Assalamualaikum dan salam malam semua. Semoga teman-teman semua sedang bersiap-sedia ke arah 'masuk tidur' dan bukannya baru 'bangun tidur'. Kakchik tahu ada ramai blogger yang berjaga lewat malam mengemaskini blog dan menjelajah ke serata blog mencari maklumat, membaca tulisan blogger lain dan macam-macam lagi la.
Malam ni limit kakchik hanya sampai jam 12 je. Tapi kan, yang malam semalam tu tidur dekat pukul 2 pagi, alhamdulillah bangun tidur pagi tadi sebelum Subuh dan mata pun segar. Ingatkan susah nak bangkit dan akan mengantuk je sebab tak cukup tidur. Rupanya bila disetkan di minda yang kita pasti akan bangun awal, memang betul-betul awal. Alhamdulillah.
Tengoklah papan tanda MariBaca yang kiut tu.
Dalam masa yang ada ni kakchik ingin kongsikan sedikit perkembangan terkini di MariBaca Bookstore. Semalam kakchik dan cik abe ke kedai untuk memasang banting dan memantau kerja pemasangan papan tanda kedai yang kiut-miut tu.
Satu palang banting ok saja bila dipasang tapi yang satu lagi tu dah puas kami cuba tetap juga tak dapat diguna. Nampaknya kakchik kena ke NIKOREX semula menukar dengan yang elok. Diorang ni tak cek dulu ke barang dijual ni. Nyusahkan cik abe je.
Banting yang diletakkan di hadapan lif di B1 iaitu bahagian parkir di bawah bangunan.
Masih ada beberapa bahan publisiti dan promosi yang belum disiapkan pihak grafik. Kakchik dah minta diorang percepatkan sebab masa pun hanya tinggal seminggu je lagi. Kalau yang tu dah settle legalah sikit hati kakchik nak uruskan hal-hal lain.
InsyaAllah Khamis nanti kakchik maklumkan tarikh perasmiannya dan kalau sempat kakchik akan sediakan jemputan khas.
Sehingga itu selamat membaca. Sambil menulis, membaca, blogwalking, meninggalkan komen atau mesej dan mem'follow' tu jangan lupa 2 Malaikat di kiri kanan kita yang sentiasa mencatat setiap amal perbuatan kita. Eloklah kita buat yang baik-baik aje ya.
Wassalam.
bila lah nak gi kedai kak chik ni..lambat lagi nak kelik kelate :)
ReplyDeletecatlina, insyaAllah panjang umur murah rezeki, sampailah ke kedai kakchik nanti.
ReplyDeleteKat mana ni kakchik ? Nanti kalau balik klate, nak gak singgah. Kak tie memang suka ke kedai buku..
ReplyDeleteTahniah utk kakchik n suami di atas pembukaan kedai baru...kt mana kedai kakchik tu...nnti blk klate bolehlh kak nza singgah....
ReplyDeleteYelah saya pun sama. Klw saya ke KB nnti saya singgah kedai kak chik yer.
ReplyDeleteSalam kakchik.,, Sarah dah lama berhajat nak ke kedai kakchik... tapi tidak diberikan masa yg luang lagi... Terujanya nak tgk kedai baru ni...
ReplyDeletekak tie, kedai kakchik dalam Kota Sri Mutiara (Billion). Kalau dari Kubang Kerian nak ke KB Mall mesti akan lalu di depan kompleks ni. Singgah ya kak tie.
ReplyDeleteTerima kasih kak nza. Kedai dalam Kota Sri Mutiara kak. Depan SK Langgar. Singgah ya boleh kita gader2.
ReplyDeleteemy, kakchik akan menanti hari kunjunganmu.
ReplyDeletewkslm sarah. insyaAllah akan sampai harinya peluang itu datang.
ReplyDeletealahai...kiut muit sungguh kedai kakchik ni..bilalah dapat jejak kaki ke sana?
ReplyDeleteTerima kasih Noorma. Datang KB insyaAllah senang sikit nak jejak hehe.
ReplyDeleteoooo...dkt billion ye..kt blakang tu umah pakcik kak nza...Insyallah, bila blk klate kak nza akn singgah n nk sgt jupe kakchik.....
ReplyDeleteDulu rumah kak nza kt kauters guru SIC (Maktab Sultan Ismail)...Masa sk rendah kak nza sk Zainab 1.
ye kak. nanti akak cari di tingkat 3 ya. dekat benarlah kalau rmh pakcik akak kat belakang tu. skrg ni kalau balik KB selalunya akak tumpang rumah pakcik la?
ReplyDeletewah..cantik2. semoga bisnes kakchik berkembang maju!
ReplyDeletesalam k.chik,
ReplyDeletehehhe..mcm yan je yg berjaga lewat malam tu..hehe
tahniah kak chik...cantek kedai k.chik, bila lah nak berkedai cam k.chik nie. mudahan terus sukses...amin....
www.yanmieonline.com
terima kasih nadiah. amiin.
ReplyDeletewkslm yan.
ReplyDeletehehe... mmg kakchik selalu nampak yan online mlm2, kdg2 nmpk dlm innit tp skrg dah ada innity mesti tak aktif dlm innit tu.
tima kasih ya yan. berkedai ni ada seronok tidaknya yan, sbnrnya berkedai online pun skrg ni pun ok.
amiin.