Followers

14.2.10

Tak Sah Makan Nasi Kalau...

takde sayur kampung. Betul tak? 

Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua teman blogger yang berbangsa Tionghua yang menyambut Tahun Baru Cina pada hari ni. Kak Aliya, Tan, See, Pue dan Adawiyah, Gong Xi Fa Cai!

Hari ni kakchik malas sikit nak update awal-awal sebab emosi kakchik kurang stabil sikit pagi tadi tapi selepas keluar berjalan-jalan dan shopping bersama Ummi dan Adik di KBTC tadi, terasa stabil dah hehe.

Banyak benda yang kakchik nak cerita sebenarnya tapi rasanya untuk update pertama ni kakchik nak cerita pasal sayur kampung. Jangan marah ya! Saja je ni... apa salahnya kan? 

Jumaat lepas kakchik ke KB untuk hadiri kuliah Jumaat di Dataran Ilmu. Masa kakchik sampai Ust. Mohd Fadli, SU Akhbar MB Kelantan sedang memberikan kuliah untuk sesi pertama. Sambil-sambil mendengar kuliah beliau, kakchik dan Ummi membeli barangan dapur dan sayur-mayur yang dijual di sekitar tempat kuliah.

Sambil-sambil tu kakchik melihat ada banyak jenis sayur kampung dan ulam-ulaman dijual pada harga yang agak murah berbanding jika dibeli di pasar basah. Sempatlah juga snap beberapa keping gambar dan ini ajelah yang elok.
 
pucuk paku

 
bayam praksi

 
kami panggil pucuk nniding, orang lain panggil apa ya?

Ketiga-ketiga jenis sayur kampung ni memanglah kegemaran kami sekeluarga. Pucuk paku boleh digoreng kicap, digulai lemak, disayur lemak atau dibuat kerabu. Bayam praksi pula selalunya dimakan dengan budu oleh cik abe manakala pucuk nniding pula dibuat sayur air campur dengan keledek, waduh... sedapnya. Dapat hirup kuahnya yang manis asli itu pun sangat memadai.

Sayangnya kakchik tak beli pun semua sayur tu sebab bekalan sayur di rumah masih banyak.

14 comments:

  1. salam...ambo suka benar ule2 kg nih...keno plok cicoh budu, ike tawa...Ya Allah, nikmatnya rezeki tuhan...jap lg blk klate...bleh make budu...huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. salam kak chik..

    seronoknya orang kat msia cuti raya cina. seminggu. lama betul.

    kalau kat terengganu dlu sy biasa dengar nama pucuk midin. kalau masak bubur lambuk orang sana letak.

    sama ke..?

    ReplyDelete
  3. Salam kak chik,

    Wah, memang segar2 sayur2 tu sume yer... Ooo baru 1st time saya tau, pucuk paku masak kicap. Yela, lain negeri lain citarasanya kan. Kak chik apa beza digulai lemak disayur lemak. Kalau saya kat negeri johor ni selalu sebut masak lemak je. Kalau berkuah yang lain sebut masak kari, masak asam pedas dsb. Takde istilah gulai.

    Rindula kat nasi kerabu mokcik gelang banyak kat pasar malam padang bas tu. Dah pindah tempat lain yer dengarnya. Then, saya suka makan nasi berlauk kat gerai no.12 MPKB. Kekadang terliur gak nak makan kat Pasar Siti Khadijah. Tapi, seram, bukan apa, tengok udang galah besar2 penuh satu dulang. Takut makan2, tak terbayar, heheheh...

    Hi, bilalah nak sampai Kelate lagi yer...

    ReplyDelete
  4. sayur n ulam kampung memang yang paling best la...tiada tandingan!

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Chik,
    Ulam kampung gini memang sedap.. rindu nk pegi pasar siti khatijah tue..macam2 ulam segar buleh beli. :)

    Ijan

    ReplyDelete
  6. mkn ulam mmg membangkitkn selera....

    ReplyDelete
  7. salam kak chik,
    apa khabar kak? rindu kak chik dan rindu pucuk niding. hihi.
    kat sini, sayang sangat tgok pucuk niding takde org jual. bersepah kat kebun2 terbiar kat area sijangkang nun. nak kutip karang, dah kebun orang. hihih

    ReplyDelete
  8. wkslm armyrule.
    mesti sapo doh di klate ni. puah ati ko armyrule buleh make sayur kg?

    ReplyDelete
  9. wkslm irma.
    eh, kakchik cuti 2 hari je... org2 sek je yg cuti seminggu. esok dah masuk ofis semula.
    pucuk midin tu kakchik pun tak tau, rasanya tak sama kalau bubuh dlm bubur lambuk.

    ReplyDelete
  10. Wkslm Areef.
    Pucuk paku boleh dimasak/goreng berkicap, campur isi ayam/daging/telur. sedap. kalau org bujang, paling sng nak buat ni.
    gulai lemak = gulai kunyit/kuning takde kari.
    sayur lemak = sayur putih/bersantan
    Dah banyak sangat tu Areef rindu kat Kelantan ni. Kakchik rasa kena cari org Kelantan buat isteri ni. Ehem, umur dah berapa skrg ni, kot2 kakchik blh tlg kirakan.

    ReplyDelete
  11. wkslm ijan.
    actually, gambar2 tu kakchik ambik sekitar tempat tok guru mengajar di depan bangunan pas.
    tapi, kalau nak lebih banyak pilihan, mmg pasar siti khadijah lah tempatnya.

    ReplyDelete
  12. kak nza, kat sana mudah ke nak dapatkan ulam-ulaman?

    ReplyDelete
  13. wkslm nur. kakchik alhamdulillah baik2 je. batuk sikit2 tu masih ada, lebihan selsema hehe.
    kat kg kakchik skrg ni susah nak jumpa pucuk niding ni tapi kalau ke pasar basah memang senang jumpa, org kg yang jualkan.
    kakchik sarankan nur singgah je bagitau tuan tanah nak tolong bersihkan tanahnya dari paku-pakis, tentu dia izinkan hehe.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs