada sesiapa sekalipun lantaran itu Islam memerintahkan agar berlaku adil kepada semua manusia tidak mengira bangsa dan agama.
Semua pihak mendapat hak di sisi Islam.
Tidak ada kelebihan satu bangsa ke atas bangsa lain melainkan dengan taqwa kepada Allah Ta'ala.
Lantaran itu, mewakili pimpinan Kerajaan Kelantan, saya senantiasa ingin mengingatkan kepada semua pihak bahawa Islam yang menjadi dasar pemerintahan Kerajaan Negeri tidak akan sama sekali menjadi penyebab berlakunya ketidakadilan dan diskriminasi.
Bahkan akan sentiasa menjadi penyelesaian masalah dengan dasar yang adil dan saksama.
Semoga masyarakat Tionghua di Malaysia dan Kelantan khasnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan untuk mentadbir negeri dengan sebaik-baiknya.
Akhir kata ucapan saya, Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat Cina.
Gong Xi Fa Cai."
------------------------------------------------------------ Kakchik tolong transkripkan je takut-takut ada yang tak sempat nak tengok video.
Selamat Tahun Baru Cina kepada semua teman berbangsa Tionghua terutama kepada Yok Mui dan Dr. Leng Boi!
salam ziaraH,
ReplyDeleteniCe...(^_^)
selamat datang enasan. thanks
ReplyDeleteyg seronoknya....berbagai perayaan di negara kita,kan...time dia org raya..kita bercuti...
ReplyDelete