Assalamualaikum dan salam Jumaat kepada semua teman-teman yang selalu berkunjung ke blog Keluargaku Sayang ni. Semoga pada hari Jumaat yang mulia ni kita semua sama-sama berusaha mengejar pahala amalan yang mulia. InsyaAllah.
Kakchik minta maaf sebab semalam langsung tak update blog selepas update di sebelah pagi. Macam-macam yang dah berlaku sepanjang masa kakchik tidak online. Tambahan pula kakchik sangat tidak selesa dengan hidung yang sentiasa berair dan selang beberapa minit bersin la pulak. Hari ni pun sepatutnya kakchik ke kelas tutorial tapi kakchik minta excuse daripada tutor sebab tak sanggup nak melayan hidung yang sakit di dalam kelas. Alhamdulillah Madam Carolyn dan Puan Yon sangat baik hati dan understanding.
Kakchik sebenarnya nak buat roti semalam dan jalan-jalan agak lama di blog ros@jintanmanis dan hana untuk mencari resepi roti yang senang, alhamdulillah jumpa tapi bila nak membuatnya memang terganggu sakan dengan bersin. Jadi kakchik cancel niat tu dan kakchik buat PASTA BAKE yang sangat ringkas. Buat khas untuk cik abe.
Bahannya cuma 3 perkara iaitu pasta, capsicum, keju mozarella hancur/shredded dan sos pasta bake Leggo's. Kiranya masakan segera la ni. Nak membuatnya pun teramatlah senangnya. Orang tak pandai masak pun pasti boleh buat ni. Ok, kakchik letak jugaklah caranya kot ada pulak yang tanya nanti :)
1. Rebus pasta hingga kembang, kemudian toskan airnya - untuk satu botol sos ni kakchik guna 3.5 cawan pasta.
2. Pastikan capsicum telah dipotong dadu dan dibersihkan.
3. Sediakan acuan tahan oven yang digris dengan marjerin.
4. Tuangkan pasta ke dalam acuan kemudian capsicum dan sos pasta, gaul rata semuanya. Kalau nak lebih pedas tambah aje sos cili.
5. Ratakan dan taburkan mozarella di atasnya.
6. Bakar dalam preheat oven pada suhu 190 darjah selama 20 - 30 min (upper/lower heat).
Sedap dimakan panas atau sejuk.
Cik abe kata dah sedap tapi kakchik tak puas hati sebab kakchik tak rasa apa pun bila makan. Deria rasa kakchik sama-sama sakit dengan hidung. Bau pun tak boleh hidu. Barulah tau betapa bersyukurnya selama ini Allah pinjamkan nikmat deria bau dan deria rasa. InsyaAllah kedua-duanya akan kembali dengan izin Allah.
Sementelah kakchik tak ke kelas, hari ni kakchik dah selesai mengemaskan bilik, meja kerja cik abe yang penuh dengan suratkhabar, melipat sebakul besar kain bersih, menggosok beberapa helai baju cik abe dan jubah dan mengemas di dapur. Lega sungguh rasanya walaupun belum mandi hahaha. Orang demam mana boleh mandi kan.
Tapi... kakchik nak mandi juga. Nak mandi dulu la ya. Selamat menjamu mata dan menjamu selera.
ingat nasik goreng :P hehee..
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteJom pi Kedah makan laksa.
Salam Kak Chik...
ReplyDeleteDah dah gi mandi cepat²..Nanti kurang mandi, makin panas kepalanya dan makin lambat baik selsemanya...
hehe, nampak macam nasi goreng sebab kakchik guna spring pasta
ReplyDeleteWkslm Leenoh.
ReplyDeleteMenarik juga tu tapi kakchik tak suka laksa. Apa lagi yang menarik selain laksa di Kedah tu?
Wkslm Sue.
ReplyDeleteHehe, dah mandi dah, alhamdulillah. Rasa lebih segar dan lega.
seri kite kkchik.. kalau xdapat merasa @ bau makann, mekan pun mcm xde perasaan ja.. =)
ReplyDeleteape2pun, syafakillah ye kkchik.. sy demm sy pun baru reda.. ;)
dik awrapurnama,
ReplyDeletebetul tu... tak puas hati la kan tapi dah itu kaedahnya bila kita selsema, kita redha ajelah.
terima kasih... awra tu dah reda demam, masih kena hati-hati ya.