Followers

1.2.10

Bila kita berniaga dalam shopping mall

Bila kita berniaga di dalam shopping mall ni kita terpaksalah bersabar dengan banyak perkara. Misalnya kerenah minah-minah lepak dan mat-mat lepak yang suka melepak kat depan kedai. Alahai adik-adik ni, sabar ajelah. Kalau kakchik mood baik bolehlah juga kakchik ke depan menegur, menasihati mereka tapi sekarang ni mood kurang baik sebab demam semalam tu macam nak datang balik.


Huhu diaorang ni bercakap macam guna volume paling kuat. Bila gelak agaknya nampak terus anak tekak. Buruk benar kakchik mendengarnya apatah lagi kalau kakchik nampak. Malas nak pergi tengok berapa orang yang dok tergelak-gelak tu, buat hangin badan je.

Bila kita berniaga dalam shopping mall ni bingit juga telinga terpaksa mendengar pelbagai bunyi dari pelbagai corong pembesar. Yang shopping mall, yang kedai muzik di tingkat bawah tu, yang kedai games kat hujung tu, yang kedai kain di tepi sana, yang kat ruang promosi di ruang legar, huhu bila entah kakchik akan mangli dengan pencemaran bunyi ni. Dalam kedai pun kami pasang bunyi juga tapi semuanya lembut-lembut, irama kanak-kanak, irama padang pasir, bacaan ayat suci al-Qur'an dan lagu-lagu nasyid yang tidak bingit. Kena cuba fokuskan telinga kepada bunyi dalam kedai ajelah.

Bila kita berniaga dalam shopping mall ni yang seronoknya ialah di musim perayaan, pelanggan yang lalu-lalang pun akan menjadi lebih ramai dari biasa. Maka akan bertambahlah juga bilangan pelanggan yang membeli. Alhamdulillah, syukur. Bertambah rezeki. Mungkin inilah antara kelebihan mempunyai kedai dalam shopping mall walaupun bukan yang terbesar di Kelantan.


Bila berniaga di shopping mall ni kalau lapar boleh je order dengan kedai makan di atas tu. Senang je naik satu tingkat, buat pesanan, tak sampai 30 min sampailah pesanan kita. Tapi hari ni kakchik rasa nak makan pasta sup dan kedai-kedai makan di atas tu tak jual pasta sup, huhu... kenalah bersabar ya. Balik rumah nanti kalau rajin bolehlah kakchik buat. Kalau malas, makan ajelah apa yang ada.

Bila berniaga dalam shopping mall ni kena banyak sabar dengan kerenah jiran-jiran tambahan pula kakchik ni penyewa terbaru di sini. Itupun dah macam-macam cerita kakchik dengar. Huhu risau pun ada bila cerita-cerita tak sedap sampai ke telinga. Kakchik mahu menjalankan bisnes dengan sebaik mungkin mengikut cara Islam dan tak mahulah mengutuk peniaga-peniaga lain. Kakchik mahu bersangka baik dan kakchik harap orang lain pun bersangka baik dengan kakchik.

Bila berniaga dalam shopping mall ni tak dapatlah nak balik awal ke rumah sebab kena singgah di kedai dulu. Tengok-tengokkan pembantu dan melayan pelanggan setakat yang boleh. Kakchik suka kalau dapat melayan pelanggan terutama kalau pelanggan tu datang mencari buku dan mahukan kakchik mencadangkan buku-buku yang menarik untuk dibaca. Memang suka sangat.

Hmm... kalau nak sambung rasanya banyak lagi tapi cukuplah dulu setakat itu sebab kakchik pun nak tutup kedai la dulu. Malam nanti insyaAllah datang lagi ke MariBaca sebab orang nak pasang signboard baru. Tak sabar rasanya nak tengok kedai ada signboard. Ok, jumpa lagi.

10 comments:

  1. sshnye hati bile tau der org cite x elok psl kite kan kak..x per kak.. bykkan baca doa.. mathurat ke aper3.. supaya kita dihindarkan drp perbuatan2 hati2 org yg sakit.. ;) insya Allah...

    ReplyDelete
  2. iu, yg sebenarnya diorang tak cerita buruk2 pasal kakchik tapi diorang dtg bercerita hal buruk2 pasal peniaga2 lain. misalnya si A cerita pasal si B dan sebaliknya. yg terpaksa mendengar ialah kami di kedai ni. mintak2 diorang tak cerita buruk2 pasal kami.

    ReplyDelete
  3. Banyak-banyak sabar ya Kak Chik..

    ReplyDelete
  4. nadiah, memang itu risiko dan cabaran yang perlu ditanggung la kan, bukan mudah nak jadi usahawan yang jujur

    ReplyDelete
  5. salam, kakchik..huhuhu..jelesnya..teringin nak ke perasmian MariBaca..tapi belum rezeki saya untuk sampai ke kelantan lagi..insyaAllah,suatu hari nanti...
    sebenarnya nak komen 2 perkara:
    1) tudung kakchik cantik la..kemas kakchik lilit..:)
    2)pasta sup tu nampak macam best..kakchik ada resepi tak?

    maaf la ye, kakchik...komen perkara yang tak berkaitan dengan entry...;)

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam azniza. Takpe tak sampai masa perasmian, next time dtg KB, make sure MariBaca termasuk dlm schedule ya :)
    Utk 2 komen di bwh tu:
    1 - mekasih... nak belajar? senang je.
    2. resepi pasta sup tu kakchik guna resepi makaroni sup je. nanti nak cek buku nota ni mana dah resepinya. kalau jumpa nanti kakchik PM dlm facebook ya.

    maaf diterima.

    ReplyDelete
  7. insyaAllah, memang dah niat dalam hati, bila ke Kota Bharu tempat yang wajib singgah ialah MariBaca..dah bgtau kat suami..:)
    nak..nak belajar cara lilit tudung tu..nanti bila jumpa kakchik di MariBaca, kakchik ajarkan, ya..
    terima kasih kakchik :)

    ReplyDelete
  8. azniza, baguslah kalau macam tu, kakchik pun sangat gembira nak sambut kunjungan azniza sekeluarga.
    nak belajar cara lilit tudung tu pun boleh je, demo free.
    sama-sama

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs