Followers

4.2.10

Mee Goreng Kailan

 
Assalamualaikum wr wbt dan salam pagi ceria semua.

Pagi ni kakchik sekadar nak kongsikan sarapan pagi kakchik tapi bukan yang hari ni sebab hari ni belum sarapan tapi yang semalam. Mee Goreng Kailan ni kakchik beli di restoran berdekatan. Rasanya bolehlah tahan. Nak kata sedap sangat tu taklah. Kalau dia tambah sos cili lagi sedap kot hehehe.

Hari ni selsema kakchik makin menjadi-jadi maka mood dan idea nak menulis ni jadi terbantut sikit. Jadi pagi-pagi ni kakchik hanya nak jalan-jalan ke blog kawan-kawan sambil baca update terkini.

Mee goreng ni kakchik ada juga beli dua hari lepas tapi untuk makan tengahari. Bila buka bungkusan, selera pula tak mau datang, jadi kakchik sedekahkan kat kawan di pejabat. Alhamdulillah dia pun suka. Kalau tak ... akan membazirlah gayanya.

Sampai sini dulu hingga kakchik dapat bahan menarik untuk dikongsikan kemudian. Jangan lupa bersarapan ya. Wassalam.

19 comments:

  1. Banyakkan berehat dan minum air suam kak Chik..supaya cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. one z, hari ni takde makan free ke? hehe

    ReplyDelete
  3. terima kasih mama zureen. insyaAllah air sentiasa ada di tepi

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Chik
    Sedapnya mee goreng tu..nampak lembap² jeee....Emmm..jarang pula dengar org buh kailan dalam mee...tapi bagusss gak idea ni...

    ReplyDelete
  5. Semoga Kak Chik cepat sembuh dan kembali seperti biasa...

    ReplyDelete
  6. Apa khabar Kakchik...dah sihat?


    http://treatntrick.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. di kelantan cuaca panas? hujan2? di sini panas brhari2, tiba2 hujan.. hu2..
    dlm cuaca skrg ni, jg2la kchatan kita brsama.. ;)

    ReplyDelete
  8. Musim panas kat klate ke Kakchik ?

    Kak tie di ganu ni ada gak batuk-batuk... minum air suam la Kakchik.. tak pe , sakit sikit-sikit ni boleh gak rasa nikmat tika sihat, kan.. hihi..

    Kak tie suka mee goreng. Memang dari kecil suka mee..

    ReplyDelete
  9. Wa'alaikummussalam Sue.
    Jenis mee goreng basah tu, sb tu nmpk mcm lembap tapi rasanya biasa je. Lagi sedap kena tambah sos cili dan kicap manis hehe. Ha'ah, kakchik pun first time tengok org guna kailan tapi kailannya sedap, rangup.
    Terima kasih Sue, badan dah sihat cuma hidung je yang belum.

    ReplyDelete
  10. kak nza ni mesti selalu masak mee goreng ni...

    ReplyDelete
  11. TnT/Palatable, kakchik ni 80 peratus sihat dah, alhamdulillah cuma 20 peratus je lagi yang belum sihat. Dua tiga hari lagi insyaAllah sihat sepenuhnya.

    ReplyDelete
  12. Dik Awrapurnama, sekarang ni memang cuaca panas sangat kat sini. Hujan tu ada tapi macam renjir-renjis je dan turun biasanya di waktu tengahari. Hujan panas kata orang. Memang kena berhati-hati tapi terkena juga :(

    ReplyDelete
  13. kak tie, agaknya memang musim panas la skrg ni sb panas sangat sebab tu bila selsema susah nak berenti.
    InsyaAllah kak tie, air suam tu banyak juga minum tambah2 dok di rumah ni senang sikit. Itulah, sakit yang ringan macam ni, Allah cuma tarik nikmat rasa dan bau je, tapi masih boleh melakukan kerja2 lain. Syukur Allah redha pinjamkan semua anggota yang ada ni.
    Mesti kak tie terliur kalau selalu tengok gambar mee goreng kan. Senanglah nak jamu kak tie, goreng mee je.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails